Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja🌷🌷🌷
Meja makan dikemaskan usai berbuka puasa. Mak Nah dan Hafiz sudah berlalu ke ruang tamu, menunaikan solat maghrib.
Telefon di atas kabinet yang berdering minta diangkat segera dicapai Amelia.
"Ya?"
"Hai, Mel. Dah berbuka?" Suara Mukhriz kedengaran dari corong telefon.
"Dah... Tengah basuh pinggan ni." Amelia menjawab. Telefon ditekapkan pada bahu. Tangannya laju membasuh pinggan.
"Em, rajinnya..."
Amelia mencebik. "Awak tu lain lah. Ada bibik tolong buat kerja rumah. Kalau tak ada bibik tu, awak juga yang kena buat kerja rumah. Betul tak?"
"Eh, tak lah. Aku biar je rumah mama bersepah macam tu."
Amelia tergelak kecil. "Ei, pengotor. Tak boleh diharap betul."
Mukhriz ikut tergelak. "Nanti datang berbuka kat rumah mama lagi, ya?"
"Dah tak sempat kut. Ni kan lagi berapa hari nak raya." Amelia menolak. Hafiz sudah pulang, masakan dia masih mahu keluar dengan Mukhriz lagi. Mahu mengamuk lagi pak ustaz tu.
"Kalau macam tu, raya kau datang ya? Aku ambil kau."
Amelia diam seketika. Tangannya yang basah dilap pada tuala yang tersangkut di tepi sinki.
"Tak janji la, Riz." Amelia berpaling ke belakang.
Tersentak, Hafiz berada di muka pintu. Masuk ke dapur, mencapai jag minuman, dituang ke dalam gelas.
"Mel?" Mukhriz memanggil apabila Amelia hanya mendiamkan diri.
"Hah? Ya? Em, saya letak dulu, ya. Saya tak solat lagi ni."
"Okey. Aku call malam nanti. Bye, sweetheart."
Suara Mukhriz menghilang. Amelia menjatuhkan telefon dari telinga. Hafiz yang perlahan meneguk minuman dipandang tak beralih.
"Ustaz...nak apa apa ke?" Amelia bertanya setelah gelas dijauhkan dari bibir.
"Eh, tak adalah. Pergilah solat dulu. Nanti kita pergi tarawih sama sama ya."
Mendapat anggukan daripada Amelia, Hafiz kembali keluar ke ruang tamu. Menanti di situ. Sempat ditelefon Fikri, minta dibelikan sedikit juadah selepas tarawih nanti untuk Pak Man yang akan bertandang ke rumah.
Agak lama selepas itu, Amelia keluar dari biliknya. Siap bertelekung untuk ke masjid.
"Mak Nah tak siap lagi?" Amelia menegur Hafiz yang leka dengan telefon bimbit di tangan.
"Belum lagi agaknya. Tak apalah. Isyak pun belum lagi ni." Hafiz menjawab tanpa mengangkat muka.
Amelia mengintai pada bilik Mak Nah yang tertutup rapat. Bibir dikemam sebelum dia duduk di sofa. Agak jauh dari Hafiz.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...