BAB 13-Dugaan dan kelam masih melanda!

14 1 0


Junghwa memandang batang tubuh ahli EXID dan ahli BTS yang sedang berdiri di hadapannya kini.Satu-persatu wajah diperhatikan dengan senyuman manis yang tidak lekang di bibir."Junghwa,apa yang kena kami buat di ruang tamu ni?Bukan ke kami patut masuk dapur dan tolong awak masak?"soal Jimin.Dia dilanda kehairanan apabila langkah mereka diorak ke ruang tamu.Junghwa tersengih."Memang kita semua nak memasak,tapi sebelum kita memasak cuba tengok keadaan sekeliling rumah dan keadaan dapur dulu."balas Junghwa.Mereka menebarkan pandangan ke seluruh rumah.Keadaan di dapur berselerak dengan kuali yang tak berbasuh,pingan ada di dalam singki hampir penuh dan meja makan pun bersepah dengan plastik jajan.Keadaan di ruang tamu pula juga berselerak dengan baju yang berterabur tidak disusun,sofa juga senget dari kedudukan asal,majalah yang berada di bawah meja kopi juga tidak dikemaskan dan akhir sekali semua barang-barang hiasan di dinding serta di atas perabot TV jatuh bersepah.Jimin tersengih malu."Dah nampak.Okey,sekarang saya nak semua bagi perhatian pada saya sekejap."arah Junghwa.Dia menepuk-nepuk tangannya untuk menarik perhatian ahli BTS.Mereka akur lalu memalingkan wajah masing-masing menghadap Junghwa.

"Sekarang,saya nak bahagikan tugas untuk kemas rumah dulu.Ahli BTS ada 7 orang dan saya pulak ada 5 orang.So,12 orang keseluruhannya sekali.Okey,saya nak Hani,LE,Suga oppa,Jimin dan Rapmonster oppa kemaskan di ruang tamu.Manakala,Hyelin,Solji,J-Hope oppa dan V akan kemas di tingkat atas.Waktu saya naik tangga tadi,saya perhatikan semua barang bersepah.Dan akhir sekali,Jungkook,saya dan Jin oppa akan uruskan perihal dapur.Dah,mula sekarang.Ppalli."gesa Junghwa.Mereka tersengih sumbing melihat Junghwa yang mengarah itu ini seperti ahjumma sedangkan umur Junghwa adalah 22 tahun sahaja.Hal ni bermaksud Junghwa ialah maknae EXID.Sama seperti Jungkook.Mereka semua mendabik tangan ke dahi seolah-olah memberi penghormatan kepada Junghwa."Baiklah,Ahjumma Junghwa."jawab mereka serentak dengan gelak tawa.Kemudian,mereka semua mencicit melarikan diri apabila Junghwa menjengilkan mata tanda ingin memarahi.Junghwa memandang belakang."Jom ikut saya ke dapur."ajak Junghwa seraya menarik tangan Jungkook dan Jin untuk mengikuti langkahnya.

"Asa.Saya nak Jin oppa basuh pinggan dan Jungkook tolong hyung awak sementara saya nak check barang-barang basah dan nak kemas peti ais.Faham!"ujar Junghwa.Junghwa berlalu keluar meninggalkan mereka berdua.Setelah beberapa jam melakukan tugasan yang diberikan,mereka semua melepaskan lelah di ruang tamu di atas sofa."Huh,penatnya kemas rumah ni."keluh Suga.Mereka semua terdampar keletihan di situ tanpa menyedari bahawa Junghwa sedang memerhatikan mereka dengan senyuman."Penat kemas rumah?"soal Junghwa.Mereka semua menganggukan kepala.Timbul rasa kasihan dalam diri Junghwa tatkala melihat wajah-wajah teman-temannya dan ahli BTS yang kepenatan.Dia menghembuskan nafas panjang."Macam nilah,biar saya aje yang masak untuk awak semua.Kesian pulak saya tengok keadaan awak semua."ujar Junghwa.Dia bangkit dari duduknya dan berura-ura mahu berlalu pergi ke dapur."Junghwa,sekejap.Saya ikut dan tolong awak masak jugak."pintas Jin.Dia turut bangun dan mengekori langkah Junghwa.Riak wajah Junghwa berubah terkejut."Eh,Oppa tak penat ke?"soal Junghwa semula.Jin hanya melemparkan senyuman manis dan mengeleng.Junghwa mengangkat bahu."Junghwa,saya pun nak ikut."ujar Jungkook tiba-tiba.Junghwa terkesima melihat Jungkook yang tiba-tiba sahaja bersemangat nak menolongnya.Begitu juga dengan yang lain."Tak payahlah,saya boleh buat dengan Jin oppa.Awak berehat aje ye."halang Junghwa.Jungkook mendengus."Aku kata aku tolong,maksudnya aku tetap akan tolong.Jangan nak bantah cakap aku,boleh tak."ujar Jungkook dengan nada yang sedikit meninggi dan tegas.Junghwa terdiam.Dia menundukkan kepalanya ke bawah."Lain kali,kalau aku kata apa-apa,kau jangan nak menghalang.Dahlah,jom ikut aku ke dapur."ucap Jungkook lembut seraya menarik pergelangan Junghwa untuk mengikutinya.Junghwa tersentak.Tubuhnya ikut terdorong mengikuti langkah Jungkook apabila ditarik oleh Jungkook.Jin hanya memandang kosong dengan drama sebabak di depannya.Lantas,dia juga turut membuntuti langkah dua manusia itu.

Makanan yang terhidang di atas meja sungguh menyelerakan.Sajian yang disajikan oleh Junghwa,Jin dan Jungkook ialah Bimbimbap,Kimbap,chicken kimchi stew,Tteobeokki stew,ramen yang dibeli oleh Jungkook juga dimasak dan dihias cantik,fried rice dan kimchi putih turut dihidangkan sekali.Tidak dilupakan juga bersama dengan dessert yang menjadi idea nakal Junghwa iaitu dumpling.Junghwa berkata kepada Jungkook dan Jin ketika mereka memasak bersama di dapur,bahawa dia pernah mempelajari membuat dumpling bersama ibunya.Nasib baik juga ibunya tahu bahan-bahan dimasukkan ke dalam dumpling tersebut.Katanya lagi,saat kali pertama membuat dumpling memang dumpling yang dibuatnya telah gagal namun dia berusaha dan akhirnya dia berjaya melakukan.Tersengih-sengih Junghwa tatkala mengingati dumpling pertamanya yang tidak menjadi.

{COMPLETED}My love from the pure girlRead this story for FREE!