AIILY Bab 2

327 8 0

"Okey. Dah sampai sekolah." Ujar Adam sambil mengusap kepala Sofea dengan lembut.

"Abang, apa ni? Habis rosak tudung Fea. Dahlah susah nak elokkan tudung ni." Marah Sofea sambil mencubit lengan Adam.

"Aduh! Sakitlah Fea. Okey-okey lepas ni abang dah tak rosakkan tudung Fea lagi." Rayu Adam kepada Sofea.

"Tahu pun sakit." Ejek Sofea.

Sofea mula memasuki kawasan sekolah dan menuju ke tempat di mana kawan-kawan baiknya sedang menunggunya. Aira, Anis, Aina dan Rania sedang menunggunya di taman sains berdekatan dengan bilik guru.

"Dah lama korang tunggu aku tadi?" Soal Sofea sebaik sahaja dia tiba di taman sains.

"Barulah jugak. Sebab kita semua pun baru je sampai." Beritahu Aira sambil membetulkan tudung yang kemek sedikit di bahagian atas.

"Sofea, hari kamu jadi MC untuk perhimpunan nanti. Yang lain, nanti tunggu dekat belakang sebab saya tahu kalau korang akan pergi mana-mana bersama kecuali kalau ke toilet." Pinta Cikgu Linda sebaik sahaja dia melihat mereka berempat di taman sains.

"Okey, cikgu. Eh, jomlah kita pergi tengok pengawas lelaki dah buat kerja atau belum." Ajak Aina sambil menarik tangan Rania bersamanya.

Sebaik sahaja mereka tiba di tapak perhimpunan, semua alatan untuk perhimpunan telah disiapkan tanpa disuruh. Serta merta Sofea berasa kagum dengan mereka hari ni mungkin kerana berkat nasihat Cikgu Khalil minggu lepas walaupun baru sahaja memasuki minggu kedua bulan satu, mengenai sikap dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas yang bertauliah.

Majlis perhimpunan dijalankan dengan lancar dan semua pelajar dapat memberi tumpuan terhadap majlis tersebut kerana masa ucapan cikgu-cikgu tidak terlalu lama dan membosankan. Kalau tidak pasti akan bising kerana hilang tumpuan.

*****

"Sedapnya umi masak hari ni." Puji Inspektor Wildan terhadap masakan uminya, Datin Aminah. Umi hanya tersenyum mendengar pujian tersebut. Setiap kali apa yang dimasaknya pasti akan dipuji oleh Inspektor Wildan.

"Semalam ada kes apa?" Soal Datuk Luqman kepada anak lelakinya.

Sebenarnya Datuk Luqman merupakan seorang ahli korporat yang hebat dan sebelum ni dia pernah menyuruh anaknya Inspektor Wildan untuk menggantikan tempatnya namun anaknya masih belum bersedia kerana masih belum puas bekerja sebagai seorang polis.

"Semalam ada kes gaduh dan tembak-menembak dekat kelab malam royal. Dan suspek berjaya ditangkap." Beritahu Inspektor Wildan.

"Hari ni Wil balik mana? Rumah Wil ke sini?" Soal Datin Aminah.

"Tak tahulah lagi umi. Tengok dulu macam mana nanti. Wil mintak diri dulu, walid, umi." Pinta Inspektor Wildan untuk pergi bekerja. Tangan walid dan umi disalamnya dengan hormat.

"Assalamualaikum." Ucap Inspektor Wildan.

"Waalaikumsalam." Jawab Datuk Luqman dan Datin Aminah serentak.

"Bilalah kita nak ada menantu, bang?" Soal Datin Aminah nada suara yang sedih.

"Awak ni pun. Wil tu masih muda lagi. Umur dia pun baru dua puluh lima bukannya empat puluh lima." Balas Datuk Luqman.

"Tapi kan Wil tu kan satu-satunya anak kita. Anak tunggal tahu tak?" Lembut bicara Datin Aminah.

"Ya, abang tahu. Wil tu anak tunggal kita berdua. Tapi kan semua jodoh, ajal dan maut bukan ditangan kita tapi di tangan Allah."

