Bab 08

1.1K 40 1
                                        

AR anak pak ngah memang diterima baik dalam keluarga Margina. Menurut pemerhatian Margina, mulut Har anak pak ngah manis. Ayatnya tersusun rapi dan menyenangkan hati. Cuma dengan Margina saja ayatnya ayat berapi. Berapi juga mata Margina melihat Har anak pak ngah dilayan bagai anak emas.

"I tak suka bunga tahi ayam," tegas suara Margina setelah Pak Cik Adenan dan Mak Cik Khalijah naik ke tingkat atas. Kedua-duanya berlalu pergi setelah Har anak pak ngah meminta izin untuk berbincang secara empat mata. Salah, sepatutnya enam mata sebab Fahmy ada jadi peneman.

"I tak suka you letak Kassim Baba dekat hujung nama I," tegas Margina lagi. Dia sedang berpeluk tubuh. Raut wajahnya sengaja dikelatkan.

Jawapan Har anak pak ngah senang. Dia pilih tersenyum daripada berkata-kata. Senyuman yang sempat membuat Margina terpaku tanpa suara.

"Har. Panggil I Har."

Lembut saja suara Har anak pak ngah, tidak berapi macam tadi. Suara lembut begini hanya membuat hati Margina jadi terpujuk.

"Kak long," bisik Fahmy sambil menyiku lengan Margina.

"Kalau pun suka dengan senyuman Abang Har, janganlah tunjuk sangat. Mulut kak long tu melopong. Jatuhlah saham kak long kalau macam ni."

Malunya Margina. Suara Fahmy seperti memakai pembesar suara. Lihatlah, Har anak pak ngah sedang menahan ketawa.

"Jangan hantar bunga tu lagi. Membazir," tingkah Margina dalam usahanya menutup rasa malu yang datang.

Aduh, bibir Har anak pak ngah tidak lekang dengan senyuman pula. Margina boleh lemas kalau begini. Lemas sebab pesona yang Har anak pak ngah tebarkan.

"Bunga ni takkan berhenti cari Cik Mar-Gi-Na selagi Cik Mar-Gi-Na tak terima lamaran keluarga Har."

Nampaknya, kata ganti I sudah bertukar jadi Har. Dan Har anak pak ngah ini memang jenis lelaki tidak faham bahasa. Sudah terang lagi bersuluh Margina tolak mentah-mentah lamaran keluarganya, malangnya Har ini fikir Margina akan ubah fikiran. Maaf ya, Har anak pak ngah. Dalam mimpi pun Margina tidak akan setuju.

"Kalau you datang setiap hari pun, takkan ada apa yang berubah. I tetap dengan Fattah. Tolonglah faham."

Har anak pak ngah memberi sorotan helang jantan. Air mukanya tiba-tiba saja ikut kelat. Malah, lebih kelat berbanding air muka Margina sendiri.

"Fattah tak dipilih untuk jadi imam Cik Mar-Gi-Na. Dan Cik Mar-Gi-Na pun cuma anggap dia kawan. I tak faham kenapa Cik Mar-Gi-Na beria sangat nak jadikan Fattah sebagai kambing hitam."

Pasti Fahmy yang bocorkan rahsia tentang status hubungannya dengan Fattah. Kalau tidak, Har anak pak ngah tidak akan guna modal tersebut untuk menghentamnya.

"You pun tak dipilih untuk I."

"Salah perkiraan Cik Mar-Gi-Na tu."

"Takkan pernah salah," bantah Margina. Enggan kalah pada Har anak pak ngah. Cukup-cukuplah Margina mengangkat bendera putih sejak tadi.

"Kali ni Cik Mar-Gi-Na salah. Salah menilai lelaki dan salah pilih kawan."

Amboi, Har anak pak ngah ini sedang cuba hendak mengawal hidup Margina. Siapa yang layak berkawan dengan Margina pun dia hendak kawal.

"Fattah bukan lelaki yang tepat. I lelaki yang tepat untuk Cik Mar-Gi-Na."

Tidak perlu disangkal lagi, Har anak pak ngah tergolong dalam kelompok personaliti alpha.

"Macam mana you tahu you lelaki yang tepat? You jumpa I baru sekali."

"Pembetulan, I dah jumpa Cik Mar-Gi-Na tiga kali termasuk hari ini."

E-Book CIK MAR.GI.NA | Best SellerTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang