Bab 32

4.5K 330 10
                                    

Ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi
yang terakhir untukku







🌷🌷🌷





"Lia, jom keluar." Mak Nah mengajak. Amelia menjeling sekilas penampilannya di dalam cermin sebelum menyambut huluran tangan Mak Nah.

Mereka keluar ke ruang tamu rumah Mak Nah yang sudah dipenuhi dengan sanak saudara Mak Nah dan Hafiz. Sedikit jamuan ringkas turut disediakan bagi meraikan pertunangannya dengan Hafiz.

Majlis pertunangan mereka hanya diadakan secara ringkas. Selesai acara menyarung cincin pertunangan dan perbincangan mengenai majlis perkahwinan yang akan datang, majlis diteruskan dengan sedikit jamuan. 


Amelia mencari kelibat Mak Long sekeluarga namun hanya Ammar sahaja yang kelihatan. Amelia duduk di samping Mak Nah, melayan tetamu yang hadir.

Ammar dari jauh menggamitnya. Setelah seketika, Amelia meminta diri daripada Mak Nah sebelum mendekati Ammar di beranda.

"Mak Long dengan Meen tak datang ke?" Amelia bertanya.

Ammar menggeleng perlahan.

"Kenapa?"

"Kau faham sendiri kan, mak dengan Meen tu macam mana?"

Amelia menunduk. Sedih juga hatinya bila satu satunya keluarga yang dia ada tidak hadir.

"Tak apa lah, Lia. Tak payah sedih sedih. Hari ni hari gembira kau. Aku ada kan. Aku pun family kau juga. Aku datang ni dah mewakili mak dengan Meen. Ya?"

Amelia mengangguk. "Okey... Ni, kau dah makan ke?"

"Dah, tadi. Mana tunang kau? Aku tak nampak pun."

"Kat luar agaknya." Matanya melilau, turut mencari Hafiz di antara sanak saudara yang sedang bersantai di pangkin rumah Mak Nah.

"Kau ni..." Ammar menggeleng.

Amelia hanya tersengih.

"Lia, kalau ada apa apa, kau cakap saja dengan aku. Jangan lupa, aku pun family kau. Jangan teragak agak nak minta tolong aku ya?"

"Okey, sepupu. Aku faham." Amelia tayang sengih.

Ammar tergelak kecil. Dia memandang ke luar beranda apabila Hafiz melangkah ke arah mereka.

"Kalaulah ibu dengan ayah aku ada sekarang..."

Ammar terus menoleh pada Amelia dan nyata wajah gadis itu sudah memerah. Mata sudah berkaca.

"Lia... Hey, tengok. Sikit sikit nak nangis. Macam mana nak jadi isteri orang ni?" Ammar membebel.

Amelia tergelak kecil. Hujung mata diseka, mengelak air matanya daripada menitis.

"Lia, kenapa?"

Amelia menoleh ke sisi. Hafiz sudah duduk di sisinya. Cepat cepat hujung mata disapu bersih.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now