CRUSH 02•

25.1K 934 37
                                    


"Nama siapa?"

Aida menyiku lengan Hasya.
Azlin pula memuncungkan bibir ke arah lelaki di hadapan mereka bertiga.

"Hasya."

"Aida."

"Azlin."

"Aku Adib, boleh join korang tak?"soal lelaki itu.Hasya mengangkat bahu ke arah Azlin dan Aida.

"Boleh la tengok kau kesian tak ada kawan."Adib tergelak mendengar kata-kata dari Azlin.

"Memang tak ada kawan, aku dari Sarawak."

"Wah, kamek sayang kitak!"jerit Azlin.Adib tergelak kecil.

"Kau nampak macam orang KL, fasih betul melayu kau."

"Nanti aku cakap Sarawak ternganga pulak korang tak faham."

"Hasya ada abang kan?"soal Adib.Hasya mengangguk.

"Kenapa eh semua yang jumpa Hasya harini tanya pasal tu."

"Abang dia si Hazim tu geng Fakrul.Fakrul kau tak kenal? Orang paling famous katanya!"

"Yang langgar kau haritu kan Sya?"Hasya mengangguk.

Handsome.

"Tapi dia punya girlfriend gedik sangat."

"Biar lah dia, kita ni kena jaga diri kita jangan jadi macam tu."kata Aida.

"Baik ustazah."balas Azlin.

"Korang dah pilih ke course mana-mana?"

"Dah."

"Aku nak pergi tandas kejap, nanti jumpa eh bye!"terus Hasya berlalu pergi.

Dari jauh Farran, Hazim dah Fakrul memerhati tingkah laku Hasya.Fakrul mencebik melihat penampilan adik sahabatnya.

  "Kenapa adik kau kolot sangat eh?"soal Fakrul.Farran dan Hazim yang sedang menaip berhenti lalu memandang Faktul.

  "Yah adik kau cantik tapi dengan baju kurung dia tu terus tak nampak cantik.Kawan-kawan dia pun pandai bergaya."

"Eh kau baju kurung tu bukan buruk sangat pun.Tu baju orang kita tahu tak?"

  "Aku tahu cumanya kau tengok student lain semua baju dengan seluar blouse pun ada."

  "Tu maknanya Hasya tu satu dalam sejuta.Dia perempuan asli bro."kata Farran.

Hazim diam.

"Abang dia bukan main bergaya, adik macam tu."terjengil mata Farran memandang Fakrul.

  Gila la budak ni.

PAP

Hasya terbangun dari pembaringannya.Novel diletakkan di sebelah.Beg kertas di hadapannya dipandang pelik.

"Abang ni kenapa?"soal Hasya.

"Mulai esok kau pergi kelas pakai baju dengan seluar macam ni.Dah lah pakai baju kurung tu memalukan aku tahu tak?"

  "Memalukan? Pakai baju kurung?"

  "Kau tak faham bahasa melayu ke? Sia-sia lah spm kau 9A tu."

  "Abang, bagi tiga sebab Hasya tak boleh pakai baju kurung."

"Pertama, kau tu perempuan.
Kedua, kau tu adik aku.Ketiga, sebab aku tak suka tak suka lah!"

"Abang ni gila ke? Perempuan pakai baju kurung lah!"

"Tak payah banyak cakap lah, esok kalau kau tak pakai baju-baju yang aku beli ni memang aku bakar baju kurung kau."kata Hazim berlalu keluar.

"Gila, pakai baju kurung pun marah.Kang aku bogel baru dia tahu."gumam Hasya.Beg kertas dilempar ke bawah lalu menyambung kembali bacaannya.

  Fakrul memandang Khatijah yang sibuk menari di sekeliling ramai.Air coke ditangannya diteguk.

"Bro."Hazim menepuk bahu Fakrul lalu mengambil tempat bersebelahan dengan sahabatnya.

"Farran mana?"soal Hazim.Fakrul tersenyum sinis.

"Anak tok imam takkan nak jejak tempat macam ni."kata Fakrul.Hazim tergelak tangan diangkat ke arah pelayan.

"Macam biasa."kata Hazim.
Tak lama muncul sebotol minuman keras beserta dua gelas kecil.

"Seriously coke?"

"Esok exam."balas Fakrul.

"La biasanya kau teguk juga exam tak exam.Takkan taknak aku belanja harini."Fakrul tersenyum.Gelas yang sudah diisi dicapai.

"Ini baru kawan!"

"Abang Farran, abang Hazim ada tak dengan abang?"soal Hasya.Farran di talian mengerutkan dahi.

"Takda pula."

"Dia cakap nak pergi study dengan abang dengan abang Fakrul."

"Owh, abang tak join."balas Farran perlahan.

"Kalau macam tu tak apa lah.Hasya letak dulu, Assalamualaikum."terus talian dimatikan.

Jam sudah mencecah satu pagi.Matanya sudah mulai memberat mulutnya tidak berhenti menguap.Baru sahaja kaki melangkah ke bilik pintu rumahnya diketuk bertalu-talu.

  Pintu dibuka.Bukan main terkejut Hasya melihat Hazim dipapah oleh Fakrul.

  "Tengok apa lagi? Ambik lah dia ni! Terhegeh-hegeh!"marah Fakrul.

Terus dia mencapai si abang.

"Korang pergi mana? Kenapa bau macam-"hidungnya ditekup.Busuk!

"Arak? Ya kita orang minum arak baru habis party dah kau tu budak kecil lagi pergi bawa abang kau ke bilik."kata Fakrul terus berlalu pergi dari situ.

  "Abang, kalau mama tahu mampus abang tahu tak?!"marah Hasya.Tubuh Hazim dipapah ke bilik.

Selesai sahaja menolak tubuh itu ke atas katil terus dia keluar dari bilik.Pintu rumah dikunci lampu rumah dipadam dan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.





Korang boleh terima ke jalan cerita macam ni?

If rasa tak sesuai and tak selesa jalan cerita macam ni. Hm, nak delete edit balik huehuehueee.

You Are My CrushWhere stories live. Discover now