01

34.1K 3.1K 718
                                    

ℒℴѵℯ*¨*• ♡

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ℒℴѵ*¨*•

I'm dreaming, looking at you with
a fluttering heart.

___

Pemandangan yang indah memperlihatkan tumbuh-tumbuhan hijau. Angin sepoi sepoi bahasa menerpa kulit wajah seorang gadis. Dunianya terasa indah apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba putih sedang berdiri disebuah pohon sambil mendongak memandang langit dengan mata terpejam. Mengambil angin di kala embun membasahi permukaan bumi di waktu pagi.

Ma Daechung gadis itu tersenyum sumbing, angau rasa hatinya melihat ketampanan si pujaan hati di bawah langit biru. Terasa dunia ni hanya kepunyaan mereka berdua.  Ada sesuatu yang berterbangan di dalam perut iaitu kupu-kupu. Beginikah rasanya ketika jatuh cinta?

Gadis itu menelan liur dengan perit sejurus mendapat tatapan tajam dari sang tampan. Sosok itu jalan mendekati si gadis. Senyuman penuh kekok terukir di belahan bibir Daechung.

Kakinya diundur setapak ke belakang, lelaki itu semakin merapat dan secara tiba-tiba dagunya diangkat dan bibir mereka bersatu. Terbuntang luas matanya, terasa kupu-kupu yang berterbangan di dalam perut tadi telah keluar dari segala rongga anggota badan.

* Pakk *

Terhincut bahu Daechung apabila terdengar satu ketukkan pada meja belajar. Kelopak mata dibuka secara paksa dengan kepalanya diangkat lemah. Dikesatnya tepi bibir dikhuatiri ada air liur yang meleleh.

"Sedap tidur dalam kelas saya?!" perli Tuan Jung menjungkit alis kening dan rotan buluh diketuk di atas meja berulang kali.

"Errㅡ"

"Masuk ni dah dekat 10 kali awak tidur dalam kelas saya dan kali ni tak ada peluang lagi untuk kamu." bicara Tuan Jung dengan tegas seperti tidak mahu memberikan kemaafan buat pelajar dungu seperti Ma Daechung.

"Emㅡ" gadis itu masih termangu-mangu dengan mulutnya terbuka menguap buat beberapa kali. Sudah cuba ditahan tapi terlepas juga. Kerana hal itu, kemarahan Tuan Jung telah diundang tanpa sengaja.

"Awak nampak pintu tu?" tanya Tuan Jung seraya menunding rotan buluh ke arah pintu kelas. Daechung mengangguk polos.

"Boleh keluar dari kelas saya ikut pintu tu. Selama sebulan awak dilarang masuk dalam kelas saya dan pergi tolong ahjumma Jihyo cuci tandas!"

"Huh! Cikgu, saya pergi sekolah nak belajar bukan nak jadi cleaner." jawab Daechung tak terima dengan denda yang diberikan. Seluruh pelajar mula tertawa ada juga yang tersengih sinis. Melawan, degil!

Lagenda Crush Durjana ; jjk Where stories live. Discover now