Gum!!

Sekali lagi pintu utama Pledis Ent itu ditutup kasar. Seungkwan mengeluh pelan. Dia mengelap peluh mahal yang mengalir di tengkuknya. Sudah berapa ribu kali Seungkwan cuba memasuki Pledis ent. Tapi hampa, semuanya gagal. Entahlah kenapa. Mungkin kerana statusnya sebagai bekas artis di bawah Pledis ataupun kerana dirinya sendiri.

"HYUNG DIA TAK NAK BAGI AKU MASUK LAH!!  GIGIT BONTOT BARU TAU!!  ERGHHHH!!" dengan tidak sopannya Seungkwan menendang pintu didepannya dengan kuat sehingga menimbulkan bunyi pelanggaran yang kuat.

Seungkwan? Bila dia kisah? Well ini Boo Seungkwan lah bukan ikan josh.

Aku gak jadi mangsa kekejaman manusia zaman kini huwe ⊙︿⊙ -Ikan Joshuahongkong

"Boo kau tau buat kerja tak?" tahu-tahu sahaja Kwon Hoshi sudah berdiri dibelakang Seungkwan. Kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket sweater. Kedua belah matanya menatap Seungkwan tajam seperti seekor harimau yang mahu membaham mangsanya.

Ohh manly nya~ milik siapakah namja ini -xxxxx

"Dah kau hebat sangat.. Buat lah sendiri" Seungkwan berlalu ke tempat Hoshi. Dia menolak namja terlebih poyo itu kedepan. Menyuruhnya pula berbuat kerja.

"Tengok dan belajar" senyuman sinis terukir dibibir Hoshi. Dia dengan tangan masih didalam poket menendang pintu itu sehingga terbuka. Satu tendangan sahaja dengan penuh maruah.

Seungkwan yang dibelakang ternganga hebat. Kedua belah matanya terbuka luas. Terlalu terkejut dengan Kwon hamster yang biasanya gila kegilaan sudah menjadi namja dewasa dalam sekelip mata.

Jangan pandang lama-lama nanti tergoda *smirk* -Kwon Fire

"Seungkwan sila berundur~ biar jejaka manly buat kerja macam ni" Tubuh Seungkwan ditarik ke belakang. S.coups, Vernon, Mingyu, Jun dan Dk lah pelakunya. Mereka berlima menyusur Hoshi yang sudah masuk ke dalam.

"Cihh aku pun jejaka manly gak" Dino mengembungkan kedua pipinya. Dia melipat tangannya ke dada. Merajuk dengan ke enam hyung nya itu.

"Dino ya~ nugu aegi? Aegi tak boleh ganas-ganas tau~ nanti terluka~ meh kat eomma meh~ my aegi~" sesiapa tolonglah JANGAN ingatkan Jeonghan bahawa Dino sudah dewasa. aku merayu jangan ><

TAK GUNA SIAPA AEGI SEKARANG HUWAAA *BERTUKAR JADI DINOSAUR* -Chan

Kyaaa kyeopta~ chan Ah nugu aegi? >< -Jeonghan

"Dah Ah aku tak puas hati asal mingebus tu ikut... Tu je" Joshua membuat muka datar. Mana taknya. Mingyu yang suka mengedik tiba-tiba dicop manly. Ada yang putus wayar ni.

"Biarlah dia... Kau tu berudu sila masuk" Woozi yang berada didalam kereta bersama The8, Wonwoo dan Ceo serta Manager berkata. Dia tidak sedikitpun memandang muka Joshua yang sudah merah padam kerana dikatakan berudu. Di mana hilang ikan josh kesayangannya?

"Masuk" mendengar arahan Ceo itu, mereka, Seungkwan, Dino, Joshua dan Jeonghan segera masuk. Mereka meneruskan operasi mereka iaitu menangkap Ceo palsu yang telah menghancukan karier mereka.

Di sisi lain, Hoshi, S.coups, Mingyu, Jun dan Dk tanpa rasa takut memasuki bangunan Pledis Ent. Pegawai yang menjaga kaunter pertanyaan terketar-ketar di lantai sambil memeluk lututnya.

Mereka berlima memandang acuh tak acuh sahaja pengawai tersebut dan terus ke destinasi mereka yang sebenarnya.

"Hyung sampai bila kita nak buat-buat macho--"

"Shuuu kau boleh diam tak"

Kata-kata Dk yang sudah terketar-ketar itu cepat-cepat dipotong S.coups. Dia menggengam hujung baju Dk seraya menariknya kearah bilik CEO.

"Hyung bila kau jadi kwon fire ni makin menggoda lah auw" Mingyu yamg berjalan di belakang Hoshi berkata. Dia memegang lengan Hoshi dengan lembut. Seolah-olah lengan namja itu adalah sebuah bantal empuk.

Ya tuhan... Kau hapuskan lah kaum-kaum seperti ini secepat mungkin -Hoshi

"Aku tak mengancam ke Gyu?" Jun menaik turunkan kening kirinya. Dia membetulkan rambutnya dengan tangan. Juga menyapu bibirnya pelan dengan sengaja untuk menaikkan aura kejantanannya.

= ̄ω ̄=

Setelah beberapa minit berjalan, mereka akhirnya sampai dihadapan bilik CEO. Pintu kaca berukuran sedang itu ditolak perlahan.

Bilik yang jauh dari kata sempit itu gelap gelita tanpa sumber pencahayaan. Lampu diruangan tersebut sama sekali tidak dibuka membuatkan aura seram semakin terasa. Ditambah lagi bunyi deruan nafas seseorang yang kedengaran amat berat.

"Hello.. Halloween dah habis.. Sekarang chinese new year.. Bukak lah lampu" satu-sayu suara Hoshi memecah kesunyian. Dipandangnya kawasan sekeliling sehingga hujung mata mereka menangkap susuk manusia terduduk dihujung ruangan.

"Ceo-nim?"

Samar-samar kelihatan susuk tersebut mulai berdiri. Dengan langkah mengheret hujung kaki, susuk tersebut berjalan menghampiri. Bunyi seretanan nya menyapa indera pendengaran menyebabkan bulu roma meremang. Mereka berempat lantas bersembunyi dibelakang Hoshi yang berada paling hadapan.

"AHHHHHHHHHHH"

*************************

"Aku dah cakap dia orang gila alahaii apa susah sangat nak percaya"

Kelima namja perasan macho tadi terduduk simpuh didepan Jeonghan dengan kepala yang bengkak benjol. Mereka diberi pengajaran oleh Jeonghan menggunakan senduk kayu curi.

Hyung cerita jenis apa ni?-Dino

Ni nama dia cerita dari imaginasi author yang entah pape -Woozi

*************

???kbye

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now