"Tapi kita sebagai manusia, kena berusaha juga untuk cari jodoh." Datin Aminah sengaja tidak mahu kalah dengan suaminya.

"Lainlah kalau awak nak cari madu awak untuk kuota saya yang kedua. Lagipun saya ada lagi tiga tempat kosong." Datuk Luqman sengaja mahu mengusik Datin Aminah. Isterinya sengaja mencubit pinggang Datuk Luqman.

"Ishh, abang ni. Saya cakap pasal Wil kahwin tapi abang pulak yang gatal lebih." Datin Aminah berpura-pura merajuk pula.

"Saya gurau jelah. Dahlah saya nak pergi office dulu. Nanti ada apa-apa bagitahu saya." Pamit Datuk Luqman.

*****

Pelajar kelas 5 Captain America hanya diam sahaja kerana tiba-tiba sahaja Cikgu Rashid membuat ujian sejarah secara mengejut. Mujurlah semasa dalam perjalanan ke sekolah tadi, Sofea sempat membaca jugalah sejarah seperti seolah olah dia dapat merasakan bahawa Cikgu Rashid mahu mengadakan ujian sejarah.

"Okey, masa dah tamat. Sila letakkan pen dan pensil awak semua. Johan, tolong kutipkan kertas jawapan. Malik, tolong kutip kertas soalan pula sebab nanti kita akan bincang sama-sama." Beritahu Cikgu Rashid.

"Cikgu, kenapa cikgu nak kutip kertas soalan sekali. Lagipun cikgu cuma nak tengok jawapan kami je bukan soalan." Kata Sofea kepada Cikgu Rashid. Yang lain mengangguk kerana setuju dengan pendapat Sofea. Cikgu Rashid hanya tersenyum dengan mereka semua.

"Saya kutip semula sebab saya tahu yang ada antara awak semua ni akan tertinggal dekat rumah lepas tu nanti akan ada yang cakap hilang takpun adik koyak. Jadi, sebab tu saya kutip dan simpan dekat meja saya. Tak adalah nanti susah kalau kita nak bincang sama-sama." Beritahu Cikgu Rashid dengan panjang lebar dan jelas supaya mudah pelajar memahaminya.

Pelajar 5 Captain America hanya mengangguk sebagai tanda faham dengan penjelasan Cikgu Rashid tersebut.

"Sekarang dah habis masa saya. Jadi, kita sambung hari lain. Jangan lupa siapkan nota sejarah bab 1 sebelum minggu depan. Hari Jumaat saya nak nota sejarah bab 1 lengkap ada atas meja saya. Kalau ada yang tak hantar akan ada denda." Ugut Cikgu Rashid dan pelajarnya mengangguk sahaja.

"Beb, nanti kita ada kelas kimia kan?" Soal Rania sambil bermain-main dengan pen di tangannya.

"Yelah. Takkan fizik pulak." Kata Anis dengan membuat lawak bodoh.

"Tapi kan tiba-tiba aku rasa malas pulak kelas kimia nanti. Kita cancel jelah." Beritahu Aira dan yang lain hanya tersengih.

"Fea, apa kata kalau kau pujuk Cikgu Firman untuk cancel lagipun kau kan baik dengan Cikgu Firman." Pujuk Aina dengan nada suara yang lembut.

"Please, Sofea Adrina." Pujuk rakan sekelas Sofea.

"Korang ni kan, dahlah minggu lepas dah cancel takkan minggu ni sama juga. Kalau cancel maknanya weekend ni tak payah outing. Aku tak jadi nak belanja korang semua." Marah Sofea dengan mengugut mereka semua.

Semua rakannya terus sahaja bersetuju untuk menyertai kelas tambahan kimia.

*****

Mujurlah kelas tambahan kimia pada hari ini berjalan dengan lancar dan semua pelajar dapat memberi tumpuan ketika Cikgu Firman mengajar kimia.

Tepat jam tiga kelas tambahan kimia selesai. Sofea menunggu abangnya di bus stand dan ditemani dengan rakannya yang lain. Mujurlah tempat itu berdekatan dengan pondok pengawal.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!