MATEOFMYSOUL ( 21 )

4.4K 121 0
                                    

DARREN ( THROWBACK )

“ Endy… sa mahu serius talk dengan ko.” sa terus bilang nie sama dia. Belum tu sempat dia duduk.

“ Cepatla… apa ko mahu bilang? sa teda masa nie…” Endy bilang sama sa, sabar Darren… sabar untuk si Liz.

“ Sa mahu ko tanggungjawab… Liz mengandung anak ko…” sa bilang sama dia. Serius nie muka sa tinguk dia.

“  Hahaha…orang macam dia… ko mahu sa tanggungjawab? entah berapa orang jantan suda tidur sama dia.” Dia bilang sama sa. Sikit lagi sa mahu tumbuk tu dia.

“ Abis berapa sumandak ko suda tebuk? sama kah nasib dengan si Liz? kalo ko lelaki… ko kena tanggungjawab… klo ko ndak percaya… pergi la check. Sa bayar semuanya” sa bilang sama dia. Lain suda muka dia. Pandai2 ko bilang kakak sa gitu aa…

Untuk pengetahuan semua readers yang tertanya2 siapa tu Si Liz…. Liz adalah kakak sa, kami sama mummy tapi teda sama daddy. Sa beruntung punya daddy yang kaya, baik dan sangat penyayang. Berbeza dengan si Liz… Liz anak mummy sa dengan ex husband dia dulu, seorang kaki mabuk, ringan tangan, ringan kaki… semua dia ringan tapi tu tulang dia berat. Dia malas berkerja. Mummy sa terpaksa bekerja di hotel sebagai cleaner di hotel… di situlah daddy sama mummy sa bertemu. Masa mereka bertemu mummy sama ex husband dia baru ja bercerai. Daddy sa banyak bantu mummy… dari fizikal dan mental. Entahlah macam mana daddy sa bulih terpikat dengam mummy sa. Dia bilang itu jodoh mereka. Setelah mereka kahwin teda lama lepas tu ,lahir la sa…. jarak sa sama si Liz Cuma beza 1 tahun ja. Daddy sa terima setiap kekurangan mummy sa termasuk anak mummy sa. Sekarang mummy sa suda meninggal , Cuma sa satu2nya keluarga dia. Jadi sa ambil tanggungjawab ini untuk bantu dia. Sa percaya Si Endy orang nya baik tapi dia masih terkejut. Mana tidak nya baru sekali makeout terus ada benih suda, apa bulih buat … dah si Liz subur kan. Itu semua adalah anugerah dari Tuhan. Sebenarnya, masa sa dengan MIkha melancong, si Liz ada disitu bukannya sengaja cari sa… kebetulan dia ada hal di sana. Dia adalah chief di sebuah hotel terkenal di KK. Jadi mereka kira exchange student. Dia terpilih, kan haritu sa ada upload diri di istagram, sa ada di Bali. itu yang dia mahu jumpa sa. Sebab dia mahu kasih tahu hal dia dengan si Endy.Teda tahu nie hal jadi makin teruk bila si Mikha pikir yang bukan2. Sa mahu explain tapi teda dikasi ruang sedikit pun oleh Mikha. Sa pun ndak tahu macam mana sekarang mahu cari dia.

Lepas ja settle tu hal dan tahu bahawa si Endy bapa pada budak dalam perut si Liz, Si Endy pun mahu kahwin sama si Liz. Bukan apa bah nie, si Liz kena fitnah sama kawan sekerja dia. Kira tu perempuan cemburu sama kakak sa nie. Jadi dia bikin2 cerita sama tu Endy, terus tu Endy pikir yang bukan2 sama Si Liz. Kami cadang mahu cepatkan perkahwinan mereka takut ketahuan orang lain tu perut suda ada isi. Jadi separuh dari kos perkahwinan mereka sa yang tanggung. Bukan la si Endy teda duit, sebagai amanah dari mummy supaya sa bahagiakan kakak sa, jadi sa buat keputusan untuk bantu mereka. Banyak orang ndak tahu kami adik beradik, sebab setelah sa sakit… S Liz mula jauhkan diri dari kami, dia teda sudah mahu sekolah ulang alik dari rumah kami. Dia tinggal asrama, dia teda mahu menyusahkan daddy sama mummy sa. Walaupun gitu, kami sekeluarga sayang sangat sama dia.

sebenarnya sa ada rasa kecewa sama Mikha tapi kasih sayang sa lebih dari kekecewaan yang sa alami nie. Bukan apa, dia cepat berfikiran yang ndak baik dan mudah putus asa. Dia juga ada keras kepala, mungkin dia anak bongsu dan masih muda lagi kan. Sa tahu banyak suda dugaan yang dia hadapi, tapi ada dia fikir dari sisi sa? ada dia paham bagaimana sa struggle mahu ingat semua tentang dia dan dalam pada masa yang sama mahu belajar mencintai dia semula. berkaitan dengan secret … kadang2 kita terpaksa merahsiakan sesuatu untuk kita terus bersama dengan orang yang kita sayang. Bukan semua benda kita mahu share sama partner kita kan.

End Throwback
“Hai Darren… jadi family la kita sekarang kan…” si Ethan bilang sama sa. senyum dia tinguk sa. Sebenarnya Endy adik si Ethan. ndak sangka juga sa.

“ ya kan… sa pun ndak sangka nie… macam mana isteri ko? suda mahu bersalin ka?” Sa tanya dia.

“ tunggu waktu ja tu “ dia bilang

“ btw sa minta maaf ndak dapt datang waktu wedding ko haritu aaa…” sa bilang sama dia. Senyum dia tinguk sa.

“ teda apa bah, bukan ko ndak mahu pergi tapi ko lagi kenak musibah kan time tu… hrmm.. bagaimana hubungan ko sama Mikha?” dia tanya sa

“ entah… kami bergantung gitu la…lagipun sa busy juga selesaikan masalah si Endy sama Liz kan… syukur mereka suda bersatu… ada tenang nie hati sa.” sa senyum sama dia. Yes.. sa memang akui yang sa lagi sedih kerana hal sa sama Mikha masih belum selesai.

“ sa betul2 sayang sama dia nie Ethan” sa bagitahu Ethan.
“ Bro… masih ada peluang nie ko kejar cinta sejati ko… dalam setengah jam lagi dia mahu berlepas pergi Italy… sambung study…pergila kerja sinta sejati ko.” terkejut sa.  terus tu si Liz datang dekat dengan sa. Dia pegang tangan sa.

“ Darren… pergilah…. pergi kejar sinta sejati ko…. pergi, pergi  jelaskan semua sama dia… tell her that you love her so much Darren.” si Liz bilang. tu si Endy pergi dekat sa sama si Liz. Dia kasi kunci kereta kahwin mereka. sebab Cuma tu kereta ja teda kena block bah.

“ pergi Darren… dulu ko cuba bahagiakan orang lain, sekarang apa salahnya ko pergi dapatkan kebahagian ko sendiri ..” senyum sa dengar si Endy bilang gitu.

Sa pecut laju…. sampai ja airport… sa cuba cari penerbangan ke KL… nah sa jumpa suda, nasib tu flight delay. sa terus mencari nie… suda rasa belakon cerita Hindustan suda. Ish sa dulu bayangkan tu Cuma propa sahaja tapi hari nie sa rasa sendiri macam mana kejar orang di airpot. sa tarik nafas… sa terus cari tu Mikha…. ingin sa teriak panggil nama dia… Tiba2 sa terpandang satu susuk badan. sa pe dekat dengan tu orang…

MateOfMySoul (18+) Completed Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon