Hey Kau!!

21 1 2
                                        

Hey kau!!! Dah langgar orang lepas tu buat derkkk je. Dah la tak bayar insurans aku!” Kasar bahasa Qistina.

“ Assalammualaikum makcik, tak pernah pulak saya dengar langgar bahu pun kena bayar insurans” Bidas Haiqal. Waalaikumussalam, baik pulak laki ni boleh dijadikan calon suami ni..eh apa aku mengarut ni Qistina. Bicara hati Qistina sambil menjeling Haiqal. Haiqal dengan selamba sound

“Apahal usha – usha aku pulak ni, dah la tak jawab salam aku!”

“Aku jawab dalam hati, pakcik! Aku nak kau bayar ganti rugi, kau dah langgar bahu aku”, puas hati aku panjang lebar aku bidas, kata hati Qistina.

“Kenapa pulak aku kena bayar? Kau ada luka ke? Aku tengok macam sihat walafiat je. Takkan tersentuh sikit dah sakit, kau tu lembut sangat!”

“Memang la aku lembut dah aku perempuan!!”

“La..perempuan rupanya! Aku ingat lelaki suara tinggi sangat tadi, dah macam menyalak!!” eh mamat ni cakap banyak pulak, bidas hati Qistina.

“Biarlah nak menyalak ke apa, kisah pulak aku! Cepat kau kena bayar sekarang juga!!” bukan susah pun nak minta maaf bukan kena bayar sejuta. Bentak hati Qistina.

“Dah la aku malas nak layan kau, aku ada urusan lagi penting dari kau.” Dengan selamba Haiqal berlalu pergi tinggalkan Qistina yang masih terpinga-pinga. Tersedar dari lamunan baru Qistina perasan Haiqal dah berlalu pergi. Cepat – cepat Qistina berlari mengikut Haiqal yang ke arah kafe. Sampai sahaja Qistina disisi Haiqal..

“Hai Haiqal, you bawa tunang ke?”, sapa Wardah.

“Takk saya…,” belum sempat Qistina habiskan ayat.

“Oh! Makcik ni!” sambil tangan Haiqal menunjuk ke arah Qistina berada sebelah dia sebab Qistina lebih kecik dari dia. Serentak itu Qistina menolak tangan Haiqal, dah la suka-suka hati panggil aku makcik. Aku ada nama ok!, kata hati Qistina.

“Ya! Dia my future wife and…” Lantas tangan Qistina mencubit Haiqal, sambil menjeling Haiqal. Ouch! Terkejut Haiqal dengan tangan ketam tadi, Lantas Haiqal sambung ayat,

“Kitorang akan kahwin lagi dua hari, you dah dapat kad kan? Jemputlah datang nanti, kan Qistina.” Tangan ketam Qistina kembali berjalan. Lagi kuat dari tadi dia cubit. Terjerit kuat Haiqal. eh! mana dia tahu nama aku? Berfikir panjang Qistina. Sambil melihat keletah merpati sejoli didepan mata, Wardah rasa ingin segera tinggalkan mereka berdua.

“Ya, I dah dapat, InshaAllah nanti I datang. Ok lah I kena pergi dulu, jumpa masa wedding you nanti. Bye Qistina” sambil bersalam dengan Qistina. Yana yang masih berfikir. Terkejut apabila Haiqal menyiku dia, tersedar sahaja Wardahvsudah menghulur tangan untuk bersalam. Qistina masih lagi teragak – agak, Haiqal menyiku buat kali kedua, tangan Wardah terus disambut. Selepas bersalaman Wardah terus berlalu pergi, mata Qistina terus tertumpu kearah Haiqal. Dengan laju tangan kecil Qistina terus menampar bahu Haiqal. mengaduh Haiqal sambil menarik kerusi untuk duduk. Qistina turut serta duduk.

“Wei kau sesuka hati cakap aku akan kahwin dengan kau lagi dua hari, siap dah edar kad. Lagi satu, mana kau tahu nama aku Qistina!?” Marah Qistina yang tahap dewa. Dengan senyum Haiqal keluarkan kad kahwin dari poket baju, terus dilempar atas meja kafe. Sepantas kilat tangan Qistina mengambil kad dan terus membaca nama pengantin perempuan yang tertera disitu. Nurul Qistina binti faiz perlahan- lahan Qistina sebut nama kad. Hati Qistina terus mengulas nama aku dengan kad tak ada kena mengena pun, mamat ni main – main dengan aku ke?

“Apa kaitan kad ni dengan saya?” Terus disoal Haiqal. bahasa pun dah berubah untuk mempercepat masalah mereka.

“Saya? Memang ada kaitan, awak akan mengganti nama orang yang tertera dalam kad tu. Dan lagi satu nama awak Qistina ke? Tadi saya tembak je tak sangka pulak mengena, terror jugak saya.” Haiqal pun telah menukar bahasanya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 18, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Hey Kau!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang