AIILY Bab 1

500 12 0

Bunyi telefon selepas makan malam bersama dengan keluarganya daripada Sarjan Arman membuatkan Inspektor Wildan cepat-cepat menjawab panggilan tersebut kerana berkemungkinan besar ada kejadian yang berlaku.

"Hello, Arman. Kenapa call aku ni?" Soal Inspektor Wildan setelah menjawab panggilan tersebut.

"Sorry, tuan saya call waktu ni sebab sekarang ni ada kes terbaru tentang hal pergaduhan dekat kelab malam royal sekejap tadi." Beritahu Sarjan Arman dengan lengkapnya. Dia rasa serba salah kerana menghubungi Inspektor Wildan kerana tuannya itu sedang bercuti daripada bekerja namun Timbalan Penguasa Polis (DSP) Zamir yang menyuruhnya.

"Okey, saya on the way ke ibu pejabat sekarang juga." Beritahu Inspektor Wildan kepada Sarjan Arman. Dia meminta izin keluarganya untuk pergi ke ibu pejabat. Jaket yang berwarna coklat gelap di kerusi digapainya dan kunci kereta Audinya diambil.

Lebih kurang setengah memandu Inspektor Wlidan ke Kelab Malam Royal daripada rumah keluarganya. Dia hanya berpakaian biasa seperti polis yang lain juga. Banyak darah yang ada di Kelab Malam Royal dan terdapat beberapa orang dibunuh akibat ditembak dengan pistol.

"Sarjan Arman, macam mana pergaduhan ni boleh berlaku?" Soal Inspektor Wildan kepada Sarjan Arman setelah dia selesai meninjau tempat tersebut.

"Ada saksi memberitahu bahawa pergaduhan tersebut bermula dengan seorang lelaki yang cuba untuk mengganggu seorang wanita yang tengah berbual dengan boyfriend dia dan lelaki tersebut yang mulakan dulu keluarkan pistol dan ugut boyfriend perempuan tu untuk serahkan perempuan tu. Boyfriend dia bagi tetapi selepas tu suspek tembak boyfriend. Jadi, staf kelab malam ni mula tembak suspek dan kawan-kawan dia yang lain. Salah seorang rakan suspek menghalang pintu kelab sebab taknak sesiapapun keluar dan call polis. Suspek berjaya larikan diri bersama rakannya selepas suspek tembak wanita tersebut." Terang Sarjan Arman dengan panjang lebar.

"Menurut beberapa saksi yang terselamat daripada kejadian tadi, mereka berlindung di bawah meja yang ada dalam kelab ni."

"Kenapa tak keluar saja? Lagipun lebih bahaya kalau mereka duduk dalam ni dengan lebih lama lagi kan?" Soal Ins. Wildan dengan panjang lebar. Sarung tangan dipakai sekiranya ingin menyentuh sesuatu bukti atau tempat kejadian kerana bimbang DNA pada benda itu akan terganggu.

Ins. Wildan melihat beberapa tompokan tembakan yang ada pada dada lelaki tersebut. Serta merta lelaki itu mati.

"Orang di luar yang mendengar bunyi tembakan tersebut melarikan diri kerana bimbang nyawa mereka akan diancam jadi selepas berjaya lari lebih kurang 200 meter, seseorang menghubungi pihak polis dan juga ambulans secepat mungkin." Beritahu Sarjan Arman.

"Suspek berjaya ditangkap oleh pihak polis tadi dan dia dibawa ke balai untuk disoal siasat." Beritahu Ins. Wildan.

*****

Selesai sahaja makan malam, Sofea membantu mamanya, Puan Sri Darina untuk mengemas. Walaupun mereka adalah golongan orang yang kaya namun mereka tidak terfikir untuk mempunyai pembantu rumah kerana Puan Sri Darina lebih selesa untuk melakukan semua kerja dengan sendirinya namun mereka hanya mempunyai driver sahaja iaitu Pak Mail. Lagipun, Pak Mail sudah bekerja dengan Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina sejak pasangan itu berkahwin dan sehinggalah sekarang.

