Part 7

1.6K 51 42
                                          

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAB 7 (A)

FAITH tarik Ainnura duduk rapat ke sisinya. Dia letakkan satu sampul surat ke atas riba Ainnura. Wajah si buah hati di tatap secara dekat . Dekat sangat . Pertama kali dapat peluang macam ni. Sebab dah ada lesen kan . Sebelum-sebelum ni macam mana nak dapat peluang , dah memang tak boleh .

Ainnura jadi serba tak kena. Segan, malu , cemas , semua ada. Suka pun ada jugak!

"Err... apa ni awak?" Tanya Ainnura pasal sampul tersebut. Bila hidung Faith yang mancung tu dah dekat dengan pipinya , dia cuba mengelak. Tak biasalah.

"Bukalah !" Faith tarik balik aksi beraninya sebentar tadi. Dia tolong Ainnura bukakan sampul tersebut, lalu dihulur satu slip deposit bank.

"Dua puluh ribu? Masuk ke nombor akaun Ain ?" Berkerut dahi Ainnura. Tak faham .

Faith sengih. Dia cuit hidung Ainnura. Geram . Nama saja selalu dapat gred terbaik setiap semester , kalau dengan Faith kerap sangat tunjuk blur. Tapi comel. Dia suka. Sepuluh kali blur pun Faith suka.

"Kita kan kahwin ... itu duit hantaran dari orang untuk isteri orang la. Takkan nak kahwin free pulak , tak syiok la." Beritahu Faith dengan suara ala-ala Romeo . Entah macam mana , automatik pula dapat gaya suara baru selepas naik pangkat jadi suami orang.

"Eh tadi kat pejabat ugama kan dah bagi?"

" Itu mas kahwin Puan Ainnura sayang oi . Orang wajib bagi bila nikah awak . Yang ni duit hantaran ." Jawab Faith dengan sengih sambil tenung mata Ainnura sampai Ainnura jadi malu.

"Ooo..." Termuncung mulut Ainnura.

Faith tergelak. Terasa kahwin dengan budak-budak . Ainnura ni bukan pandai semua hal pasal bab nikah kahwin ni. Semua ikut apa kata Faith je.

"Tapi banyak sangat la Faith. Kita bukan buat kenduri pun . Awak bagi cincin dan rantai lagi. Tak ke habis duit awak?"

"Mana ada banyak. Ikutkan plan orang , nak bagi 50k pada awak , tapi nak buat macam mana , itu saja yang orang mampu buat masa ini. Tapi orang akan kerja lebih kuat lepas ni . Orang tak mau Ain hidup susah dengan orang ." Tutur Faith dengan perlahan dan ikhlas .

"Kita sama-sama bina hidup keluarga kita ya awak. Ain akan selalu sokong apa saja yang Faith usahakan ..."

"Harus tu. Memang orang sangat harap awak di sisi orang..." Spontan tangan Faith tarik bahu Ainnura rapat ke tubuhnya.

"Err... tapi kalau awak tak cukup duit awak boleh guna duit hantaran tu taw..."

" Isk , tak mahulah orang. Nak ke tengok orang buruk siku?"

"Apa pulak ... kata susah senang nak tanggung bersama-sama."

Faith gelak. "Awak jangan risaulah . Saya belum pokai sebab nikah awak . Awak simpan saja duit tu , kalau family tak nak buat kenduri untuk kita , awak beli barang yang awak nak . Saya ada lagi baki duit untuk tanggung awak. Takkan kebulur awak jadi isteri saya tau!"

" Terimakasih Faith . Awak baik sangat. Tapi bila dah jadi isteri awak ni ... awak jangan asyik paksa Ain makan banyak-banyak tau. Nanti cepat gemuk ."

"Eh bukankah kalau dah kahwin , tak makan banyak pun akan gemuk jugak ?" Soalan mengusik dari Faith . Dalam maknanya tu. Dengan matanya yang sedang menikam mata Ainnura.

"Err... err... " Ainnura dah serba tak kena. Dia cuba menjarakkan diri sedikit dari Faith, tapi Faith ni kekadang mana faham bahasa isyarat.

"Hhmm... Faith!" Tetiba kedengaran suara tok wan di pintu bilik .

"Ya tok wan!" Faith garu kepala .

"Lupa sembahyang Jumaat ka?" Tanya tok wan dari luar .

"Ingat tok wan!" Cepat-cepat Faith bangun dari katil. Songkok yang diletak atas meja solek diambil semula. Sebelum keluar sempat dia bagi isyarat pada Ainnura dengan gerakan bibir yang maksudnya 'balik nanti'. Kenyit mata nakal sekali.

Ainnura balas muka monyet pada Faith.  

RINDU YANG TERLARANG ...Where stories live. Discover now