스물넷 🌼

1.8K 228 13
                                    

" maafkan lah dia jaeni. dia tak sengaja tu. "

" ya, bukan senang tau dia nak buat macam tu kat orang. " kata kedua-dua jihoon dan daehwi, cuba untuk memujuk jaeni untuk memaafkan jinyoung tetapi jaeni masih tidak mahu maafkan dia.

" kenapa korang dua nak maafkan jaeni padahal dia yang buat salah.. " kata jaeni, tidak memandang dua budak laki itu, masih marah akan jinyoung. muka jihoon dan daehwi menjadi risau kemudian. perkara menjadi lebih sukar dari sebelum.

" maafkan aku. " kata jinyoung tiba-tiba. mereka bertiga terkejut bahawa jinyoung sedang meminta maaf kepada jaeni.

" aku tau aku salah but please maafkan aku. kalau kau tak nak maafkan aku tak pa. aku faham. " kata jinyoung yang penuh dengan kesedihan.

" yas! " jerit seseorang. jinyoung, jihoon dan daehwi pandang ke arah siapa mengata itu dan terlihat ia adalah jaeni sendiri. kenapa?

" akhirnya aku buat kau cakap lebih dari dua perkataan. " kata jaeni. mereka keliru dengan apa yang dia sedang cakapkan.

" sejak kita sampai sini lagi aku nak buat kau cakap lebih dari dua perkataan at least dan akhirnya, ia berjaya. " kata jaeni dengan gembira. mereka bertiga tergelak melihat jaeni.

" jinyoung, kau tak perlu nak malu kalau nak berkenalan dengan seseorang. terutamanya aku. just be you. aku bukan nak judge kau dari segi apa yang kau tunjukkan. aku akan judge dari segi apa yang kau cakapkan dari hati kau. you're my bro, jinyoung. kau tak payah nak malu dengan aku. we're family right? " kata jaeni dan jinyoung angguk kepalanya sambil tersenyum.

" mulai dari hari nie, janji dengan aku yang kau akan cakap banyak. cakap lebih dari dua perkataan. okay? " kata jaeni dan keluarkan jari kelingkingnya untuk mereka membuat janji. jinyoung lakukan yang sama juga.

" yeah! we're besties now! " kata daehwi tiba, memeluk kedua-dua jaeni dan jinyoung. mereka berempat tertawa. melihat jinyoung dan jaeni berkawan rapat, membuat mereka gembira.

" kita tunggu apa lagi? jom pergi menjelajah thailand! " jerit jihoon dan mereka berempat bersorak dan berjalan ke pintu keluar hotel itu.

" hei hei jap. ada orang tak turun lagi. " jerit puan jung kepada mereka berempat. mereka baru teringat yang ada juga orang lain. mereka semua tertawa akan kesilapan mereka.

--

mereka semua telah berjam-jam berjalan-jalan di thailand tanpa ada sebarang keraguan kerana ada nichkhun bersama mereka. nichkhun lah yang menunjukkan mereka kesemua tempat yang menarik di sana. tanpa nichkhun, rasanya mereka semua akan hilang.

setakat ini, jinyoung menjadi lebih terbuka kepada jaeni. mereka berdua bersembang seperti tidak pernah jumpa selama setahun. jaeni tidak tahu yang dia dengan jinyoung ada banyak benda in common.

sekarang, mereka semua berada di sebuah taman, taman yang penuh dengan ramai orang tidak kira umur, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, keluarga, pasangan bercinta dan ramai lagi.

di sana, ada orang sedang menyewa basikal untuk mereka yang mahu menaiki basikal. kedua-dua jinyoung dan jaeni menyewa satu untuk diri mereka berdua. cuma jinyoung dan jaeni sahaja yang menaikinya kerana yang lain sudah penat berjalan merata tempat.

mereka berdua menunggang basikal masing-masing dengan penuh kepakaran. nasib jaeni tahu bagaimana hendak menunggang basikal. mereka berdua menaiki basikal mereka di sekitar taman itu. ia amat menyegarkan di sana kerana taman itu disebelah sebuah sungai. ia seperti di sungai han.

ketika jaeni sedang menunggang basikalnya, dia tidak sedar yang dia sedang berjalan ke arah seorang budak kecil. sewaktu dia sedar yang dia hendak melanggar budak itu, dia cepat-cepat mengelak dan mengakibatkan dia jatuh dari basikal itu dan terjatuh ke lantai konkrit taman tersebut.

jinyoung berhenti basikalnya ketika ternampak jaeni terjatuh dari basikalnya. jinyoung cepat-cepat meletak basikalnya dan pergi ke jaeni untuk lihat jikalau dia cedera. ternyata jaeni cedera, lututnya berdarah.

" omg. berdarah. " kata jinyoung dengan jaeni yang sedang menitis airmata kerana ia amat sakit dan dia tidak mampu tahan. jinyoung keluarkan telefonnya dan menelefon seseorang.

" hyung! tolong! jaeni jatuh basikal. " kata jinyoung pada telefonnya. selepas beberapa penerangan jinyoung kepada mereka, akhirnya dia meletak telefonnya semula ke dalam poketnya dan tolong jaeni.

" kau boleh berdiri tak? " tanya jinyoung dan jaeni cuba berdiri tetapi gagal dan terjatuh ke lantai semula. jinyoung mengiringi jaeni dan membawanya ke sebuah bangku yang berada di sana.

" dah dah. jangan nangis. nanti hyung semua datang. " kata jinyoung kepada jaeni yang matanya sudah menjadi warna merah kerana menangis tadi.

-------

hai gais. sorry sbb late update. esok nak gi skolah dah. ahh! takut nk tau kelas apa aku dapat 😫 anyways, untuk 2018 nanti, aku akan slow dalam update ff nie okay gais? since aku nak msuk form 4 and aku perlu fokus dlm pelajaran dah, main² perlu dikurangkan. aku harap korng semua faham okay? also bab nie agak mengarut so please bare with me kk

VOTE & COMMENT

28.12.17 > 7.33PM

Brothers ↻ Wanna One √Where stories live. Discover now