Revolusi underground tanah air

125 2 0

Era kegemilangan muzik rock di Malaysia dikatakan bermula pada awal tahun 80an. Dengan pengaruh muzik luar bergenre rock dan heavy metal seperti Black Sabbath, Deep Purple, Scorpions, Van Halen, Kiss dan Quiet Riot yang popular pada tahun 1984 telah banyak mempengaruhi muzik di dalam Malaysia, kemunculan Search dengan album "Cinta Buatan malaysia" (1985) dan album kompilasi "Battle of the Bands"(1986) yang menampilkan Lefthanded, Bloodshed, SYJ, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel  membuatkan genre rock terus mendominasi industri muzik tanah air.

Genre heavy metal, hard rock, dan rock ballad kalau di Malaysia amat sinonim dengan panggilan rock kapak yang dimana perkataan kapak berasal dari sebutan "carpark" kerana sering kali kumpulan rock kapak membuat persembahan di carpark. Di Malaysia muzik rock kapak antara pasaran utama industri muzik ia adalah rock mainstream tempatan ketika itu. Namun, ketika itu sudah ada segelintir anak muda yang meminati genre rock yang lebih ekstrem seperti thrash metal, death metal, black metal, punk, hardcore, grindcore dan industrial.

Muzik yang lebih berat dan laju ini sebenarnya tidak diterima di arena muzik 'mainstream' di Malaysia. Stesen radio langsung tidak memainkan lagu mereka dan media amat jarang memberikan publisiti.

Ketika itu ia adalah muzik terpencil dan dikategorikan sebagai muzik underground. Walaupun golongan peminat muzik ini kerap dilabel sebagai negatif, ia sebenarnya unik kerana mereka lari daripada kebiasaan muzik arus perdana sedia ada. Pengaruh muzik keras dari luar seperti Metallica, Megadeth, Napalm Death, Kreator, Slayer, Venom, Sodom, dan King Diamond telah mewujudkan band-band tempatan beraliran muzik metal seperti Punisher, Nemesis, Slap Death, Picagari, Glottis, Hijrah, FTG, Saxo, Rator, ABC...Dead dan lain-lain lagi. Bergerak secara underground dan tanpa sokongan media arus perdana, mereka berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Berbanding negara Asia Tenggara lain, Malaysia sebenarnya lebih ke hadapan dari segi perkembangan band underground. Buktinya pada 28 Disember 1988, Box Office Malaysia milik Ali Bakar menganjurkan konsert thrash metal pertama di Malaysia di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Ia menampilkan band thrash metal tempatan iaitu Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death yang dihadiri lebih 3,000 penonton, konsert itu turut mencatat rekod kerana belum ada konsert thrash metal diadakan di lokasi besar di Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina sebelum ini.

Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Band-band underground tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Muzik undergroud mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik seperti death metal, industrial, grindcore, hardcore, dan punk. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal.

Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal antara yang terawal ialah Black Fire(Perlis), Rator(Selangor) dan Vulga(Perak) dan dibawah antara perintis terawal bermain muzik metal mengikut negeri Nemesis(Kedah), Senseless(Sarawak), P.R.O.V(Terengganu), Slap Death(Kelantan), Waitdeath(Pahang), Punisher(Kuala lumpur), Dark Power(Sabah), Betrayer(Johor), dan Colourful Bullet(Pulau pinang).

Blackfire.(Perlis)
Bapa black metal Malaysia asal dari perlis awal kemunculan tahun 1982 dengan nama Metal Ghost antara band terawal di Malaysia yang memainkan muzik keras black metal. Lirik bertemakan Darkside of spiritual world.

Genre:black metal

Vulga.(Perak)
Berasal dari ipoh Perak ditubuhkan tahun 1985 bermain muzik black/thrash metal

Genre:black/thrash metal

Nemesis.(Kedah)
Asal alor star Kedah aktif sejak tahun 1986 bermain muzik thrash metal lirik bertemakan politics, social & sci-fi. Vokalis Aru pada tahun 1996 menubuhkan band Koffin Kanser dan Republic of Brickfields.

Bawah tanahRead this story for FREE!