BAB 6

11 1 0

Aku membuka buku yang baru aku beli lepas balik dari sekolah tadi. Tiba-tiba rasa nak ada diary.

Aku segera menulis biodata. Cis zaman bila do haha tapi aku menulis juga.

Nama : Nur Arissa Saffiya
Umur : 15 tahun *muda lagi ok

Aduh , apa lagi ea? Aku ni bukannya selalu buat benda ni.

Makanan kegemaran : Semua jenis makanan di muka bumi yang halal *don't judge a book by its cover
Minuman kegemaran : Semua jenis minuman yang halal

Aku pun sambung tulis dan tulis.

Orang yang aku sayang ;
-Dato' Amran (Daddy)
-Datin Suraya (Mummy)
-Muhammad Shahrul Arfan (Abang)

Tulisanku terhenti. Tanpa aku sedar , air mataku mengalir. Abang aku dah lama pergi. Depan mata aku. Sedar dari lamunan aku segera menyapu air mata dan sambung menulis.

-TokWan,Tok
-Khadijah (MakJah) pembantu rumah
-Rahmat (PakMat) driver
-Nina,Put,Khai,Bal,Fara

Tiba-tiba aku teringat Naufal. Eh ! Dia tak akan ade dalam senarai. Boleh jalan da!

Aku selak helaian sebelah.

Khamis , 13 May. 3B itulah kelas aku. Menempatkan 37 orang termasuk aku dan Fara. Nina , Khai dan Bal kelas 3C manakala Put pula kelas 3A. Kami tak lah pandai sangat sebab kami aktif bersukan. Tapi masih mementingkan pelajaran lagi okay. Put memang dalam keluarga dia semua pandai belaka. Kakak dia belajar sampai oversea ambil medic.

Sukan? Aku dan Nina hoki. Khai pula bola keranjang. Put dan Bal bola jaring manakala Fara pula badminton. Kami yang selalu wakil sekolah. Tapi itu tak menjadi masalah untuk kami berjaya kan?

Kawan-kawan aku semua pergi tuisyen. Aku je yang tak tapi bukan sebab aku tak mampu cuma aku malas. Belajar di rumah lagi seronok. Kalau aku tak faham aku akan skype Put dan yang lain. Apa guna ada kawan pandai kalau taknak tanya kan? Tanya dia free , tuisyen berbayar haha.

KEMBARRead this story for FREE!