Bab38🥀

15.2K 640 42
                                    


Aku berjalan menuju ke arah Gina dan Qay dengan hati yang berbunga bunga. Yela mana tak berbunganya malam ni kekasih hati ajak berjumpa.

Dah seminggu tak dapat jumpa Rayqal. Dua hari lepas kenduri doa selamat kami pun dia tak datang sebab sibuk sangat kerja di hospital.

Tapi aku faham kerjanya yang memang sentiasa perlu stand by jika ada apa apa panggilan dari hospital. Lagi pula Rayqal bertugas di bahagian kecemasan. Memang sentiasa akan ada pesakit la.

Selama kenal dengan Rayqal ni memang aku dah masak sangat dengan pekerjaannya.

Pernah sekali kami berdua pergi makan malam. Baru je nak menjamah makanan terpaksa pula balik sebab Rayqal kena berkejar pergi hospital sebab ada excident pula tu doktor yang bertugas malam tak ramai.

Nak nak pula itu kali pertama kami berdua keluar bersama. Aku kecewa macam mana pun kena bersabar jela dah macam tu bidang kerja bakal suami aku.

Tak dapat bayang macam mana la nanti kami dah kahwin. Agaknya baru je kami berdua nak panas Rayqal terus terpaksa pergi hospital.

Membayangkan pun dah buat aku ketawa. Ish apa benda aku ni boleh pula fikir kotor macam ni. Mentang mentang dekat kenduri kahwin ni.

Cepat aku menggelengkan kepala cuba menghilangkan fikiran kuning dalam otak aku.

"Weh Gina Qay aku balik dulu eh." Aku bersuara sebaik sahaja sampai di sebelahnya.

Memandangkan hari sudah pun gelap dah senja. Tetamu semua pun dah balik tinggal sedara mara Gina sahaja. Baik la aku balik dulu.

Gina dengan Qay ni yela juga boleh lepak lepak lagi. Sebab malam ni mereka tidur di hotel sini.

"Okay Lysa. Thank you for coming." Qay menjawap dengan senyuman di bibir.

"Qay." Pantas kepala aku menoleh ke arah datangnya suara itu.

Aku jadi tidak selesa bila bertatapan mata dengannya. Bukan aku nak perasan sendiri tapi harini memang aku perasan Hilman asyik tenung aku.

"Aku nak balik ni." Balasnya lagi.

"Ha kejap. Sayang I pergi sana kejap eh dengan Hilman." Qay menatap wajah Gina.

"Okayy." Setelah mendapat keizinan Qay dan Hilman menjauhkan diri dari aku dan Gina.

Aku pandang Hilman tidak beralih. Entah la kenapa hati aku rasa macam tak sedap je ni setiap kali pandang wajah Hilman hari ini.

Gina pegang tangan aku buat aku tersentak dan menoleh ke wajahnya kembali.

"Terima kasih Lysa sebab sudi jadi pengapit aku. Next month aku pula jadi pengapit kau eh." Gina memeluk aku erat. Aku juga membalas pelukkannya.

"Yela tu. Entah entah majlis aku nanti kau dok mabuk sebab ada isi." Usikku. Bulat mata Gina mendengar sebelum mencubit lengan aku kuat.

Ketawa mengekek aku bila melihat wajah Gina yang sudah merah menahan malu.

"Kau jangan merepek la Lysa. Aku tak ready lagi." Jawap Gina dengan suara tertahan tahan.

"Eleh kita tengok la tak ready dia tu berapa lama. Aku tunggu." Usikku lagi. Cubitan pada lenganku buat aku ketawa lagi sekali.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now