BAB 1

38 3 0

ANGIN malam yang menyapa tubuh ku biarkan malam itu. Indah sungguh ciptaan tuhan tiada siapa yang mampu melawan kehebatannya. Angin dari kipas dan penghawa dingin juga tidak dapat berfungsi jika tiada angin dari persekitaran. Terkadang aku menyebut kalimah suci Allah apabila angin tiba di tubuh.

Aku melihat permandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya cantik tetapi hingar bingar dengan bunyi kenderaan yang sedang melalui jalan raya. Mungkin baru pulang dari kerja , kataku dalam hati. Ini lah rutin harian ku setiap malam sebelum tidur. Melihat panorama Kuala Lumpur. Walaupun tidah seindah di kampung , aku bersyukur kerana kelihatan cantik dengan lampu-lampu neon.

Aku melihat dengan teliti kota ini sekali lagi. " Hm. Pembangunan lagi. Habis pokok-pokok ditebang lagi. Manusia bertambah , tetapi oksigen berkurangan. " aku mengeluh. Ini lah manusia. Sentiasa inginkan kemajuan. Ingin melawan negara maju diluar sana. Tanpa memikirkan tentang rakyat. Jika dapat diperhatikan , masih banyak lagi rumah yang kosong , ditinggalkan. Buat apa rumah dua tiga tingkat jika penghuninya hanya satu dua orang ?

Aku masuk ke bilik. Tutup pintu balkoni dan menuju ke bilik air. Ajaran tok wan masih ku ingat. Tiba-tiba memori bersama tok wan semasa aku tinggal bersama nya terlintas di fikiran.

" sebelum tidur ambil wudhu' supaya tidur tidak diganggu syaitan "

Banyak yang dipelajari dari tok wan. Aku tidak pernah lupa untuk mengamalkannya. Ilmu tanpa amal tiada guna , amal tanpa ilmu sia-sia.

Kata-kata tok wan akan aku ingati sampai bila-bila.

Namun kini tok wan tiada lagi. Pergi mengadap ilahi. Semoga tok wan tenang di sana. Desis hatiku.

Aku yang tersedar dari lamunan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu' dan tidur.






AKU bangun lalu menggosok perlahan mataku saat terdengar ketukan pada pintu bilikku. Aku toleh ke kanan melihat jam digital pemberian daddy sempena ulangtahun ke - 10 ku.

6.15 a.m

Setelah melihat jam , aku pantas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri agar dapat menunaikan perintah wajib kepada umat islam iaitu solat.

Usai solat aku bersiap untuk ke sekolah. Eh , hari sabtu pun ke sekolah ? Hari sabtu la biasanya guru-guru mengambil peluang untuk membuat kelas tambahan atau latihan sukan. Aku pulak menghadiri latihan sukan. Sejak naik tingkatan 3 , guru-guru sudah pun mengenalpasti bakatku dalam sukan hoki. Memang aku minati ! Aku sering mendapat perhatian guru-guru dan senior kerana mereka akan memasukkan namaku ke dalam senarai pemain sama ada mewakili sekolah atau perlawanan persahabatan. Semua perlawanan lah kiranya. Menjadi pemain utama. Sehinggakan ada senior yang meminta aku mengundur diri agar dia dapat mewakili mana-mana pertandingan. Aku hanya menjawab " cikgu yang pilih. I have no choice " dan tersenyum. Dan dia ? Mengeluh. Haih ini lah manusia. Usaha tak mau , asyik mau jalan mudah saja. Sampai bila orang melayu nak jadi begini ? Mundur. Tanpa berlengah , aku pantas bersiap dan turun untuk sarapan. Aku lihat jam di ruang tamu

7:01 a.m

Masih ada masa. Masa yang ditetapkan 8:00 a.m . Siapa lambat akan didenda lari 10 round padang kemudian bumping 30 kali. Fuh tak mau aku. Sekali saja aku kena iaitu hari pertama aku menjalani latihan. Lepas dari itu , aku akan terpacak di padang seawal 7:30 a.m .









MUMMY kelihatan sibuk bersama Mak Jah sedang menyediakan sarapan pagi. Aku menuruni tangga perlahan dengan idea jahat mahu mengejutkan Mak Jah. Mak Jah tukang masak di rumah aku sudah bekerja di rumah agam Dato' Amran , daddy aku sebelum aku dilahirkan lagi. Huh. Keluhan ku lepaskan selepas mengingati kenangan yang mengubah aku menjadi begini. Takdir tuhan. Aku beristighfar apabila menyedari seolah-olah aku tidak menerima ketentuan-Nya.

KEMBARRead this story for FREE!