BAB 12-Perhitungan antara empat mata!

21 1 0


"Geurae,Seolhyun ada affair dengan Kai iaitu musuh kau sendiri.Dan yang nampak Seolhyun dan Kai buat perbuatan sundal belakang kau tu Park Junghwa yang jatuh sakit hari tu.So,kau minta Junghwa selidik hal ni secara senyap.Macam tu?"teka J-Hope.Jungkook mengangguk mengiyakan.J-Hope menghela nafas berat.Dia memandang Rapmonster dan Jin yang jelas terkejut dengan pernyataan yang diketahui mereka."Eonjaeyo?"soal J-Hope sepatah.Jungkook mendongak memandang J-Hope yang bersandar sambil memeluk tubuh."Hah?Apa maksud kau?"soal Jungkook dungu.J-Hope menegakkan tubuhnya."Aku maksudkan...Bila kau nak jumpa Seolhyun?Buat perhitungan dengan dia dan tamatkan hubungan kau dengan dia?Apa ke lembab sangat otak kau ni nak faham soalan."bidas J-Hope.Dia berdecit perlahan.Jungkook tersengih seperti kerang busuk.Dia berdehem kecil."Aku cadang nak jumpa lusa memandangkan dia ada kontrak lakonan dan iklan.Dia mesti busy."jawab Jungkook.J-Hope mengangguk.

"Jadi,kau dah tahu semuanya?Tapi,aku rasa keputusan yang kau nak buat sangat tepat Cuma aku nak tanya satu perkara aje."kata Jin.Dia memandang Jungkook dengan pandangan tajam."Bila kau sudah buat perhitungan dengan Seolhyun,hati dan perasaan kau macam mana?Aku yakin selepas ini kau akan frust dengan dia.Yela,kau ada hubungan dengan Seolhyun selama empat tahun then kau tiba-tiba nak clash dengan dia."sambung Jin.Jungkook menunduk menekur lantai.Dia tahu yang dia akan terluka selepas ini tapi kalau dia tidak bertindak lebih awal dia juga yang bertambah sakitnya.Lebih baik dia buat tindakan awal daripada terseksa di kemudian hari disebabkan penipuan yang tak sanggup dia hadapi ni.Jungkook memandang Jin dengan pandangan hambar."Aku tahu.Tapi,aku ada korang semua disisi aku termasuklah Junghwa dan ahli EXID yang lain.Korang semua adalah kawan-kawan sejati dan terbaik yang aku pernah ada.Aku perlu kentalkan diri untuk cabaran yang akan datang pada masa depan aku jugak.So,I will wake myself up and move on.Don't ever turns back.That my swear.Terima kasih jugak untuk korang sebab sentiasa ada untuk aku walau susah ataupun senang."balas Jungkook penuh emosi.Dia tersenyum manis.Ahli BTS yang lain mendekati Jungkook yang diamuk emosi dan mereka bersama-sama berpelukan.Mungkin Jungkook perlukan sokongan mereka.

Seolhyun menilik jam yang diikat di tangan sambil mulutnya tidak henti-henti mengomel tak puas hati.Dia memanjangkan lehernya mencari kelibat Jungkook.Setelah beberapa minit menunggu,akhirnya bayang Jungkook mula kelihatan di hadapan pintu kaca kafe yang dijanjikan.Dia berdiri apabilaJungkook mendekati meja tersebut."Waeyo,ada apa You nak jumpa I tiba-tiba ni?"soal Seolhyun selepas mereka berdua melabuhkan punggung masing-masing.Jungkook memandang wajah Seolhyun seketika.Dadanya berdebar-debar.Dia menarik nafas panjang sambil matanya dipejamkan rapat.Terbayang wajah Junghwa tersenyum manis kepadanya dengan ucapan semangat yang lahir dari bibir merah itu.Jungkook membuka matanya kembali."I ada nak tanya You.You better jujur dengan I.Apa perasaan You pada I selama kita kapel.Cinta ataupun simpati?"tanya Jungkook terus.

Seolhyun tersentak."You ni kenapa tanya soalan yang common sense ni?Of course I cintakan You sepenuh hati I."jawab Seolhyun penuh yakin.Jungkok tersenyum.Namun,senyuman Jungkook agak sinis."Neo geokjimal.You ingat I tak tahu yang You dah lama curang di belakang I.You ada affair dengan musuh I,Kai."bidas Jungkook.Mencerun pandangannya ke wajah Seolhyun yang mula berubah riak."You,dari mana You dengar semua ni?Betul I cintakan You.Ini semua bohong semata-mata.Kalau betul I curang belakang You,tunjukkan bukti.Jangan nak menuduh I sebarangan saja."cabar Seolhyun.Jungkook tersenyum sinis.Dia menyeluk sampul putih yang pernah diberi oleh Junghwa kepadanya.Dia menghempaskan sampul putih tersebut ke atas meja dengan kuat."Ni adalah bukti yang You nak.I yakin kalau I tak tunjuk bukti ni,You nak memutar belitkan kebenaran yang You sendiri tahu."balas Jungkook berani.

Seolhyun mengambil sampul putih tersebut lalu dikoyak bahagian atas sampul itu.Isi kandungan sampul putih itu ditarik keluar dengan rakus.Beberapa keping gambar menunjukkan dirinya dan Kai sedang berpelukan mesra di sebuah kafe."Dari mana You dapat semua gambar-gambar ni dan dari siapa You dapat maklumat ni?"soal Seolhyun cuak."Dari mana I dapat dan dari siapa I dapat semua ni,You tak perlu tahu.Sekarang I dah ada bukti untuk tamatkan permainan licik You."balas Jungkook.Dia memeluk tubuhnya sambil disandarkan pada kerusi.Seolhyun meletakkan semula kepingan gambar-gambar tersebut di atas meja manakala wajahnya ditundukkan ke bawah.Dia hanya senyap tidak berkutik.Selang beberapa minit dia mendiamkan diri,tiba-tiba sahaja kedengaran ketawa yang terletus di celah bibir merah milik Seolhyun."So,sekarang ni I dah bebas dari You.Bagus.I sebenarnya bukan cintakan You sangat pun.Actually,I cintakan popular dari You since You punya group sangat diminati ramai termasuklah dari luar negara.I dan Kai Cuma baru nak merancang untuk jatuhkan You tetapi You sendiri yang datang cari I untuk minta putus sebelum I laksanakan rancang kami berdua.That's better for me now."jawab Seolhyun selamba .Dia tersenyum sinis memandang Jungkook yang jelas terkedu dengan penjelasan terus daripadanya.

{COMPLETED}My love from the pure girlRead this story for FREE!