1.

132 11 14

Terpisat-pisat aku membuka mata. Lenaku terganggu apabila terdengar bunyi ketukan dari tingkap bilikku. Aku melihat jam loceng di sebelahku dengan mata yang separuh tertutup.

Pukul 11:54. Jantungku berdegup kencang. Bukan apa, sekarang ni malam weh. Kalau siang takdelah kecut sangat.

Lagipun bilik aku kat tingkat dua. Sape lagi yang ketuk kalau bukan ehem ehem?

Bunyi itu berbunyi lagi. Ah... Menyesal aku tengok cerita IT sebelum tidur tadi. Dahlah aku paling anti badut. Benci gila dengan makhluk hidung tomato tu.

Apabila bunyi dari tingkap itu berbunyi lagi buat kesekian kalinya, aku bertekad untuk memberanikan diri. Apa nak jadi jadilah!

Aku ambil raket badminton yang tergantung pada dinding. Lalu aku melangkah ke arah tingkap berkenaan perlahan-lahan.

Aku membuka tingkap. Nak luruh segala organ dalaman aku melihat satu-satunya benda yang paling aku benci dalam dunia ni selain lipas.

IT!! Mak!!!!

"Arghhh!!" Aku seperti diserang penyakit sawan dan terus memukul Pennywise itu bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, aku menarik rambut merah itu dengan kuat sambil meracau-racau.

"Adeh sakit sakit!" Pennywise mengerang kesakitan sambil memukul tanganku yang sedang mencekak rambutnya.

Aik? Aku seperti tersedar daripada kegilaanku. Pennywise?

'Pennywise' membuka topeng. Wajah lelaki paling aku benci muncul di sebalik topeng Pennywise. Wajahnya berkerut menahan kesakitan sambil tangan kirinya mengusap kepalanya. Tangan kanan berpaut pada tingkap.

Aku terpempan. Tak tahu nak bagi reaksi apa sebab speechless sangat.

"Happy birthday," dia menayangkan sengihan innocentnya.

"Apa kau buat ni?" Perlahan aku bertanya selepas lama mendiamkan diri.

"Happy birthday geek," selamba dia menjawab. Serentak itu, jam tangannya berbunyi. Pukul 12 malam tepat.

Aku mendengus kasar. Lupa pula kawan aku ni sengal tak bertempat.

"Happy deathday idiot." Aku menutup tingkap kasar. Terdengar suaranya menjerit kecil kerana tangannya tersepit.

Peduli apa aku!

Kacau aku tidur. Takutkan aku. Menyamar jadi Pennywise. Kacau tidur aku. Buat aku histeria tengah-tengah malam.

Kau memang nak kena!

***

Tangan aku silangkan. Wajahku cemberut dek usikannya. Bingit telinga aku mendengar gelak tawa itu. Geram geram geram! Aku menepuk-nepuk bajuku untuk membuang tepung yang tersisa.

"Dah puas?" Sinis aku bertanya. Sakit hati! Dahlah harini birthday aku! Arghhh!!! Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia ni.

Senyuman tak bersalah yang dipamerkannya itu buatkan hatiku makin membara. Makin panas macam api yang disimbah minyak. Laju aje aku memukul bahunya dengan beg tangan.

Tawanya reda. "Dah."

"Asyik kenakan aku je. Kata birthday aku. Mana hadiahnya? Dahlah kau lupa birthday aku tahun lepas." Aku mengingatkan. Siaplah mamat ni kalau takde hadiah. Prank tak lupa, hadiah lupa aje memanjang.

"Aik? Pennywise tu bukan hadiah ke?" Dia gelak lagi.

Perkenalkan, lelaki depan aku ni namanya Danish. Muka dia pucat gila, macam vampire. Tak boleh blah betul dengan lelaki kulit putih. Kau ingat kau handsome macam Nam Joo Hyuk?

Muka handsome pun, apa gunanya kalau perangai annoying gila. Orang gila pun tak annoying macam dia. Suka betul kacau hidup aku. Tak pernah aman lagi hidup aku ni rasanya sejak berjumpa dengan dia.

Dia best friend aku sejak Darjah 4. Macam mana kitorang boleh jadi BFF kau tanya?

Ada suatu hari tu, dalam kelas, aku tengah duk bersembang dengan kawan aku. Tiba-tiba mamat sewel ni lempar pemadam getah kat aku. Aku ingatkan lipas. Apa lagi? Penyakit sawan aku pun datang menyerang. Macam orang gila aku meloncat atas meja. Dahlah crush aku tengok. Buat malu aje.

Lipas ni lain daripada cicak. Kalau cicak, dia lari bila nampak kau. Tak kisahlah muka kau macam Mak Limah ke, ataupun cantik setaraf Miss World macam aku ni. Tapi lipas bila tengok engkau, lagi engkau lari lagi dia kejar. Engkau tak lari pun dia kejar. Tak guna betul.

Start hari tu, dia selalu cari pasal dengan aku. Aku pun selalu jugak kenakan dia. But most of the time, dialah yang selalu mendajalkan aku. Dia kan prank king.

Sampailah hari exam, aku blank. Aku dah nak nanges dah. Padahal aku dah study dah malam sebelum tu. Tiba-tiba orang sebelah berbisik. Dialah. Dia bagi pemadam yang telah ditulis jawapan. Aku punyalah terharu habis. Tapi tak lama pun. Masa rehat, dia mintak aku belanja nasi ayam dengan air sirap. Lepas tu dia mintak Vitagen sepaket. Cisss. Mengenangkan yang aku dah terhutang budi dengan dia, aku pun reda jelah. Gila. Kopak aku. Tak pasal-pasal terpaksa pecahkan Mr. Biri-biri untuk dapatkan duit. Tapi apa-apa pun, sejak itu, kitorang jadi geng.

Nama aku pulak Wani. Wani Imanina. Tapi mamat annoying ni panggil aku Man. Short term for Imanina. Ada ke patut! Brengsek kan?

Eh tapi macam mana aku boleh tahan dengan perangai budak tak matang ni?

Jawapannya mudah aje. Sebab dia selalu ada untuk aku. Dia macam a mean angel and a kind devil. Kalau dia baik, something wrong. Kalau jahat pun ada something wrong.

Tapi takkanlah sebab tu je kan? Ada sebab lain?

Aku senyum. Tentulah ada.

Danish mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna ungu dari kocek seluarnya. Besarlah jugak kotak tu. Buatkan aku tertanya-tanya sendiri akan isinya. Gelang emas ke? Syukur... Boleh jugak aku gadai.

Kali ni senyuman charming alias killer dia tayang kat aku. "Happy Troublesome 26."

Aku terkedu. Sebab yang klise.

Sebab aku dah jatuh cinta dengan dia.

My Annoying BestfriendRead this story for FREE!