CHAPTER 3

9.5K 489 42
                                    

3: Mr. David

Senyuman tidak lekang dari bibir masing-masing. Semua mata pekerja di situ tidak lepas memandang ke arah mereka bertiga. Dengan langkah yang penuh kemas, kaki bergerak menuju ke bilik yang tertera nama CEO syarikat tersebut. Pintu diketuk dan dikuak apabila mendengar laungan dari dalam.

"Hello, Mr. David," tegur Diego ramah. Eve dan Danielle sembunyi riak sinis.

"Yeah, hello! Wow! I tak sangka you all nak bekerjasama dengan syarikat I." Mereka berjabat tangan. Setelah itu, semua duduk dengan selesa di sofa.

"Well, about that project which is..." Perbincangan palsu dilanjutkan selama dua jam. Dalam masa yang sama, Mr. David tak habis-habis merenung Eve dengan lirikan miangnya.

"Ehem! Mata I dekat atas, bukan dekat dada I," sindir Eve beserta senyuman yang manis.

Mr. David yang tersentak hanya tergelak kecil. Badan disandarkan di kerusi.

"Sorry, my bad." Mata dikenyitkan. Danielle berusaha menahan tawanya yang hampir meledak.

"Such a funny person, Mr. So, proceed?" ujar Diego kemudian sebelah tangan diletakkan di atas peha Eve.

Mata Mr. David melorot memandang tangan Diego.

"Oh, ya! Mana sample makanan yang nak digabungkan dengan syarikat I tu?" soal Mr. David teruja.

Danielle menayang riak terkejut.

"Nasib baik you ingatkan. Kalau tak... ish... ish..." Danielle membuat panggilan.

Beberapa minit kemudian, muncul seorang wanita bersuit hitam masuk ke dalam. Di tangannya terdapat dulang yang diisi dengan segelas air suam serta sepaket serbuk yang boleh dikatakan makanan tambahan. Selesai meletakkan dulang, dia berlalu pergi.

"Ada dua pilihan. Makan macam tu aje atau bancuh dengan air," terang Diego ringkas.

"Anna..." panggil Mr. David.

Eve memandang dengan riak 'kenapa'. Apabila berurusan dengan ahli perniagaan lain, nama panggilan mereka akan ditukar. Eve kepada Anna, Diego kepada Ash dan Danielle kepada Simon.

"I akan rasa kalau you yang suapkan." Lidah menjilat bibir sendiri. Loya tekak Eve melihatnya.

"Okay, no problem."

Dalam hatinya sudah berbakul-bakul kutukan dihamburkan. Paket kecil tadi diambil dan dicurah habis ke dalam gelas. Sudu digunakan untuk mengacau sehingga tiada ketulan-ketulan yang terapung.

"Here you go, Mr." Bibir gelas dibawa ke mulut lelaki tua itu. Baru nak sampai, Mr. David menghalang.

"Bukan macam tu. I nak you suap pakai mulut you."

Permintaan Mr. David sekali lagi berjaya meloyakan tekak Eve. Bukan Eve saja, malah Diego dan Danielle juga.

"Tak perlu sampai macam tu kut." Danielle cuba membangkang.

"It's okay, Simon. I can do this," ujar Eve tenang.

Diego sekadar memerhati manakala Danielle sudah dilanda kerisauan. Mana tak risau kalau dalam serbuk tu ada racun.

Dengan lagak selamba, Eve suakan gelas di bibirnya dan air tersebut disimpan di dalam mulut. Punggung diangkat sebelum dia menghampiri Mr. David di sofa yang bertentangan dengannya. Sebelah kaki diangkat dan diletakkan di atas sofa. Wajahnya dirapatkan dengan lelaki miang tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Mr. David membuka mulut dengan mata yang terpejam.

'Jijik!' desis hati Eve.