"Mama, Fea masuk bilik dulu sebab dah habis kerja. Lagipun, ada homework yang nak kena Fea siapkan." Sofea meminta izin untuk pergi ke biliknya setelah mengemas.

"Yelah. Nanti jangan tidur lambat sangat. Dah habis homework tidur." Puan Sri Darina mencium dahi Sofea.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Sofea terus menyiapkan kerja sekolahnya. Walaupun papanya merupakan ahli korporat yang berjaya di Asia namun ianya tidak membuatkan Sofea tertarik dengan bisness tetapi Sofea lebih berminat untuk menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak kerana itulah dia mengambil Sains Tulen.

Mujurlah Tan Sri Farid dan Puan Sri Darina tidak membangkak kerana dalam masa yang sama juga mereka berdua mempunyai anak lelaki yang bernama Adam dan dia merupakan abang kepada Sofea. Kini, Adam membantu papanya di pejabat.

"Nasib baiklah kerja sekolah sejarah aku dah siapkan tadi masa dekat sekolah kalau tak siap mesti sekarang ni aku tengah mengantuk gila sebab sejarah kan meletihkan." Bisik hati Sofea sendirian.

Tumpuannya untuk menyiapkan kerja sekolah terganggu kerana pesanan WhatApps masuk.

Beb, susahlah nak buat addmath ni. Aku tak berapa nak faham nak buat ni 😥 - Anis

Kau nilah Anis 😤 tadi masa Sir Max ajar kat kelas tadi, kau kata kau faham sangat. - Johan

Tu tadi bukan sekarang. Beza tu kan. Aihh - Anis

Macam nilah apa kata kau try buat je. Esok kita tanya Sir Max sebab aku pun tak berapa nak faham jugak. - Sofea

Lebih baik buat daripada tak buat langsung. Tak pasal-pasal esok kita kena denda sebab tak buat. At least kita buat jugak. - Aniq

Sofea terus menyiapkan kerja sekolah setelah selesai isu addmath sebentar tadi. Sebelum tidur, Sofea menunaikan solat Isyak dahulu dan selepas itu barulah dia tidur.

*****

Bau masakan nasi goreng yang enak di dapur membuatkan Adam cepat-cepat turun ke meja makan. Sebaik sahaja dia melihat adiknya, Sofea mahu turun ke bawah pantas sahaja dia menghalang Sofea.

"Abang, apa ni? Suka sangat halang Fea bila nak turun tangga kan. Cepatlah bang. Fea dah lapar ni." Rayu Sofea kepada Adam.

"Sekali sekala dapat kacau Fea." Adam menghalang Sofea turun dengan mendepangi tangannya. Tan Sri Farid yang sedang menikmati sarapan hanya menggelengkan kepalanya dengan mendengar karenah Sofea dan Adam.

"Bukan sekali sekala abang buat macam ni tapi hari-hari tau." Marah Sofea.

"Nanti bila abang dah kahwin, tak dapatlah abang nak melayan Fea tahu tak? Abang cuma akan layan isteri abang je tahu." Ugut Adam. Sofea hanya menjelir lidah.

"Adam, dah-dahlah usik Fea tu. Kesian dia. Nanti lambat pula nak pergi sekolah." Beritahu Puan Sri Darina.

"Tepilah Fea nak breakfast." Sofea turun ke meja makan. Adam mengikut dari belakang.

"Pukul berapa nanti Fea balik hari ni?" Soal papanya.

"Hari ni Fea balik pukul 3.00 sebab ada kelas tambahan Kimia." Beritahu Sofea.

"Kelas ke dating?" Usik Adam sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Sofea yang berada di sebelahnya menampar lengan Adam.

"Adam, dahlah usik Fea. Cepat makan hantar Fea pergi sekolah."

"Okey pa." Sahut Adam.

Abang Inspektor, I Love YouRead this story for FREE!