BAB 5

14 2 0


HARI ini aku pergi sekolah naik bas. Awal-awal lagi aku dah keluar tapi aku ade tinggalkan note kat meja makan. Notenya berbunyi...

Rissa pergi sekolah naik bas. No worries , i'm okay. Bye Assalamualaikum ;)

Apa nak jadi kat rumah jadi lah. Ada aku kesah ?

Sedang aku tunggu kat bus stop ,

" Hai cik adik , sorang je ke ? " adui ni mesti gengster jalanan ni. Err gengster taik kucing. Aku buat dunno je. Biar lah dia , kurang kasih sayang tu yang takde kerja kacau aku. Aku hanya tunduk pandang lantai.

" Alah cik adik ni sombong nya " aku mengangkat wajah dengan muka tiada riak. Ada 2 orang lelaki. Dan aku perasan ada motor tak jauh dari situ. Aku buat tak layan dan hanya menjeling. Eii jangan sampai aku maki kau lah setan.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka duduk di sebelah aku. Dia cuba rapatkan diri dia pada aku tapi aku sentiasa menjarakkan diri aku dari dia.

Jangan sampai silat aku keluar

Apabila terasa pehaku di sentuh. Aku segera bangun dan

Pap!

Aku tampar tanpa ada belas kasihan. Geram aku.

" Tak guna punya betina ! " dia menjerit , aku melihat tanpa riak wajahnya berkerut menahan amarahnya kerana aku menampar wajah buruknya. Hahaha! Jatuh saham.

Dia menggenggam tangan kiri aku dan menarik aku. " Woi ! Sakitlah " malangnya takde siapa yang dengar jeritan aku.

Aku terus menjatuhkan diri aku sebelum menggelongsor kaki aku ke arah kakinya. Bingo! Dia jatuh macam nangka busuk hahaha! Kawannya tak mahu berdiam diri terus meluru ke arahku mahu menumbuk aku , segera aku menahan menggunakan tangan kiri lalu menyiku tangannya dan menarik tangannya ke belakang kemudian dia seolah olah berpusing dan jatuh.

Buat-buat faham lah ye kalau tak faham :)

Belum sempat menyelamatkan diri , lelaki yang pertama tadi menarik aku membelakangi dia dan mengacukan pisau ke leherku.

" tok wan... Rissa tak sempat belajar cara mempertahankan diri yang ni sebab tok wan dah takde... Tolong aku ya Allah , aku memohon perlindungan darimu. Kau selamatkan lah aku. Jika sudah tertulis harini adalah ajalku , aku redha ya Allah " kataku dalam hati. Aku hanya mampu menutup mata dan terima apa yang akan berlaku sebentar lagi.

" Lepaskan dia ! " suara garau menjerit menyentakkan aku dan juga penjenayah tak guna tu.

" Wow , hero dah sampai " penjenayah itu memusingkan badan menghadap orang yang menjerit tadi. Seorang lelaki memakai jaket hitam berseluar hijau tua seperti seluar sekolah , berkasut sekolah berwarna putih. Eh wait ! Budak sekolah aku ke ? Aku tak dapat tengok muka dia sebab dia memakai mask berwarna hitam menutupi bahagian hidung dan mulutnya.

" Meh la lawan dengan aku. Man to man. Tak jantan lah kalau lawan dengan perempuan. " katanya bernada sinis. Kawannya yang sedari tadi berada di belakang meluru ke depan. Lelaki yang meletakkan pisau di leherku perlahan-lahan menurunkan pisau dan menghalang kawan nya.

" Biar aku yang lawan budak mentah ni " katanya seraya menolak aku ketepi. Pisau yang dipegang di campak ke dalam longkang. Aku dipegang oleh kawannya. Perempuan tak lemah okay! Kawannya tiada pisau. Maka , bermula lah aksi aku dan lelaki tidak dikenali melawan penjenayah. Orang yang aku lawan agak mudah sebab badannya kurus kering. Penagih dadah mungkin? Hanya beberapa tumbukan di mukanya , dia sudah tak larat dan pengsan. Hahaha mudah! Aku melihat pertarungan dua lelaki itu. Takut? Memang takut.

Tiba-tiba tanganku di tarik lelaki yang menutup muka nya.

" lepaslah " aku menarik tanganku.

" ikut aku , aku hantar kau ke sekolah. Bas lambat lagi datang. Bahaya " suaranya macam aku pernah dengar. Betul juga apa yang dia cakap. Dengan perlahan-lahan aku bangun dan menuju ke arah motor nya.

Sampai sahaja di pintu sekolah , aku terus turun. Belum sempat mengucapkan terima kasih , dia terus berlalu meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.

Siapa dia? Kenapa dia tolong aku? Dan , macam mana dia tahu aku sekolah sini? Sedangkan aku tak beritahu dia. Oh! Tiba-tiba aku teringat. Mungkin dia nampak lencana sekolah aku kot. Hahaha , aku tergelak sendiri. Dah lah bersyukur lah Allah sampaikan seseorang untuk menyelamatkan aku. Aku terus masuk ke perkarangam sekolah.


I have no ideas rn 🙇🙇

Have a good day guys🙌🙌



























Hehe jangan marah. ;)

KEMBARRead this story for FREE!