KONSEP RUKUN NEGARA

685 5 0
                                                  

Kita sebagai warganegara malaysia, sudah pastinya dididk sejak zaman persekolahan lagi mengenai Rukun Negara. Masihkah anda semua ingat akan bilanya ada perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin, kita semua akan berikrar seperti berikut

 maka kami rakyat malaysia berikrar ;

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran dan perlembagaan
Kedaulatan undang undang
Kesopanan dan kesusilaan

Namun persoalannya disini, berapa ramai diantara kita semua yang benar memahami konsep prinsip rukun negara tersebut? Mari lihat penjelasan satu persatu ikrar yang telah sering kali kita lafaskan.

Namun persoalannya disini, berapa ramai diantara kita semua yang benar memahami konsep prinsip rukun negara tersebut? Mari lihat penjelasan satu persatu ikrar yang telah sering kali kita lafaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Atas kepercayaan kepada Tuhan, maka wujudlah bangsa dan negara. Dengan kepercayaan beragama yang benar mampu menjadikan bangsa dan negara sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Islam ialah agama rasmi persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan yang lain boleh diamalkan dalam suasana yang damai dan harmoni dimana-mana bahagian dalam Persekutuan dan tindakan membezakan seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa yang menggubal prinsip Rukun Negara menyedari bahawa keutamaan adanya kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan setiap insan. Ketiadaan agama yang kukuh didalam jiwa setiap insan mampu mengumbang ambingkan kehidupan mereka, kerana nilai rohani dan jasmani tiada dalam jiwa mereka. Oleh itu, prinsip ini telah di pilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Seterusnya, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berpalimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Maka, kesetiaan kepada raja dan negara di pilih sebagai prinsip rukun negara yang kedua. Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap warganegara seharusnya menumpukan sepenuh taat setia,jujur dan ikhlas kepada Ketua negara kita. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermaustatin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Ketua Negara yang sama, rakyat akan bersatu padu dan harmoni.

Selain itu, prinsip rukun negara seterusnya Keluhuran Perlembagaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selain itu, prinsip rukun negara seterusnya Keluhuran Perlembagaan. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi, dan mempertahankan keluhuran atau kemulian Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi di dalam sistem perundangan Malaysia.

Fungsi perlembagaaan ini untuk memastikan setiap rakyat diberi perlindungan dan hak keistimewaan sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana mana pihak. Perlembagaan negara juga menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Prinsip rukun negara yang seterusnya pula adalah Kedaulatan Undang-Undang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang dimana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu, undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Dengan kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa ada sebarang kekacauan di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas selagi mana tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara.

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seorang individu dalam masyarakat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seorang individu dalam masyarakat.  Kesopanan dan Kesusilaan merupakan antara prinsip penting yang mampu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membantu masyarakat untuk terus hidup harmoni bersama masyarakat berbeza adat budaya dan agama yang dianuti. Tujuannya untuk membentuk masyarakat yang sopan santun dan bertata susila selaras dengan budaya masyarakat yang hidup harmoni. Nilai murni kesopanan dan kesusilaan patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tata susila ini menitikberatkan dan menjaga perihal individu lain, dimana ianya sekeras-kerasnya membenci dan mengutuk tingkah laku yang buruk dan negatif seperti perbuatan yang angkuh dan sombong serta tingkah laku atau perkataan yang mampu menyinggung perasaan individu atau golongan lain. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terkawal dan harmoni selaras keperibadian bangsa dan nilai nilai murni yang cuba diterapkan dari prinsip terakhir ini.

Rukun NegaraWhere stories live. Discover now