서른둘 🌼

1.4K 175 19
                                    

loceng terakhir sekolah telahpun berbunyi dan tiba masanya jaeni bergerak ke kelab muzik seperti dia diarahkan minggu lepas. dia mengetuk pintu bilik muzik sebelum dia masuk. terlihat ramai telah sampai.

jaeni berasa amat gemuruh untuk bertemu dengan ahli kelab muzik. dia duduk di salah satu kerusi kosong di sana dan lihat sekeliling. wah. ramai yang kelihatan seperti seorang pemuzik dalam kelab ni.

kemudian, masuk orang lagi. jaeni lihat siapa yang masuk dan terlihat jaeni menjadi lega sedikit kerana orang yang masuk itu adalah daehwi.

" jaeni! hai. " kata daehwi apabila ternampak jaeni dan duduk di sebelah jaeni.

" daehwi pun kelab nie? wah. " kata jaeni dan daehwi tersenyum.

" tak tau pulak jaeni pun kelab nie. " balas daehwi pulak.

" baru masuk. presiden kelab nie yang tawar jaeni untuk masuk kelab nie. lagipun, jaeni mana ada join apa-apa kelab. " kata jaeni dan daehwi senyum. jaeni lega yang dia ada sekurang-kurangnya seorang yang dia kenal ada dalam kelab nie.

kemudian, masuk lagi orang ke dalam bilik muzik. jaeni melihat seorang demi seorang memasuki ke bilik muzik. mana tahu, ada orang yang dia kenal turut menyertai kelab ini juga.

masuk seorang lagi dan orang itu membuat jaeni amat terkejut dan jantungnya berdegup dengan laju kerana ia adalah seyong. dia tidak tahu yang seyong juga dari kelab ini.

semua orang dalam bilik itu berbisik sesama sendiri apabila seyong masuk. ya ya. kita semua tahu yang dia popular.

" jaeni, jaeni ada sediakan apa-apa lagu tak? " tanya daehwi kepada jaeni. jaeni pandang dia dan menggeleng kepalanya.

" jaeni patut sebab nanti seyong sunbae dengan ahli jawatankuasa yang lain akan lihat kita semua mainkan sesuatu lagu untuk tugasan bulanan. " kata daehwi. what? tiada sesiapa bagitau aku pasal benda nie. jaeni menjadi gemuruh dan takut balik.

" baik semua. korang dah buat tugasan korang? " tanya presiden kelab dan yang lain angguk kepala mereka dengan jawapan mereka telah buat apa yang disuruh.

" okay. kita mulakan sekarang. yang duduk hujung tu, mai depan dan show us what you got. " kata presiden. jaeni menjadi lagi gemuruh dari tadi kerana dia duduk di belakang bilik itu, berdekatan dengan hujung. gilirannya tidak lama lagi.

selepas beberapa minit, beberapa orang telahpun selesai dengan tugasan mereka dan daehwi baru sahaja selesaikan tugasannya.

" bagus, daehwi. aku patut lantik kau jadi ketua dalam kumpulan piano nanti. " kata presiden dan daehwi terima pujian itu.

" okay, next. budak lepas daehwi tu. " kata presiden. jaeni tidak ada pilihan untuk ikut sahaja apa yang dia katakan. jaeni berdiri di depan sana tanpa berkata apa-apa.

" ready when you are. " kata presiden.

" maaf, saya tak sediakan apa-apa. " balas jaeni. presiden kelihatan marah.

" apa maksud kau tak sediakan? kau memang nak buat aku keluarkan kau dari kelab nie ka? " balas presiden, agak kuat untuk mereka dalam bilik itu dengar.

" tak. sa-saya.. " tidak sempat ayat jaeni dihabiskan, seyong membantah.

" kejap. dia bukan budak viral tu ka? yang main gitar tu.. " kata seyong. mereka yang angguk kepala mereka kerana mereka juga turut mengenali jaeni, budak yang main gitar itu.

" oh..oh! ya lah. omg. sorry sesangat! aku tak sengaja nak tinggikan suara aku kat kau. " kata presiden, meminta maaf kepada jaeni.

" menyebabkan kau masih baru lagi, kau tidak perlu buat tugasan pada bulan ni tapi kau perlu buat untuk bulan depan. " kata presiden dan jaeni tunduk hormat pada presiden.

jaeni kemudian berbalik ke tempatnya semula. dia hampir menangis apabila presiden mula meninggikan suaranya. daehwi cuba menenangkan jaeni daripada kejutan tadi.

" hey, kau jaeni kan? " tanya seseorang. jaeni angkat kepalanya dan terlihat seyong sedang bercakap dengannya. jaeni kemudian lap air matanya sebelum dia bercakap dengan seyong.

" urmm. sorry pasal tadi. presiden ni kadang-kadang pelupa sikit so maafkan dia kalau dia selalu silap. " kata seyong dan jaeni memaafkan dia.

" kalau nak minta tolong dalam tugasan tu, boleh panggil aku. aku akan tolong. " kata seyong dan jaeni angguk kepalanya. kemudian, seyong keluar dari bilik muzik.

jaeni mahu sahaja menjerit tapi mampu jerit dari dalam sahaja kerana tidak mahu ganggu orang lain. tidak sangka yang seyong, si crush jaeni bercakap dengan dia. wah! it's a dream come true to me.

💫

hey gais. last update sebelum aku mulakan kerja sekolah aq and sekolah aku esok. sori sngat² sbb aku tak dapat update mcm dulu gais. aku nak sngat ada frequent update but tngok keadaan aku sekrng. dgn skolah and wattpad dok membabi dgn aku selalu so yeah. sori tau 🙏

VOTE & COMMENT

14.1.18 > 5.38PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now