PROLOG

142K 3.8K 310
                                    

"But Who Could Love Me?"



Kedengaran kuat jeritan seorang wanita tua memaki hamun dan menghalau dua orang anak kecil yang berusia lima dan tiga tahun untuk keluar dari rumah dua tingkat miliknya yang telah di sewa oleh bapa anak-anak kecil tersebut.

"Makcik tolong jangan halau kami. Kami tak tahu nak pergi mana. Kami tak ada tempat untuk berteduh." Rayu si kakak yang berusia lima tahun bersama tangisan.

"Hei budak! Dengar sini, bapak kau dah mati. Kalau aku bagi korang berdua tinggal di sini. Siapa yang nak bayar sewanya? Kau ada duit?" Balas wanita tua yang tiada perikemanusiaan.

Si kakak hanya mampu menggeleng kepala bersama linangan air mata yang membasahi wajah comel gebu miliknya. Dia masih lagi kecil, di mana dia mahu mencari wang. Orang tuanya jua tidak meninggalkan sebarang wang untuk mereka.

"Dah tahu tak ada duit. Tunggu apa lagi? Berambuslah dari sini! Lagipun aku dah jumpa penyewa baru. Nah ambil ini sampah korang berdua." Wanita tua tersebut membaling pakaian dua beradik itu ke luar rumah.

Kedengaran kuat tangisan si kakak memohon dan merayu tidak dihalau keluar, si adik yang tidak tahu menahu apa itu turut menangis mengikut kakaknya.

"Tolonglah makcik jangan halau kami, kasihanilah kami berdua." Si kakak melutut dan merayu di kaki wanita tua tersebut.

"Hei budak! Kau tak faham apa yang aku cakap tadi? Tolong berambus!" Wanita tua tersebut menyepak kasar tubuh si kakak sehingga tubuh kecilnya menyembah lantai.

"Sila berambus wahai anak-anak kecil. Aku tak ada masa nak layan drama sedih korang. Huh!" Wanita tua tersebut menutup kasar pintu utama rumah miliknya.

Si kakak melihat adiknya yang tidak henti menangis membuatkan hatinya semakin bertambah sebak apabila melihat tangisan adiknya itu.

Dia berfikir ke mana mereka mahu pergi kerana mereka tiada tempat lain selain rumah yang di sewa oleh ayah mereka.

Sudah sebulan berlalu ayah mereka meninggal dunia. Setiap hari mereka menunggu seseorang untuk datang menjemput mereka di hadapan pagar rumah.

Tetapi malangnya, tiada seorang pun yang datang untuk membawa mereka yang berdua pergi dari situ.

Si kakak memegang tangan kecil milik adiknya untuk keluar dari kawasan rumah sewa tersebut sambil menjingjit beg sekolah bercorak kartun Mickey Mouse yang terisi baju mereka.

Mereka berdua berjalan tanpa hala tuju sambil mengenangkan nasib yang mereka sedang hadapi sambil terfikir pada siapa yang perlu mereka memohon bantuan untuk membantu mereka berdua yang masih kecil dan kerdil itu.

Malam itu, mereka tidur di bawah jambatan. Si adik kembali menangis akibat terasa lapar dan ingin meminum susu.

Si kakak cuba menenangkan si adiknya kerana dia tidak sempat untuk mengambil botol susu adiknya ketika dihalau petang tadi.

"Nak tutu..isk..isk..nak tutu." Si adik semakin menangis kelaparan. (Susu)

"Adik janganlah menangis. Esok kakak bagi tutu. Malam ni adik kena bertahan."

"Kenapa kita duduk di sini? Mari kita alik umah kita. Adik atut." (balik, rumah, takut)

"Tak boleh adik. Itu bukan rumah kita lagi." Si kakak mulai sebak kembali.

"Adik tak aham." Beritahu si adik bersama wajah kebingungan. Si kakak tidak membalas, malah tubuh adiknya yang lebih kecil darinya itu dipeluk erat. (faham)

R U B I E N AWhere stories live. Discover now