Pantas Eve mencurah lebihan air di dalam gelas yang masih yang berada di dalam genggamannya sejak tadi. Kemudian air beracun di mulutnya diludah ke lantai.

"Uhuk!"

Mr. David yang terkejut dengan curahan air itu terus terbatuk-batuk mahu mengeluarkan semula tapi pantas Diego bangun dan menekup mulut tua itu dengan sebelah tangan. Tangannya lagi sebelah pula bertindak mengepit hidung Mr. David dan air campuran beracun tadi telah selamat meluncur ke dalam perutnya. Hampir seminit meronta-ronta, akhirnya dia terkulai.

"Are you okay, Eve?" Danielle memaut bahu Eve memandang Eve hampir rebah.

"I'm fine. Cepat inform dekat Alex dengan Rose," kata Eve tidak mahu dirinya kelihatan lemah.

Danielle mengangguk lantas menghubungi anak buah mereka untuk selesaikan hal Mr. David.

Beberapa minit kemudian, mereka muncul dari pintu bilik.

"Alex, bawa mayat orang tua ni ikut pintu belakang. Esok baru penggal. Rose, hapuskan bukti. Selesaikan sebelum lunch hour tamat," arah Diego.

Melihatkan Alex dan Rose yang menjalankan tugas tanpa sebarang bantahan, mereka keluar dari pejabat Mr. David.

Sepanjang perjalanan ke kereta, Eve cuba menutup sakit di dada. Hebat lakonannya hingga Danielle sendiri pun tak dapat menangkap tentang perkara itu. Di dalam kereta, Diego hanya senyap manakala Danielle sibuk dengan phone di tangannya. Eve memejamkan mata kuat menahan rintihan yang bakal keluar.

Racun terlalu kuat.

Dalam 20 minit, kereta yang dipandu anak buah Diego tiba di vila. Tanpa sebarang kata, Eve cepat-cepat mengorak langkah ke biliknya.

"Eve!" laung Danielle. Hatinya dapat rasa sesuatu yang tak kena.

"Penat!" Kemudian pintu dihempas kuat. Laju kakinya berlari ke toilet. Masuk saja, terus dimuntahkan cecair berlendir bewarna merah.

Turun naik dada Eve mencuri nafas. Air mata cuba ditahan. Begitulah dia sejak menjadi ahli Evil Crow, kesakitannya tidak mahu ditonjolkan. Kalau dulu, dia merupakan gadis yang paling manja. Tetapi tidak lagi buat masa sekarang.

Tiada lagi Eve yang manja.

Tiada lagi Eve yang cengeng.

Bagi mengurangkan rasa perit dan panas di dada, pakaian dilucutkan dan dia berdiri lama di bawah pancuran air sejuk. Dalam tak sedar, air matanya perlahan-lahan menitik.

'Mummy... daddy...' Hati Eve merintih sendiri.

Tubuh menggigil setelah berada lama di bawah pancuran. Bathrobe dicapai dan disarungkan ke tubuh. Kaki diatur keluar.

Terketar-ketar tangannya membuka laci di tepi katil. Plastik kecil berwarna putih dikeluarkan kemudian satu tablet diambil. Baru saja mahu dimasukkan ke dalam mulut, denyutan di kepalanya terasa semakin mencucuk. Terlepas pil dari pegangan.

"Argh! Sakit..." Eve memegang kuat kepalanya. Dadanya juga terasa bagai mahu meletup.

Klik!

Pintu dibuka seseorang. Pandangannya mula kabur tanpa sempat mengenal pasti figura siapa yang masuk. Terasa tubuh yang mula longlai dibaringkan.

'Stay strong, girl,' bisik gerangan tersebut.

Dahi yang berpeluh turut dilap dengan kain basah kemudian diusap lembut. Dapat dirasakan bathrobenya dicabut. Mungkin mahu digantikan dengan baju yang lebih selesa.

Durjana dari Neraka ✔ [TERBIT]Where stories live. Discover now