3.

94 8 24

Dia tunjukkan phonenya depan mata aku. "Instagram."

Senyum sinis.

Baru aku tersedar. Cepat-cepat aku buka Instagram. Aku terpempan. Segala nadi aku rasa macam dah berhenti untuk seketika. Eh mamat ni biar betik! Ini takde adab dan tatasusila namanya. jap, jap. Scroll bawah sikit.... ha!

Dia upload gambar aku yang sedang menjerit. Eeiii buruk habis! Geramnya!!

Eh, video pun ada? waaa... 2, 510 people like! 3, 211 comments!

Caption boleh tahan terharu, tau?

Aku baca caption tu. Erk! Dunia rasa berpusing 360 darjah.

Baca sekali lagi.

Gulp! Oksigen! Oksigen!

Baca lagi sekali.

Perkataan yang tertera, masih sama. Cukup untuk buat aku berhenti bernafas.

Aku angkat kepala. Mata aku bertemu mata dia. Satu renungan yang cukup dalam. Entah kenapa tak senang duduk aku jadinya.

"Ermmm... Kau?"

"Apa?"

Aku menjegilkan mata tidak percaya. "Serius?"

"Serius laa. Pernah ke aku main-main?" balasnya. Dia mencebik. Macam budak-budak.

"Salah tu. Pusing ayat tu sikit. Pernah ke kau serius?" kataku. Memang tak percaya mamat ni. Kalau ni semua part of his prank, tak ke malu aku?

Dia bangun. Berjalan mundar-mandir kemudian berhenti di hadapan sebuah kereta BMW. Dia memakai kaca mata hitam yang memang dah ada kat situ. Kemudian dia menepuk-nepuk kereta itu dengan lagak seorang model berkarisma.

Dia membuang kaca mata hitam itu kemudian meraut rambutnya. Ingat aku tergoda lah? Tak ada maknanya! 

"Aku serius."

Aku memicit dahi. Pening kepala betul nak layan kerenah budak tak cukup umur ni. Dia buat suka hati dia aje.

"Well... okay."

Aku senyum tak berapa nak ikhlas. Rasa nak gelak pulak.

"YEAHH!!" Serentak dengan 'okay' aku, seluruh pelanggan di warung Uncle Choi bertempik suka. Bunyi siulan dan tepuk tangan kedengaran kuat. Aku dengan terkejut beruknya berpaling ke arah mereka.

"She said yes! Congrats dude!" Seorang lelaki Cina menghampiri Danish dan menepuk bahunya.

"Yeay! So sweet! Kitorang doakan kau orang bahagia selamanya!" Sepasang kekasih mengucapkan kepadaku.

Aku terlopong. "What? Diorang tahu?"

Seperti biasa, lelaki yang aku suka tu buat muka innocent. "Of course. Apa yang peliknya? Uncle Choi yang plan suruh aku buat gempak macam ni."

Uncle Choi?! Cisss! Membazir aje aku rasa sendu kena marah tadi!

Dua orang perempuan India menghampiri aku. "Your boyfriend is so sweet. You tahu, dia datang sini sejak pukul 7 pagi tadi just to make sure everything akan berjalan according to the plan."

Rakannya pula berkata dengan nada eksaited terlebih. "Kan? Jealous I tau. We all tengok both of you from the tv. Surely you tak perasan?"

Aku menggeleng. Lidahku kelu saat ini, harap maklum.

"So jadilah ni?"

Dia tersengih.

"Nope. Never." Aku berjalan laju meninggalkannya. Huh! Entah kenapa aku rasa hangin semacam je.

Dia berlari anak mengekoriku. "Alah... Mana boleh macam ni. Tadi kau dah setuju kan."

"Ah takde! Aku tak setuju!"

"Kenapa pulak? Kau kena setuju tau, sebab aku sorang je yang tahan tengok muka buruk kau tu! Lelaki lain takkan tahan punya!"

Argh!! Aku pandang wajah dia. "Isy! Kau ni nak pujuk aku ke tak?!"

"Exactly that's what I'm doing right now! Kau tak nampak ke?"

"Nampaklah! Nampak kau kutuk aku!"

"Aku bukan kutuklah. Aku just reasoning dengan kau lah weh!" 

Dia berhenti mengejar aku. Aku pun turut sama berhenti. Jarak kitorang agak jauh. 3 atau 4 depa. Halal gap hehe.

"Aku tak nak!" Aku berpeluk tubuh. Entah kenapa kitorang main tarik tali macam ni. Seronok pulak rasa.

"Kalau kau setuju, aku kasi kau BMW tu. Free of charge. Amacam? Cun tak? Alah setujulah..."

"Kau ingat aku ni mata duitan ke?" Ego. Huh. Padahal dalam kepala aku penuh dengan 'BMW~ BMW~ BMW~'

Jeda.

"Laa, kau memang mata duitan pun kan?"

Sakit hati! Ah blacklist nama dia dalam hati aku! Tak guna! Blacklist blacklist!

"Aku tak nak!"

"Tapi kenapa?"

"Sebab kaulah!"

"Kau benci aku?" Perlahan aje suaranya. Dari ekspresi wajahnya, kelihatan dia terasa. Rasa bersalah menghurung aku.

"Tak!"

"Jadi kau sayang aku?" Terus ceria wajahnya. Cis aku tertipu!

Ergh! "Tak jugak!"

"Tapi kenapa?!" Dia nenjerit kuat. Frust.

"Kau tanya aku kenapa? Kau tengok tu!" Aku halakan jari telunjuk kepada sebuah longkang besar yang berada di sepanjang jalan tu. Dari tadi kitorang duk berdiri dan berlari di sebelah longkang ni.

"Mana ada orang propose tepi longkang?! Tak logik! Tak sweet!" Aku mencebik.

Dia menggaru kepala yang tidak gatal. "Oh. Patutlah aku bau busuk aje tadi. Aku ingatkan kau tak mandi lagi." Wajahnya clueless buatkan aku rasa nak humban dia dalam longkang.

Aku menghentakkan kakiku. "That's it. Aku tak nak kahwin dengan kau! Kita putus!"

Danish gelak kuat. "Kita belum mula apa pun lagi, nak putus apanya?"










Hey Man, happy forever 26! Semoga panjang umur dan kekal kena prank selalu. Jaga kesihatan baik-baik (kalau kau sakit, macam mana aku nak kenakan kau). And lastly, please kurangkan makan aiskrim. Kau sedar tak yang pipi kau dah macam bola sepak. Nanti takde lelaki yang berkenan dekat kau. Tapi bagus jugak. Boleh aku masuk line.

Boleh kan kan?

Marry me? @mxnwnina

p/s: makan aiskrim banyak2. biar aku sorang je pandang kau.








MY ANNOYING BESTFRIEND

- THE END -




My Annoying BestfriendRead this story for FREE!