Part 28

733 38 3

Hanna masih lagi duduk sambil menangis.Rasa sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu saat ini.Dia nda benci Anatasia, baginya Anatasia nda bersalah.Kalau ada yang harus di persalahkan pun mungkin dirinya.

Dia menangis sebab dia rasa di permainkan Andrian.Dia masih boleh terima kalau Andrian tipu pasal Jimmy yang hantar dia balik atau gincu yang ada di baju-bajunya tapi yang paling menyakitkan hatinya bila dia terpandang Cincin miliknya di jari Anatasia.

Kenapa Cincin kawin miliknya ada pada Anatasia. Walaupun Anatasia nda cakap apa-apa tentang cincin yang tersarung di jarinya namun dia cukup kenal Cincin itu. Mustahil Cincin itu juga satu kebetulan!.

Dari tadi dia berusaha menahan airmatanya supaya nda tumpah di depan Anatasia ternyata dia berjaya.Dari airmuka Anatasia saja dia tahu perempuan itu menahan marah sebab nda berjaya kasi sakit hatinya.

Tapi Anatasia sebenarnya silap, Hanna hanya berlakon.Dia hanya berpura-pura nda kisah atas semua cerita yang keluar dari mulut Anatasia.

Keluar saja Anatasia dari rumahnya, dia terus terduduk menyandar pintu sambil menangis.

" Kenapa Andrian tipu sy? kenapa Cincin sy ada pada Anatasia? Kenapa ?? " raungnya sambil menangis.

Dia rasa tertipu? Andrian ikhlaskah sama dia selama ini? Atau Andrian buat begitu semata-mata mahu pastikan dia bertahan demi menunggu kepulangan Daniel.

Sampai sekarang pun Andrian masih belum muncul-muncul lagi.Taliannya juga nda dapat di hubungi.

Sampai ke pagi Hanna menunggu Andrian pulang, dia tertidur lepas puas menangis.Sedar-sedar saja dia terang benderang sudah diluar rumah.

Dia tertidur di sofa sampai pagi, tv pun masih ber on. Cepat-cepat dia tinggu cari handphone fikirnya Andrian ada telephone dia. Hampa! Tiada langsung Andrian balas panggilannya.

Dia cuba dail lagi no Andrian, sama macam semalam nda dapat di hubungi. Hanna resah sudah, kenapa tiba-tiba Andrian nda balik rumah, telephone pun nda dapat.

Dia bangun pigi mandi,lepas mandi dia keluar dia nda senang hati duduk di rumah.Kalau semalam dia menangis sebab kata-kata Anatasia tapi hari ini dia buang dulu semua rasa kecewa itu.Dia lebih susah hati sebab Andrian langsung nda dapat di hubungi. Dia takut kalau terjadi sesuatu sama dia.

Dia mahu call pejabat Andrian tapi dia nda tahu mahu tanya siapa.Akhirnya dia sekadar pigi tinggu kereta Andrian saja.Kalau Andrian ada di pejabatnya maknanya adalah keretanya di sana.

***************************

Tuk..tuk..tukk...

Cermin kereta Andrian kena ketuk-ketuk dari luar!

Andrian sedikit terkejut, cepat-cepat dia kasi turun cermin keretanya.Di depannya lelaki berbaju seragam Polis trafik.

" Selamat pagi.encik..? " Sapa lelaki itu.Faiz namanya.

" Ya, selamat pagi...kenapa tuan?'' jawab Andrian, bingung-bingung dia nampak tu Polis trafik.

" Encik okey kah? "

" Sy? eh okey bah teda apa-apa, cuma sy tertidur saja..."

" Owh okey! .."

Bila tu Polis Trafik sudah jalan baru Andrian sedar, kereta dia parking di tepi di tepi jalan pula.Dia tertidur dalam kereta.

Dia cari handphone, cuba kasi on tapi nda dapat habis batry.Dia tinggu jam di tangannya.Tepat pulul 8.30 pagi. Dia teringat Hanna, mesti Hanna sedang risau pasal dia. Tiba-tiba lagi dia teringat Daniel! Ya Daniel, kalau Hanna risau pasal dia tempat utama dia pigi cari mesti di rumah papa.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now