Part 23

666 25 1

  Andrian hanya mampu melihat Hanna pergi meninggalkan dia.Dia nda dapat menghalang Hanna tapi dia juga nda dapat terima keputusan Hanna untuk menamatkan lakonan ini.

Akhirnya dia hanya mampu memandang cincin yang di pulangkan Hanna padanya.Dia hanya menangis....sungguh dia juga terluka. Dia juga nda tahu apa yang harus dia buat!

Hanna kecewa! Waktu dia melangkah keluar dari bilik Andrian, dia masih mengharapkan agar Andrian menahannya.Tapi Andrian masih tetap mendiamkan diri,nda berkata apa-apa juga nda menghalang dia untuk buat keputusan begini.

Hanna hanya mampu menangis!

Dia ambil kunci kereta lepas tu terus keluar dari rumah .Dia mahu cari tempat untuk melepaskan semua rasa kecewa di hatinya.Sambil memandu airmatanya nda berhenti mengalir.

Akhirnya dia sampai di Pantai.
Dia hanya duduk menghadap lautan luas di hadapannya sambil menangis.

Lama dia termenung,bayangan Andrian juga yang muncul di hadapanya.

Lama dia duduk di sana sampai dia nda sedar hari sudah gelap. Dia malas mahu pulang tapi cahaya kilat yang tadi cuma sesekali sekarang tiba-tiba besar,lepas itu dentuman guruh lagi datang.

Cepat-cepat dia berlari masuk dalam kereta.Dia takut itu kilat sebenarnya...
Nda lama hujan lagi turun.Makin lama makin lebat sama kilat yang nda berhenti memancar.Keadaan itu buat dia rasa takut untuk memandu.

Dia trauma sama keadaan begitu sebab dia pernah kemalangan .Sebab terkejut dia terlepas sterring kereta dan terlanggar tiang lampu.Sejak kejadian itu dia nda berani lagi memandu dalam keadaan hujan dan berkilat.

Akhirnya dia duduk saja diam-diam dalam kereta dan mengharap hujan akan berhenti.Hampir 3 jam sudah dia dalam kereta, teda juga tanda-tanda hujan mao berhenti malah makin lebat lagi.Kereta pun sekejap-sekejap saja dia start enjin.Dia takut sebenarnya.

Dia kesejukan sudah di tambah lagi aircone dalam kereta. Dia benar-benar rasa sejuk! Dia nda dapat buat apa-apa dalam keadaan begitu. Handphone pun dia teda bawa waktu keluar dari rumah tadi.

Andrian mundar mandir sudah di halaman rumah, balik-balik dia tinggu jam.Hanna masih belum balik, dia risau sesuatu terjadi sama Hanna.Dia tambah risau bila hujan makin lebat lepas tu guruh lagi nda berhenti berdentum.

Dia cuba hubungi telephone Hanna tapi deringan telephone kedengaran di bilik Hanna. Hanna tertinggal handphonenya. Dia mula rasa nda tenang,balik-balik dia menyumpah dirinya, dia kasi salah dirinya sendiri.

Dia mahu pigi cari Hanna tapi dia nda tahu mao cari di mana! Nda tahan menunggu Andrian ambil kunci keretanya.Dia nda dapat tunggu saja dia perlu cari Hanna.

Sambil memandu dia cuba berfikir di mana sepatutnya Hanna akan berada jika dalam keadaan begitu.Yang pasti Hanna nda akan balik pigi rumah keluarganya atau rumah papanya dalam keadaan begitu.Dia tahu sifat Hanna.

Dia nda henti-henti berdoa semoga Tuhan bagi dia petujuk.

Tiba-tiba Andrian teringat sama pantai yang ada berdekatan, pantai yang sentiasa durang limpas-limpas bila pergi balik dari kerja. Dia benar-benar berharap Hanna akan ada di sana.

Perasaan Andrian jadi nda tentubila dia ternampak kereta Hanna berpaking di siring pantai.

Betullah Hanna ada di pantai itu! Andrian gembira tapi entah kenapa hatinya berdebar-debar.

Makin dia dekat kereta Hanna makin kuat rasa debaran hatinya.

Dia nda kisah sudah hujan lebat,dia buka pintu kereta lepas tu terus dia berlari pi dekat kereta Hanna.

Hanna dalam kesejukan!matanya juga tertutup! Andrian nda dapat bersabar sudah tinggu keadaan Hanna begitu.Jantungnya seakan berhenti bernafas! Dia hanya fikir satu... dia takut kehilangan Hanna.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now