Bab 2

2.7K 17 0

Note from Ntgravity : Salam... Macam Bab 1? Sorrylah berkarat sikit.. hahaha...  Silalah komen yer...

Teruskan membaca....

__________________________________________________

''Hishhhh....'' Keluh gadis bersanggul loose bun ini sambil memandang keluar tingkap restoran hotel 5 bintang di bandaraya Kuching ini. Panas hati Aliah dengan perangai terbaru kekasih hatinya. Sejak mereka keluar makan malam seminggu lepas, Jeremy telah meminta maaf dan memujuknya agar berbaik. Namun apabila Aliah memberitahu Jeremy bahawa malam esok Aliah akan keluar menjemput ayah dan maknya yang akan pulang dari Kuala Lumpur, dia mula menunjukkan reaksi. Walaupun Jeremy bersetuju tetapi dari riak muka nya seolah tidak percaya dan anggukan yang diberikan nampak sangat tidak sepenuh hati. Itulah kali terakhir Aliah berjumpa lelaki itu, mereka hanya berhubung melalui telefon atau sms.  

 Sejak beberapa hari yang lalu semua itu tiba - tiba langsung terhenti. Hairan juga Aliah dengan 'bodyguard'nya itu, sakit ke atau apa? Ada juga dia cuba menelefon namun tiada jawapan dan terkini, sebentar tadi -  diluar perkhidmatan pula.

Dua pasang mata lantas memerhati tingkah nya. ''Pasal Jeremy la ni kan?'' soal Nurmiza meneka lalu menyambung,

''Aku hairan tengok korang berdua ni. Bila kau break up dengan dia, dia beria benar mengejar kau, pujuk kau balik semula. Bila dia break up ngan kau, kau pun kenja (mengada) nak juga terima dia. Lembut hati betul! Tak paham.''

''Dua hari lepas Friend finder aku nieh kata dia dekat area town ni tapi bila aku telefon dia kata tengah kerja kat airport! Tengah hari semalam aku call, dia boleh - boleh jer tanya 'siapa yang bercakap tu?' Lepas tu sampai sekarang tak dapat get thru. Hisssh!'' Aliah membebel seolah tidak mendengar keluhan rakan baiknya mengenainya. Jiwa masih 'terbakar' mengenang kekasih hati.

 ''Aku dah tak tau korang ni sebenarnya berfungsi sebagai apa? Gerek (kekasih)? atau hanya untuk memenuhi syarat?,'' Soal Hakimi yang dari tadi memerhati dua wanita ini. Nurmiza mengangguk mengiyakan soalan itu membuatkan wanita di hadapannya mengangkat sebelah keningnya.

''Maksud kau? Mestilah dia gerek (kekasih) aku, kau ingat aku ni apa? Memenuhi syarat apa pulak?'' soal Aliah menafikan persoalan sebenar sambil menyeluk beg tangan nya, mencari iPhone nya yang kedengaran seperti ada mesej masuk.

''Mungkin, demi menjaga ego sendiri. Mungkin..., sebab tak mahu orang mengata jika kau masih single. Yer lah, Siapa yang tak kenal Cik Aliah Dania binti Mustafa di Malaysia ni? Event Planner yang terkenal. Artis berkahwin? Bertunang? Epic product launching? Cakap pasal orangnya pula? Hmmm... Cantik, bergaya, nampak ladies tapi realitinya brutal giler, drive great car and yet kalau still single mesti kau tak nak series of questions such as 'dah ada yang punya ke?' atau 'kenapa tak ada boyfriend' kan, Cik Aliey?'' kata Hakimi sambil membuat simbol 'tanda penutup' dengan jari nya lalu mengatur sedikit rambutnya yang yang popular di kalangan peminat Kpop atau Jpop itu.

Lelaki kacukan Jepun yang tinggi ini dikenalinya sewaktu mereka bekerja separuh masa di sebuah kelab golf 9 tahun lalu. Hakimi lima tahun lebih tua usia darinya terdahulu bekerja disitu. Berpisah seketika kerana Aliah menyambung pelajaran namun mereka sering berhubung. Setelah berhempas pulas dengan pelajarannya sehinggalah segulung ijazah telah pun Aliah dapati manakala Hakimi pula sudah bekerja di syarikat pembinaan. Sekembalinya Aliah ke Kuching dari London, dia kemudiannya mula membuat kerja secara free lance dalam bidang nya ini tetapi agak perlahan. Maklumlah dia hanya bergerak secara sendirian, tiada yang berani meletakkan kepercayaan kepadanya apatah lagi wang pendahuluan yang besar.