Chapter 4

690 55 2
                                    

Kelas

Aku melangkah masuk ke dalam kelas yang riuh dengan pelajar kelas aku.

Ada yang sibuk bermain baling baling buku dan pensel . Ada juga yang bersembang rancak sambil bergelak ketawa serta ada juga yang hanya membaca buku di belakang kelas . Itu semestinya budak top dalam kelas iaitu Seungwoon. Ia menarik minat aku untuk menegurnya.

Aku berjalan ke arahnya selepas meletakkan beg di tempat aku .

Aku melabuhkan punggung di kerusi hadapannya .

" Rajinnya awak Seungwoonie . Good boy ~" pujiku ikhlas sambil tersenyum ke arahnya dan mengangkat ibu jari tanda ' good ' .

Aku membelek belek buku latihan bahasa korea dan matematik serta nota yang berada di hadapanku . Banyaknya nota Seungwoo.

Terbuktilah yang dia memang pelajar contoh di sekolah ini dengan sikap rajinnya dan tidak kedekut ilmu. Kataku dalam hati.

Seungwoon hanya membalas dengan senyuman sebelum menjawab , " Hahahaha awak tak tahu ke ? Saya kan pelajar top kat sekolah ni ? " hampir nak termuntah aku dengan kata kata Seungwoon tadi .

Aku membuat gaya seperti ingin muntah di hadapannya . Seungwoon hanya ketawa melihat telatahku sebelum aku pun turut sama ketawa .

Aku tahu kata kata Seungwoon hanya gurauan . Kerana itu juga aku selesa berkawan dengan Seungwoon.

Aku akui dia lebih bagus dari Daniel yang jarang sekali bersembang dengan aku . Apatah lagi bergelak ketawa .

Wajah aku terus berubah dari senyum menjadi monyok tiba tiba apabila wajah Daniel muncul dalam fikiranku.

Hal itu membuatkan Seungwoon pelik .

" Mi Soo - ah ? Awak okay ? " soal Seungwoon.

Aku hanya mengangguk menandakan aku okay tapi dalam hati hanya aku yang tahu.

Betapa sakitnya hatiku bila terkenangkan hal semalam.

Betul betul menyakitkan.

Aku terfikir mahu berjalan jalan sebentar di sekitar sekolah . Tapi tidak mahu Seungwoon tahu yang aku keluar kerana mahu melupakan hal semalam.

Tiba tiba aku dapat idea untuk keluar sebentar dari kelas ini sebelum guru subject bahasa inggeris masuk.

" Em Seungwoonie , saya pergi tandas dulu ya . Nanti kalau Mrs Lim masuk , kata saya pergi tandas . Urgent " tipuku.

Aku saja saja memegang perut agar Seungwoon tidak syak apa apa . Aku membuat muka ala ala tidak tahan untuk ke tandas walaupun sebenarnya aku sudah bertapa lama dalam tandas semasa di rumah tadi .

" Ahh dae dae . Cepat cepat kalau dah tak tahan tu " muka Seungwoon betul betul risau membuatkan aku ingin ketawa tetapi sempat ditahan .

Aku segera berlari keluar dari kelas sambil tangan masih di perut . Ada juga pelajar pelajar yang memandangku tapi aku hanya buat tak endah dengan pandangan mereka.

Aku terus berjalan keluar .

Sampai sahaja di hadapan pintu tandas , aku terus berpatah balik .

Aku bukan mahu ke tandas . Niatku hanya mahu berjalan untuk seketika .

Mahu melupakan hal semalam .

Aku berjalan dan terus berjalan . Sedang aku melintasi tangga , aku dapat merasakan ada seseorang yang memegang tangan ku dan menarik aku ke belakang .

Itu membuatkan aku sedikit terkejut .

Aku pantas berpaling ke belakang. Kelihatan Daniel sedang memandang aku . Mata kami bertaut .

Boy and friend 💕 [ MALAY FF ]Where stories live. Discover now