BAB 4

19 1 0

" AWAK ? "

Peh siapa yang tak terkejut bila pelajar baru tadi berada di hadapan aku sambil tersenyum. Murah dengan senyuman.

" Ye lah , saya. Siapa lagi ? " eh eh kau. Nak loyar buruk pulak eh. Aku luku kepala kau tau lah. Tapi semua tu hanya dalam hati.

" Nak apa ? " soalku perlahan. Asal dia dengar dah lah kan. Kepala aku letakkan kembali di atas meja.

" Kenapa awak tak rehat ? Puasa sunat ke ? " katanya.

" Malas " ringkas sahaja aku jawab.

" Saya puasa. Isnin kan. " tanpa ditanya dia memberitahu. Eii ada aku kesah ke ? Yang aku kesah tu ha yang dekat rumah tu.

" Tak tanya pun " sombong je jawapan aku.

" Bagitau je " katanya dengan suara seakan-akan berputus asa sebab aku tak layan.

" Takpe lah. Saya pergi dulu. " sambungnya.

Aku buat tak layan je. Ah lantak kau lah. Apa aku kesah.





SAMPAI saja di rumah , aku bergegas turun dari kereta dan terus masuk ke dalam bilik yang berada di tingkat 3. Rumah daddy ada 3 tingkat. Mummy dan daddy duduk di master bedroom di tingkat 2. Aku duduk di tingkat 3. Dekat tingkat 3 hanya ada 3 bilik tapi hanya satu terisi. Iaitu bilik aku. Bilik aku bilik yang terbesar di tingkat 3. Masuk aje dalam bilik akan nampak 3 pintu. Satu , bilik air. Dua , bilik belajar. Tiga , bilik baju.

" penatnyaa " aku segera mendaratkan badanku di sofa bertentangan dengan katil sebaik sahaja aku letak beg atas katil.

" Rissa penat ? " terkejut aku. Aduh mummy ni bagi lah salan dulu. " mandi dulu nanti pukul 5 diorang sampai " sambung mummy perlahan. Takut aku terasa hati mungkin. Ah memang dah terasa hati pun.

" Rissa tak suka " aku menutup mata. Sakit. Pedih.

" Mummy tahu tapi Rissa kena terima " ayat memujuk. Ish , penat lah.

" Okay boleh " aku duduk. " tapi diorang tak boleh duduk floor ni " aku memandang mummy tiada riak.

" No worries Rissa. Bilik diorang dekat bawah " akhirnya mummy senyum. Aku juga senyum. Senyum kelat dibuat-buat. Fikir aku suka ? Semuanya hanya dalam hati.

" Nanti diorang datang Rissa turun ya " mummy menuju ke pintu. Nak keluar lah tu.

" Nope ! I don't want to see their face " dan berlalu ke tandas untuk mandi. Tak ada kuasa aku nak tengok muka perampas.

Sebaik sahaja aku selesai mandi , aku ambil laptop dan baring meniarap di atas katil.

Aku buka twitter. Lama tak update.

NurArissa
What thing that can make you guys super down?

Beberapa saat selepas itu. Notification berbunyi tanpa henti. Ramai yang comment ni.

Nrl.Raida
Kena tinggal dengan boyfriend

Remy_Muhaimin
Kalah ML dengan member

HusnaAuni
Parents pergi travel tak ngajak -,,-

YeeMin
No money loh

FaraSyuhada
Babe , why ? Please reply ws aku.

Bacaanku terhenti. Akaun twitter aku log out. Iphone 7+ milikku dicapai. Whatsapp Fara aku buka.

KEMBARRead this story for FREE!