🌷🌷🌷
Hafiz berjalan di sampingnya menyelusuri satu kedai ke satu kedai. Amelia sudah kepenatan. Sudah hampir sejam mereka berlegar di kawasan tersebut mencari kedai kedai yang memerlukan pekerja.
Disebabkan Ammar yang mungkir janji semalam, hari ini, Hafiz membawanya ke pekan. Menemaninya mencari kerja.
Pada mulanya dia menolak, namun setelah dipelawa berkali kali. Dengan Mak Nah pula yang menyokong, dia ikutkan juga.
"Penat?" Hafiz bertanya menyedari keresahan gadis itu.
"Sikit." Amelia masih tersenyum.
"Kita berhenti minum dulu?" Amelia mengangguk dan Hafiz terus membawanya ke sebuah restoran berdekatan.
"Abang Fiz!" Seorang kanak kanak lelaki berumur dalam lingkungan 11 tahun melambai pada Hafiz sebaik saja dia dan Amelia mengambil tempat di salah satu meja di restoran itu.
"Rizqi? Buat apa kat sini?" Hafiz bertanya sebaik saja kanak kanak yang dipanggil Rizqi itu mendekatinya.
Tangan Hafiz disalami. "Saya tolong ayah."
"Oh, ni kedai ayah Rizqi ke?"
"Ya, abang. Abang nak makan apa?"
"Minum saja. Bagi abang kopi ais." Hafiz menoleh pada Amelia. "Awak nak minum apa?"
"Em, carrot susu."
"Okey." Rizqi menjawab. Sebelum pergi, sempat dia bertanya perlahan ke telinga Hafiz. "Girlfriend abang ke?"
"Ya Allah, budak ni. Sempat saja. Dah, pergi buat air sana." Hafiz menghalau, menepuk bahu Rizqi yang tersengih sengih meninggalkannya.
Hafiz menggeleng.
"Siapa tu?" Amelia bertanya.
"Budak saya ajar mengaji."
Amelia angguk. "Dia cakap apa tadi?"
Hafiz tersenyum. "Dia cakap awak girlfriend saya."
Amelia terkaku. Sekitar kedai dipandang sebelum menunduk.
"Tak adalah. Dia gurau saja tu. Jangan ambil hati ya?" Hafiz berkata setelah melihat wajah Amelia yang jelas tak selesa.
Barulah Amelia memandangnya dengan senyuman nipis. "Tak. Tak apa."
"Tak apa? Tak apa orang cakap awak girlfriend saya?"
"Ustaz ni ke situ pula..." Amelia mengomel. Matanya sudah dilarikan dari wajah Hafiz.
"Lia... Tak payah panggil saya ustaz pun tak apa. Saya tak kisah."
Tiba tiba Hafiz berkata."Eh, saya kan belajar mengaji dengan ustaz. Tak boleh ke saya panggil ustaz?"
Hafiz menggeleng, tersenyum. "Tak payah la panggil ustaz. Segan saya. Saya hanya ajar mengaji. Budak budak pun tak panggil saya ustaz."
"Ustaz tak suka saya panggil ustaz?" Amelia bertanya perlahan.
"Bukannya tak suka, Amelia. Saya mengajar pun sebab orang masjid yang minta tolong. Seganlah saya, awak panggil saya ustaz. Ilmu saya secebis saja. Tak layak nak dipanggil ustaz." Hafiz menjelaskan.
Amelia mendiamkan diri apabila pekerja membawa minuman mereka.
Tak menanti, minumannya terus disedut. Lega dapat menghilangkan dahaga. Hafiz hanya dijeling sekilas.
YOU ARE READING
I Remember You | ✔
General Fiction~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuan...