2.

73 8 3

"Kau ni betul-betul tak guna. Kau tahu tak gelang ni mahal?" Mataku sudah berair. Masuk habut kut.

Ceh. Klise la Wani.

Danish selamba aje melantak roti canai telur tanpa mempedulikan aku yang dah melting habis ni. Eh, dia ni bodoh ke tolol? Tak nampak ke aku ni dah jatuh cinta dengan kau sejak 10 tahun yang lalu? Buta sangat ke kau ni?

"Dah aku yang belikan. Mestilah aku tahu. Mahal siot. Kopak aku," balas Danish. Dia menunjukkan walletnya yang dah nipis.

Err, pernah ke wallet dia tebal?

Aku memandangnya dengan perasaan sebal. "Habis tu, kenapa kau beli jugak. Mesti duit kau habis 5 ribu kan? Sayanglah... Danish, lagi baik..."

"Woi nenek, kalau aku bagi tu, ambil jelah. Jangan banyak cakap boleh tak? Hari ni kan birthday kau," potong Danish. "By the way, gelang tu 10 ribu. Untuk kau, tak main laa 5 ribu. Takde class gitu."

Mata aku terbeliak. Mamat ni biar betul!

"Kaya rupanya kau ni. Kalau macam tu, jom makan kat hotel. Alah, hari ni kan birthday aku." Ajakku. Baru aku tahu mamat ni kaya. Menyesal aku tak buat baik dengan dia selama ni. Sia-sia aje hidup.

Danish menghulurkan kotak mancis kepadaku. Wajahnya serius aje. Apa benda pulak ni? Cincin emas ke? Banyak surprise lah pulak dia hari ni.

Aku dengan gelojohnya membuka kotak mancis itu. Tapi yang aku lihat bukannya cincin, bukan juga gelang. Tapi ianya adalah musuh nombor satu aku sejak kecil. 

Lipas! Hidup pulak tu!!!

Aku menjerit tanpa menghiraukan pelanggan lain. Aku tempis segala benda yang berada di hadapan aku. Ah aku tak kira! Gelas kaca ke apa, aku tempis aje. Aku benci lipas! Aku benci Danish!

Gelas dan pinggan jatuh atas lantai. Mujurlah pinggan tu plastik. Meja pula hampir-hampir je nak terbalik. Penangan seorang Wani yang kerasukan. Hilang habis sifat feminin.

Klik! Klik! Klik!

"Gotcha."

Aku berhenti menjerit. Nafasku tercungap-cungap. "Kau ambil gambar aku?!"

Aku macam tak percaya. Macam manalah aku boleh suka mamat ni?

Dia senyum jahat. Sebelah kening dijongketkan. "Bukan setakat gambar, video pun ada. Nak tengok? Boleh viral ni," katanya sambil menyentuh skrin telefonnya.

"Bagi balik!" pintaku keras.

"Too late dear. Kau better check instagram right now. Memang meletup habis! Terbaik ah!"

Aku terlopong. Dalam satu hari, macam-macam budak ni kenakan aku. Pagi tadi tepung, pastu lipas and now what? Instagram?

Baru aku nak buka mulut, tiba-tiba Uncle Choi si pemilik warung bersuara. Dia bercekak pinggang. "Apa you dua orang buat ni? Haih budak-budak zaman sekarang. Hey girl, kenapa you mengamuk? You lihat, gelas saya sudah pecah. Apa mahu buat? Pelanggan pun ramai sudah lari. Itu you punya pasal la weii. Siapa mahu ganti? Manyak rugi woo..."

Aku dan Danish diam. Ni mamat ni punya pasallah, apa pasal salah aku pulak? Dia tahu aku jenis sawan kalau nampak benda tu, dia buat jugak. See? Aku innocent dalam hal ni.

Aku jeling dia. Dia buat derk aje.

Ingat Uncle Choi tu bapak dia kut. Mentang-mentang kulit sama putih.

"Maaf uncle. Kitorang tak sengaja. I nampak lipas tadi, tu yang menjerit tu." Aku cuba berlembut. Mata kukerdipkan beberapa kali. Taktik senjata rahsia seorang perempuan! Mana tahu menjadi!

Uncle Choi menggeleng-geleng. "Ini tak buleh jadi. You berdua kena get out. I tak boleh terima. You bayar dulu gelas yang you dah kasi pecah ni. Lepas tu you kena pergi. Nanti makin banyak pelanggan I lari."

Danish masih dengan muka selamba derk. Dia memohon maaf kepada Uncle Choi lalu membayarkan ganti rugi gelas yang sudah pecah. Salah dia. Memang patutlah dia kena bayar, kan?

Muka aku sudah setebal Tembok Cina. Pelanggan lain yang ada kat situ mula berbisik-bisik sambil menjeling kat aku.

Mata aku dah berair semacam. Yalah, mengaku dewasa tapi buat perangai ala-ala kanak-kanak Ribena tak dapat makan coklat. Dahlah depan orang ramai. Malu betul aku.

Aku menyusul Danish keluar dari warung itu. Namun mata orang ramai masih melekat pada kami. Biasalah manusia. Tapi bukan salah diorang sangat.

Kitorang duduk kat meja di warung bersebelahan. Kebetulan, warung tu kosong. Aku menutup muka aku dengan hujung shawl.

"Weh, jom lah blah! Apa kau tunggu lagi? Tak nampak ke orang tengah tengok kita?" Aku mencubit tangan dia.

"Nantilah. Ni kan birthday kau. Kita celebrate kat sini jap," dia balas acuh tak acuh aje. Busy dengan handphone. Ini yang aku pantang ni. Ajak aku keluar, tapi asyik ralit dengan handphone dia. Aku pancung karang, baru tahu!

"Kau ni memang dasar muka tak malu eh?"

"Yup. Macam mana kau tahu? Kau stalk aku eh?"

Ooo. Sarkastik kau ye? Kau ingat kau bagus sangat?

"Memang pun. Dah lama aku usyar kau. Kau tak perasan ke? Dah 10 tahun dah aku meneropong wajah kau dari tingkap bilik aku," usikku. Kenapa rasa macam aku dah buka pelengkung sendiri? Hmmm...

"Woah. What a creep," dia gelak. Kemudian sambung main handphone.

Isy! Kahwin ajelah dengan phone tu, baru senang! Asyik nak berkepit 24 jam!

"Kau tengok apa tu?"

Dia tunjukkan phonenya depan mata aku. "Instagram."

Senyum sinis.

Baru aku tersedar. Cepat-cepat aku buka Instagram. Aku terpempan. Segala nadi aku rasa macam dah berhenti untuk seketika. Eh mamat ni biar betik! Ini takde adab dan tatasusila namanya. jap, jap. Scroll bawah sikit.... ha!

Dia upload gambar aku yang sedang menjerit. Eeiii buruk habis! Geramnya!!

Eh, video pun ada? waaa... 2, 510 people like! 3, 211 comments!

Caption boleh tahan terharu, tau?

Aku baca caption tu. Erk! Dunia rasa berpusing 360 darjah.

Baca sekali lagi.

Gulp! Oksigen! Oksigen!

Baca lagi sekali.

Perkataan yang tertera, masih sama. Cukup untuk buat aku berhenti bernafas.

Aku angkat kepala. Mata aku bertemu mata dia. Satu renungan yang cukup dalam. Entah kenapa tak senang duduk aku jadinya. 

"Ermmm... Kau?"

My Annoying BestfriendRead this story for FREE!