Itulah beza antara dua gadis tersebut . Walaupun mereka sama-sama cantik dan comel , berkawan baik , berkongsi segala suka duka remaja , saling bantu –membantu dalam pembelajaran , tetapi realiti sebenar, mereka berasal dari dua dunia yang berbeza. Emelda anak orang kaya , ada mummy daddy , tinggal di rumah besar , sedangkan Aira hanya ada emak yang membelanya keseorangan . Hidup mereka dua beranak sekadar menumpang di rumah besar itu. Mengharap belas ehsan dari majikan ibu-bapa Emelda. Dalam erti kata lain Aira ni hanyalah anak orang gaji .

Iya ...Aira anak orang gaji. Sedangkan Emelda anak majikan. Itulah status sebenar mereka. Pun begitu, Aira selalu sedar akan kedudukannya. Dia taklah jadi kaduk naik junjung. Dia sentiasa jaga tingkah laku dan perangai supaya sesuai dengan asal –usulnya. Walaupun dia dilayan seperti keluarga sendiri oleh Emelda dan ibu-bapanya , Puan Fatimah dan Tuan Hafiz.

Macam klise cerita drama melayu dalam televisyen kan? Anak orang gaji membesar bersama anak majikan . Lepas tu jatuh hati pada lelaki yang sama . Dan anak orang gaji terpaksa mengalah untuk beri laluan kepada anak majikan. Walaupun lelaki tersebut sangat menyintai anak orang gaji .

Tapi drama bersiri Korea pun banyak juga cerita macam ini. Sambutannya tetap hangat, bukan sahaja di Korea ,malah seluruh dunia menonton, walaupun tema yang sama juga diketengahkan . Anak-anak dara dan bini-bini orang semua terjebak menonton.

Tapi yang best tu , ending cerita semua tu mesti anak orang gaji yang miskin akan happy ever after bersama lelaki yang dicintainya.

Hehe...Aira tergelak-gelak sendirian di atas sofa lama di ruang tamu rumah kecilnya. Kemudian dia menepuk dahi sendiri. Allah... apa yang Aira merepek ni? Tak mahulah dia berebut lelaki dengan Emelda! Ada banyak lelaki dalam dunia ni , kenapa nak jatuh cinta pada lelaki yang sama?

Lagipun , siapalah dia jika hendak dibandingkan dengan Emelda. Mana ada lelaki zaman kaya , zaman meilinium ni yang akan jatuh cinta pada anak orang gaji sedangkan anak gadis orang kaya yang serba sempurna berada di depan mata?

Ayuh Aira... jangan fikir yang tidak –tidak . Anak orang gaji pun manusia juga. Bukankah semua manusia sama sahaja di mata Tuhan? Dia akan bangkit dan usaha untuk bawa emaknya keluar dari taraf rendah yang dilabel manusia ini. Yeah... Aira akan buktikan yang anak orang gaji juga boleh menjadi seorang yang berjaya.

***********

RALIT Mak Milah memerhati Aira dan Emelda yang sedang menyiapkan kerja sekolah di meja kayu di halaman rumah. Aira memang dikurniakan otak yang bijak , dan selalu membantu Emelda di dalam pelajaran .

Diam tak diam , anak-anak itu sudah menjadi gadis remaja yang manis dan pandai . Bermakna sudah lima belas tahun dia bermastautin di sini. Beginilah perjalanan hidup dia dan Aira yang ditetapkan tuhan. Pun begitu , dia sangat bersyukur. Lima belas tahun hidup di sini tanpa suami , adalah jauh lebih baik daripada hidup bersuamikan lelaki yang tidak tahu tanggungjawabnya. Macam hidup dalam neraka masa itu. Sangat tersiksa.

Masih segar di ingatan Mak Milah bagaimana dia boleh memulakan hidup baru di sini , dan memberikan kehidupan yang jauh lebih baik untuk anaknya , Aira. Umpama sinar baru bagi mereka dua beranak pabila bertemu dengan Puan Fatimah dan Tuan Hafiz.

Lima belas tahun yang lalu...

Masa itu Aira berumur satu tahun . Mak Milah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hospital . Kehidupannya sangat dhaif. Makan sentiasa bercatu. Tiap-tiap awal bulan mesti kena maki dengan isteri tuan rumah kerana masalah pembayaran sewa rumah yang tertangguh-tangguh. Kalau diikutkan , gaji yang diperolehi cukup-cukup saja untuk menyara mereka dua beranak . Taklah sehingga terdesak sangat.

DiaWhere stories live. Discover now