BAB 6-Terbongkar Rahsia

36 5 0


Hani memandang Junghwa yang khusyuk melihat telefon bimbit dengan riak wajah yang serius."Junghwa,kau buat apa?Aku tengok kau selalu pegang telefon tu dari minggu lepas lagi."tegur Hani.Dia melabuhkan punggung di sisi Junghwa.Sempat juga matanya cuba mengusyar isi kandungan dalam telefon bimbit kepunyaan Junghwa namun gagal apabila Junghwa pantas memasukan telefonnya ke dalam beg tangannya.Junghwa mendengus kasar.Hani yang disebelah terkejut dengan tingkahlaku Junghwa yang tiba-tiba berubah."Jung,kau kenapa ni.Kau ada masalah ke?"soal Hani.Junghwa memandang Hani seketika sebelum dia bangkit dari duduknya."Ya,aku memang ada masalah.Tapi kau tak perlu masuk campur hal aku nanti kalau masa sudah tiba aku bagitahu kau."jawab Junghwa.Dia berlalu keluar dari bilik latihan menari.

Di depan pintu keluar masuk,Junghwa menahan sebuah teksi."Sungai Han,juseyo.Ppalli ahjussi."ucap Junghwa tegas.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari nombor Jungkook.Dia menekan papan kekunci pada skrin telefonnya.Beberapa minit menekan papan kekunci,Junghwa meletakkan telefonnya di atas riba.Dia menarik nafas panjang dan dihela perlahan.Dia harap ini adalah jalan terbaik untuk membantu Jungkook.

Bunyi pesanan ringkas dari telefon bimbit Jungkook membuatkan Jimin berpaling arah.Dia menuju ke meja kopi dan dicapai telefon bimbit Jungkook jenis Samsung.Jimin membuka password dan pesanan ringkas daripada Junghwa.Tatkala melihat nama Junghwa yang terpapar di peti pesanan ringkas,segera Jimin membuka pesanan ringkas tersebut.

JUNGKOOK,

Kita perlu berjumpa di Sungai Han sekarang.Saya ada benda penting nak beritahu awak.Ini melibatkan Seolhyun,awak dan Kai iaitu musuh awak dan hubungan awak sekarang.Awak perlu tahu siapa sebenarnya Seolhyun.Awak datang ke sini sekarang juga.!

PARK JUNGHWA

Jimin terkesima.Hubungan Jungkook dengan Seolhyun,Kai musuh Jungkook dan sahabat Jungkook...Park Junghwa.'Apa yang akan berlaku pada Jungkook?'soal Jimin dalam hati.Saat Jimin sedang bersoal jawab dengan dirinya,pintu bilik dikuak luas dan terjengul wajah Jungkook bersama V yang baru pulang dari bersenam.Dia berpaling menghadap Jungkook."Jungkook,kau jelas kat aku sekarang,Kau dengan Park Junghwa berkawan ye?"soal Jimin.Tiada seoles senyuman mahupun gurauan dalam nada suara Jimin.Jungkook terkedu.Dia mengangguk perlahan.Jimin mengeluh berat."Aku rasa baik kau pergi sungai Han dengan aku dan V sekarang juga.Ini melibatkan kau.Dan kitaorang wajib tahu apa yang berlaku kat kau.Jumpa Park Junghwa sekarang."ujar Jimin seraya mengambil jaket hitam,topi dan kaca mata hitam.

Jungkook kebingungan.Jimin menyedari reaksi wajah Jungkook yang kebingungan segera menyerahkan telefon bimbit Jungkook.Jungkook menerima telefon tersebut dan dibaca pesanan ringkas daripada Junghwa.Matanya terbeliak.Apakah...Jungkook mengenggam buku lima tatkala membaca pesanan ringkas.'Apa kena mengena dengan hubungan aku,Seolhyun dan Kai.'getus Jungkook.Dia mencapai sweaternya dan topi yang tergantung di belakang pintu."Jom Jimin,V.Kita pergi sungai Han sekarang."ujar Jungkook sepintas lalu.V dan Jimin mengangguk lalu mereka berdua mengikut langkah Jungkook yang semakin menjauh.

Mata Jungkook,Jimin dan V meliar ke seluruh kawasan sungai Han mencari sesusuk tubuh Junghwa.Pandangan Jungkook tertancap pada batang tubuh Junghwa sedang menunggu di bawah sebuah pondok dengan wajah yang serius.Gadis itu nampak cantik dengan memakai seluar tigh hitam dan bersama baju berlengan panjang warna pink dan topi.Mereka bertiga berjalan mendekati Junghwa.Junghwa memandang belakang apabila terasa seseorang menghampirinya.Dia berdiri sambil menunduk sedikit badan tanda hormat.Memang adat kat korea kut.

"Junghwa,aku nak tahu apa yang kau nak cakap kat aku tadi.Pasal hubungan aku dengan Seolhyun dan Kai.Aku nak tahu dari A hingga Z."ujar Jungkook cepat.Junghwa menghembus nafas pendek."Jungkook,kau duduk dulu.Aku yakin kau pasti akan terkejut apa aku nak sampaikan ni.Tapi,make sure kau akan bertenang dan jangan bertindak melulu.Faham."jelas Junghwa tegas.Jungkook diam dan duduk di bangku pondok bersama V dan Jimin.Junghwa menarik nafas pendek.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang berjenama Samsung J pro terbaru dan dibuka galeri di dalam telefon itu.Junghwa diam manakala tangannya menyerahkan telefon bimbit itu kepada Jungkook.

{COMPLETED}My love from the pure girlRead this story for FREE!