Ke mana hilang
janji dan sumpah setia
Apakah mungkin
akan terulang kembali
Cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi🌷🌷🌷
"Kenapa sejak akhir akhir ni, abang call Lia, dia tak angkat?" Setelah salam, soalan pertama yang ditanya pada Syazira adalah mengenai isterinya.
"Em..." Syazira teragak. "Ira... Ira pun tak tahu. Manalah Ira tahu."
"Ira nampak Lia macam mana? Okey? Ke dia ada tak sihat ke?" Tidak berpuas hati dengan jawapan Syazira, bertalu talu soalan keluar dari mulutnya.
Syazira diam seketika. "Ira tak tahu..." Perlahan saja jawapannya.
Hafiz hela nafas perlahan. "Ira ada sorok apa apa dari abang ke?"
"Hah? Sorok apa? Mana ada. Betul, Ira tak tahu. Abang Fiz dah call mak?" Syazira ketap bibir. Rasa bersalah.
"Mak Ira pun tak cakap apa apa. Abang risau. Dah lebih sebulan abang tak dengar khabar dari Lia ni." Resah suara Hafiz melalui panggilan telefon itu.
"Lia okey. Abang Fiz jangan risau la. Kerja dulu. Then, balik. Selesaikan semuanya."
Hafiz berkerut. "Selesaikan apa? Abang dengan Lia tak ada apa apa masalah."
Syazira terdiam.
"Ira..."
"Ira tak tahu. Lia... Lia macam dah berubah sejak belakangan ni. Bukan Lia yang dulu. Dia hanya berkurung dalam bilik. Keluar makan pun hanya bila mak panggil. Kalau tak dia takkan keluar dari bilik. Ira risau juga. Lia macam sugul sangat. Muka pun pucat saja."
Hafiz terkelu mendengarkan keadaan isterinya. Wajahnya berkerut, terlalu risaukan Amelia.
"Kenapa dengan Lia? Ira, tolong tengokkan Lia. Tanya dia kenapa. Kalau Lia tak sihat bawa dia ke hospital." Terdesak suara Hafiz.
"Ira dah cuba nak bercakap dengan dia, tapi Lia langsung tak bagi peluang. Dia elak setiap kali Ira bertanya."
Hafiz raup wajah. "Ira kat mana ni? Bagi telefon pada Lia. Abang nak bercakap dengan Lia."
"Em, okey. Kejap." Syazira keluar dari biliknya menuju ke bilik Amelia. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali.
"Lia... Buka pintu kejap. Ira nak cakap sikit. Kejap saja. Lia..."
Lama juga dia memujuk, pintu akhirnya terbuka. Amelia siap bertelekung. Wajah agak sembab dan pucat.
"Sorry. Lia solat tadi. Ada apa Ira?" Lesu saja suara Amelia.
"Lia okey ke tak ni?" Syazira usap bahu Amelia yang hanya tersenyum, mengangguk padanya.
"Lia okey. Kenapa?"
"Ni." Telefon di tangan, Syazira hulurkan pada Amelia. "Abang Fiz call."
Amelia terkaku. Teragak dia capai telefon.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...