Akan aku doakan dirimu
Untuk bahagia
Hanya Tuhan tahu
Tetap kamu ada dihatiku
Biarpun kita terpisah jauh🌷🌷🌷
Ammar tersenyum melihat Amelia yang laju membetulkan tudung di kepala sebaik saja dia masuk ke dapur.
Dulu, awal awal gadis itu bertudung, hanya di luar rumah bertudung. Kalau dia bertandang ke rumah Mak Nah, Amelia tak bertudung pun.
Kemudian, Ammar perasan, semakin hari semakin lekat tudung di kepala Amelia. Sekarang, sehelai rambut pun dia tak dapat lihat daripada kepala gadis itu. Untung juga, menghantarkan Amelia tinggal dengan Mak Nah. Gadis itu banyak belajar.
Belajar daripada Mak Nah.
Dan mungkin juga daripada Hafiz.
Ammar tersengih sendiri. Masih ingat lagi apabila Hafiz berleter padanya di rumah Mak Nah dulu.
Sampai sekarang dia dah tak melebih lebih sesuka hati menyentuh Amelia. Kuat juga penangan Hafiz ni.
•••
"Kalau aku call tu jawab la. Dah la aku guna telefon Mak Nah. Nanti Mak Nah cakap apa pula. Tak faham la dia ni. Baik tak payah guna telefon kalau orang call tak reti nak angkat."
Ammar menarik hidung Amelia kuat. Mahu menghentikan leteran gadis itu.
"Sakit la. Tak nak!" Tangan Ammar dipukul pukul. Sehingga berair matanya barulah Ammar melepaskan. Itu pun masih terkekeh kekeh lelaki itu ketawakannya.
Hidung yang merah diusap usap. "Sakit la, Ammar." Amelia merungut.
"Macam tu pun sakit. Kenapa kau call?" Terus ditukar topik. Takut Amelia tarik hidungnya pula.
"Saja lah! Lama kau tak datang jumpa aku. Aku ni mana ada siapa siapa lagi dah. Kau jangan la tak pedulikan aku..."
Ammar terdiam seketika. Mata Amelia berkaca. Ya, gadis itu sudah tidak punya sesiapa. Pada siapa lagi Amelia mahu bergantung harap.
Amelia yang masih mengusap hidung diperhatikan sebelum tersengih.
"Ya lah. Aku minta maaf, okey. Sakit lagi ke?" Lengan ditongkatkan di kerusi sebelum dia menyentuh pipi Amelia. Helaian rambut yang jatuh di tepi pipi gadis itu dialihkan ke belakang.
"Tak payah la." Merungut Amelia menepis tangan Ammar.
"Ei, dia ni." Rambut Amelia diselerakkan. Menjerit kecil juga gadis itu marahkannya.
Ammar menoleh ke belakang apabila mendengar bunyi kereta. Toleh saja, kereta Hafiz sudah tersadai di situ.
Tak lama selepas itu, Hafiz turun menghampiri beranda rumah.
"Tak siap lagi Amelia?" Hafiz menegur dari luar beranda. Sempat berbalas pandang dengan Ammar.
"Hah? Dah. Dah siap. Kejap nak ambil beg." Laju Amelia bangun masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...