#1

2.9K 158 1
                                    


Sudah setahun berlalu sejak kejadian dia berpisah Izzat. Dan selama setahun itu juga dia cuba mencari nafas baharu. Cuba untuk jauhkan dirinya dari mengingati Izzat.

Letih , letih menangis , letih berpura pura okey di depan kawan kawan nya. Letih berpura pura kuat. Hakikatnya dia tidak kuat, ya dia tak kuat. Bayangkan orang yang kita sayang rupanya sayangkan orang lain.

"Hahaha, bodohkan aku.." Sara bercakap dengan diri sendiri. Sesekali dia tersenyum hambar mengenangkan kebodohannya.

Sara kemudian mengambil telefon bimbitnya . Dia membuka galleri telefonnya berkira kira untuk memadam semua gambar mereka , namun sebaik sahaja dia ingin menekan butan delete , hatinya berat untuk berbuat demikian . Dan sekali lagi airmatanya mengalir.

"Argh , kenapa aku takboleh lupakan kau jad ? Kenapa ?! Apa dosa aku sampai harus terluka macam ni ?! Aku tak pernah lukakan hati sesiapa ! Tapi kenapa aku yang perlu disakiti sebegini jad ?!! Kenapa ?!" Sara meluahkan rasa sakit dihatinya. Akhirnya dia tertidur dengan airmata masih dipipinya.



****

"Weh jad , apa cerita sekarang ? Lama gila weh tak dengar khabar kau ? Kau sihat ke ?" Soal Ahmad kepada Izzat. Izzat hanya tersenyum sahaja mendengar soalan kawan baiknya itu.

"Haha aku sihat je bro . Macam ni lah. Kau ni aku tengok berseri seri muka sekarang.." kata Izzat. Ahmad hanya tersengih mendengar komen Izzat tentang dirinya.

"Hahaha mau tak berseri bro , aku otw jadi laki orang ." Ahmad membuat muka bangga. Izzat bagaikan terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh kawannya itu.

"Serius ah bro ? Gila ah weh. Tahniah tahniah ! Dengan sapa duh ?" Sungguh dia tumpang bahagia dengan berita itu.

"Eleh kau ni , dulu aku dengan sapa ja ? Ofcourse lah dengan awek aku yang satu satu nya , Lysa." Kata Ahmad.
Ya dia kenal lysa , lysa juga kawan Sara . Tak sangka cinta kawannya itu kekal ke jinjang pelamin. Tak macam dirinya kini , entahlah macam mana hubungan dia dengan Anis ni . Dia pun tak tahu macam mana penghujung cerita mereka .

Argh , tetiba dia rindukan Sara.

"Woi ! Termenungkan apa tu.." sergah Ahmad.

"Eh , takdelah aku cuma try ingat balik makwe kau tu. Yelah dah dekat setahun tak bertemu muka kan.." bohong Izzat.

"Hahaha takyah nak ingat lah muka bakal isteri aku tu macam mana. Nanti jumpa dekat majlis. Kau jadi pengapit aku eh bro.." kata Ahmad .
"Jadi pengapit kau ? No hal lah bro.. " kata Izzat pula.

"Tapi jap , sapa pengapit belah perempuan ? Cun tak ?" Soal Izzat.

"Haha mau tak cun , awek kau lah, Sara . Aku tahulah korang bercinta senyap senyap tapi tulaa takkan kau taknak ikat si Sara tu jad ? Dah lama kan korang together ? Tak silap aku ada dalam 5tahun kan? Haa cepatlah aku pulak tak sabar nak tunggu turn kau.." Izzat terdiam seketika mendengar kata kata Ahmad itu.

Sara pengapit Lysa ? Bersedia kah aku untuk jumpa dia ? Masih marahkah dia dengan aku ? Dia..diaa dah ada orang lain ke ? Memikirkan Sara dengan orang lain membuatkan hatinya sakit. Argh !
'Jad , kau jugak yang lepaskan dia dulu. Kenapa pula nak sakit hati kalau dia dengan orang lain...'

"Mad , aku hm aku dengan Sara dah takda pape, kitorang dah clash setahun lepas." Jujur Izzat. Muka Ahmad jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Izzat itu.

"Serius ah weh ? Kau dah takde pape dengan si Sara ? Patut lah aku tengok dia lain macam ja.." jelas Ahmad . Izzat menundukkan wajahnya. Entahlah , adakalanya dia rasa menyesal dengan keputusannya.

"So lepas clash tu korang takde contact ah ? Kau pun tak jumpa dia dah lepastu?" Soal Ahmad. Izzat hanya menggelengkan kepalanya.

"Hm kau okey ke kalau dia jadi pengapit perempuan ?" Soal Ahmad gusar. Iyalah , mana dia tahu kawannya itu sudah tidak bersama lagi dengan kekasihnya. Lagipun tunangnya Lysa langsung tidak memberitahunya tentang hal tersebut.

"Eh lek ah aku okey je. Cuma kau jangan bagitahu tunang kau yang aku pengapit kau. Aku takut dia bagitahu Sara. Aku nak jumpa Sara weh.." ucap Izzat jujur. Dia berharap sangat dia dapat menemui Sara sekali lagi.



'Aku rindu kau Sara , sumpah..'

Setiaku Pasti (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now