Chapter 1

10.3K 226 0
                                    

BAB 1

SEUSAI mandi, badanku yang dicengkam letih dan penat kerana mengerah tenaga, bersengkang mata semalaman untuk menyudahkan assignment terakhirku kembali segar. Bagaikan seluruh urat saraf dicas tenaga baru. Otakku yang pening kerana sarat dengan bebanan pelajaran semalam kembali pulih. Air paip yang menyiram tubuhku pagi ini telah berjaya menyegarkan minda dan hatiku. Hatiku berbunga riang lantas aku menyanyi kecil mendendangkan lagu kegemaranku, ' Take me to your heart' nyanyian  MLTR: Michael Learns To Rock .

Melangkah ke bilik asrama, mataku dijamu pemandangan biasa. Meja studyku yang bersepah dengan buku-buku rujukan dan alat tulis yang berterabur. Aku tersenyum lembut. Sedar diri masih belum berbaju, aku segera menyelongkar almari untuk mencari baju T'shirt dan seluar pendek paras lutut kesukaanku. Ketika aku sedang menyarung pakaian ke badan, wajah Wirda tersembul di muka pintu. Kami saling berbalas senyuman. Kelihatannya Wirda baru selesai mengulangkaji kerana ditangannya terdapat buku rujukan untuk ujian akhir subjek Treasury.

" Dah habis study Treasury?" Aku berbasa basi dengan Wirda, teman rapatku, merangkap teman sebilik dan teman sekuliah. Wirda geleng kepala lesu, pamer wajah bosan.

" Pening! Susah nak faham.........," Balas Wirda sambil membaringkan badan kecilnya ke tilam.

"Susah sangat ke? Aku tak study apa-apa lagi ni, takut pulak bila kau kata susah macam tu." Sedikit rasa takut menyelinap masuk ke dalam hatiku, memikirkan tiada persiapan yang kulakukan untuk ujian akhir bagi 'subject killer' itu.

"Pening sikit. Quite confusing jugak, kena fokus betul-betul terutamanya tentang  forex. Pening kepala aku nak faham topik tu!!" Wirda berjeda seketika sebelum menyambung bicara. "Kau dah siap assignment Legal? Semalam tidur pukul berapa?"

"Dah. Aku tidur lebih kurang pukul 4 pagi. Hmph, nasib baik sempat siap. Bolehlah aku fokus study untuk test Treasury." Tuala separa lembap yang kugunakan untuk mengelap rambut basahku tadi, aku sidaikan di penyidai. Wirda nampaknya tidak berminat untuk menyambung perbualan kami yang tergantung tadi. Dia bagaikan cuba melelapkan mata dan aku tidak berniat untuk mengganggunya. Lantas, aku bergerak ke meja study dan melabuhkan punggung ke kerusi. Meja yang bersepah aku kemaskan ala kadar. Selesai mengemas barulah aku mencapai buku Treasury dan mula menelaah topik-topik yang bakal disoal dalam ujian nanti. Isi-isi penting yang perlu kuingat sebagai kata kunci dalam menelaah aku warnakan dengan highlight warna hijau muda. Aku membelek notepad biru yang memuatkan catatan ringkas yang sentiasa aku gunakan di dalam kelas Treasury. Segala ajaran Puan Rogayah aku catitkan di situ, termasuk juga dengan lukisan kartun ketika aku bosan mendengar ajaran dari lecturer bertubuh gebu itu. Satu lukisan kartun di helaian tengah notepad itu mencuit hatiku. Kartun comel itu ditemani luahan cintaku kepada satu-satunya jejaka yang berjaya menawan hatiku. Aku termenung lama, mengamati luahan cintaku itu. I LOVE U. UMMUAH!!!.

Itu yang aku tuliskan di sebelah lukisan kartun itu. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Kadang-kadang, cinta boleh membuat kita gila.

"Isya, abang nyanyi satu lagu yea...". Suara seorang jejaka menampar lembut pendengaranku. Aku angkat kepala dari buku Biologi yang sedang kubaca itu. Tanpa reaksi, aku memandangnya dengan pandangan kosong. Dia kelihatan malu-malu kucing.

"Apa?" Aku akhirnya tidak betah melihatnya berkeadaan sebegitu. Dah tak betul ke mamat sorang ni? Hatiku menggerutu melihatnya yang duduk serba tak kena itu. Dia tersenyum lembut dan berdehem beberapa kali.

"Isya, abang nyanyi satu lagu yea......" Meleret-leret suara Syed mengajuk gaya yang dilakonkan oleh pelakon kelakar, Abon. Aku tergelak mendengar suaranya itu. Dia kelihatannya bukan sedang berlawak dan mendendangkan lagu itu sepenuh hatinya. Tawaku yang masih bersisa itu mati begitu saja. Terpegun mendengar suaranya yang mendayu-dayu itu.

Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystockWhere stories live. Discover now