BAB 3

12 1 0


AKU masih tak dapat menerima kata-kata daddy sebentar tadi. Kenapa aku di uji sebegini ? Aku tak mampu. Setelah apa yang berlaku dalam hidup aku kini ditimpa lagi.

Aku duduk di tepi katil sambil memeluk lutut. Menangis ? Sekarang ni memang aku murah dengan air mata. Sedih diperlakukan begini. Rahsia yang aku tak boleh terima. Tak boleh nak hadam dalam otak.

Tok tok tok !

Ketukan pintu aku biarkan. Aku taknak diganggu sesiapa.

Aku meluru ke balkoni. Menangis semahu-mahunya.

" Aaarghhh !! " aku menjerit sepuas hati. Melepaskan amarahku. Tiba-tiba terlayar segala kenangan bersama tok wan.

" Rissa , kita hidup ni ada tuhan. Semua agama pun ada tuhan. Yang takde agama saja takde tuhan. Tapi , tuhan kita tuhan sekalian alam. Dia yang maha Esa. Jadi , kalau Rissa tak dapat kawal emosi dan perasaan Rissa , doa pada Dia. Mohon petunjuk dari dia. Sesungguhnya Allah tu maha mendengar dan maha mengasihani. " kata tok wan sambil mengusap rambutku.

" Oh. Maknanya kalau Rissa sedih , marah , Rissa kene mintak dengan Allah lah ye tok wan ? " kataku lurus. Ketika itu aku berumur 5 tahun. Masih belum mengenal dunia.

" Ya Rissa. Kalau Rissa rasa tak sedap hati , otak bercelaru atau apa-apa perasaan sekalipun. Doa lah. Solat lah cu. " tok wan pandang ku sekilas sebelum kembali memandang langit.

" Tok wan ! Macam mana nak doa ? Boleh ajar Rissa " aku menarik lengan tok wan.

" Boleh Rissa. Jom tok wan ajarkan. "

Tok wan mengajarku solat sunat 2 rakaat. Aku yang ketika itu masih kecil hanya menuruti apa yang tok wan beritahu.

" Tok wan , Rissa nak tok wan. Rissa sedih. " kataku sambil mengesat air mata yang masih mengalir deras.

Beberapa ketika kemudian , aku bangun dan menuju ke bilik air. Aku mengambil air wudhu' untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat.

Seusai solat , aku menadah tangan.

" Ya Allah ya tuhanku , ampunilah dosa-dosa ku. Aku tahu aku telah banyak melakukan dosa terhadap kau ya Allah. Ya Allah ya tuhanku , kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaan yang kau timpakan kepada ku. Sesungguhnya aku tidak kuat ya Allah. Aku memohon kepadamu ya Allah. Kalau aku boleh mengawal semua benda , aku pasti akan putarkam waktu supaya segala benda ini tidak berlaku ya Allah. Aku tidak boleh menerima semua ini ya Allah. Ini lah perkara yang paling aku takuti dalam hidupku ya Allah. Apabila orang yang aku sayang- " kata-kataku terhenti kerana tidak mampu menahan air mata yang kian lebat. Aku sambung berdoa sehingga aku rasa tenang. Kemudian aku kesat air mataku yang bersisa.

KEMBARRead this story for FREE!