Cintamu bukanlah dia
Dengar laraku
Suara hati
Memanggil namamu
Kerana separuh aku
Dirimu🌷🌷🌷
Hafiz memandang pasangan yang sedang berbual bual itu lama. Terkadang mereka tertawa. Keluhan dilepaskan. Kepala disandarkan pada penyandar kerusi . Kenapa begini perasaannya? Cemburu?Tak mungkin...
Ammar sudah beberapa kali menoleh, menggamitnya.
Nafas panjang dilepaskan. Tergelang geleng dia seketika sebelum pintu kereta dibuka. Langkah diatur ke beranda rumah Mak Nah. Sejak akhir akhir ini, Ammar selalu saja berada di rumah Mak Nah, berjumpa dengan Amelia.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam." Serentak, Ammar dan Amelia menjawab.
"Buat apa dalam kereta lama sangat?" Ammar menegur.
Hafiz tersenyum nipis. "Tak ada apa pun. Aku nak masuk jumpa Mak Nah kejap." Beritahunya pada Ammar. Amelia yang sedang memandangnya dijeling sekilas.
Tanpa menanti balasan daripada mereka, Hafiz terus masuk ke dalam rumah.
"Mak Nah..." Panggilnya perlahan.
Mak Nah keluar dari dalam bilik setelah seketika. Masih bertelekung. Mungkin baru lepas solat Isyak.
"Hafiz? Kata malam ni tak ajar mengaji?" Mak Nah bertanya, melabuhkan duduk di sisi Hafiz di sofa ruang rehat.
Hafiz tersenyum. "Em, kerja selesai awal tadi. Ingat Lia...tak ada buat apa apa. Tu saya datang, boleh ajarkan dia mengaji."
Mak Nah memandang Hafiz yang sudah menunduk, bermain dengan kunci kereta di tangan. Sememangnya setiap malam Hafiz akan datang ke rumahnya, mengajarkan Amelia mengaji al-Quran.
Mak Nah menjenguk ke luar beranda. Amelia masih berbual dengan Ammar.
"Hafiz...suka Lia, ya?" Mak Nah meneka.
Hafiz terus angkat muka. "Eh, Mak Nah ni, kenapa tanya macam tu pula?"
"Hafiz...jangan berdalih dengan Mak Nah. Mak Nah ni mak Hafiz. Mak Nah kenal Hafiz."
Hafiz terdiam. Kemudian, tersenyum nipis. "Saya...tak berharap, Mak Nah. Dari awal lagi, saya nampak Amelia memang rapat dengan Ammar."
"Mereka tu sepupu, Hafiz."
"Sepupu pun..." Senyum lagi. "Boleh nikah, Mak Nah."
"Hafiz... Hafiz..." Mak Nah menggeleng. "Asyik nak mengalah saja. Macam budak Sara tu..."
"Mak Nah...dia dah kahwin la." Hafiz memotong percakapan Mak Nah.
"Ya, Mak Nah tahu. Mak Nah nak bagi contoh. Hafiz pernah suka Sara. Tapi tak pernah cakap kan. Bila dia dah jadi milik orang, kamu juga yang frust menonggeng."
Hafiz tersengih. "Ala, Mak Nah. Tak ada jodoh. Dia dah bercinta dengan orang tu pun masa tu. Soal jodoh ni, saya berserah saja Mak Nah. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada..."
"Bujang terlajak lah kamu." Mak Nah membidas geram.
Hafiz ketawa. "Saya muda lagi la, Mak Nah. 30 pun belum. Tak terlajak lagi ni."
Mak Nah sudah menepuk bahu Hafiz. "Ada saja jawapannya kalau Mak Nah cakap."
Mereka berkongsi gelak.
"Habis tu, Lia ni macam mana? Kalau Hafiz nak, Mak Nah cakap dengan Lia." Mak Nah menggiat.
"Ish, awal lagi lah, Mak Nah. Lagipun, takkan lah Lia tu nak tunggu saya."
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...