BAB 3-Hubungan Terjalin

36 6 2


"Hoi,korang nak buat apa dengan perempuan tu!"jerit Jungkook kuat menyebabkan perbuatan lelaki-lelaki itu terhadap Junghwa terhenti serta-merta.Mereka memandang Jungkook bersama Suga,Jin dan Jimin dengan pandangan sinis."Kau siapa nak tahu sangat apa aku nak buat dengan perempuan ni."soal lelaki itu dengan kasar.Kedudukan mereka daripada Junghwa terus saja beralih menghadap Jungkook.Jimin mencebik."Korang tak perlu tahu kami ni siapa.Baik korang lepaskan perempuan tu sekarang juga."balas Jimin.Dia meluruskan jari telunjuk ke arah Junghwa yang terkedu apabila melihat kehadiran mereka.

Junghwa terkedu apabila melihat dengan jelas batang tubuh Jungkook dan kumpulannya berada di sini.Jantungnya mula berdebar-debar.Lelaki itu mendekati Junghwa dan memandang Junghwa seketika sebelum dia memaut dagu lembut Junghwa dengan kasar.Junghwa mengaduh kesakitan."Hoi,kau nak aku lepaskan kau ke atau kau nak berada kat sini.Kita habis apa kita nak mulakan."soal lelaki itu.Junghwa menelan liur kelat.Dia menarik nafas bagi menyuntik sedikit semangat ke dalam dirinya.Junghwa menepis kasar pautan tangan lelaki itu dan menendang celah kelangkang lelaki itu sebelum berlari ke arah Jungkook dan kumpulannya.

Namun,usaha Junghwa menjadi sia-sia apabila kawan lelaki itu memegang kasar lengan Junghwa.Junghwa mengaduh kesakitan.Dia cuba meleraikan pautan itu tetapi pautan lelaki itu terlalu kejap.Lelaki yang Junghwa tendang itu bangun lalu menampar pipi putih Junghwa akibat berang dengan Junghwa.Junghwa terjelopok jatuh.Kepalanya tepat mengenai dinding dan hujung bibirnya mula mengeluarkan darah.Jungkook terkesima melihat Junghwa ditampar.Jimin,Suga dan Jin juga terkejut.Jimin mengenggam buku lima menahan amarah."Woi,korang memang melampau kan?Korang pukul perempuan,kat mana korang letak otak korang."jerkah Jimin.Lelaki itu tersenyum sinis."Ada aku kesah ke?"jawab lelaki itu.Jawapan lelaki itu membuatkan Jimin bertambah marah.Dia meluru ke arah lelaki itu lalu ditumbuk kuat.Jungkook,Jin dan Suga segera mendapatkan Jimin.Mereka menahan tubuh Jimin daripada membelasah lelaki itu.

Junghwa hanya diam.Dia seperti tiada tenaga untuk menghalang.Pandangannya agak berpinar-pinar untuk melihat kejadian tumbuk-menumbuk yang berlaku sebelum dia pengsan tidak sedarkan diri.Jungkook baru terperasan Junghwa yang kelihatan lemah dan menutup matanya erat.Dia mengeluh.Jungkook merenung tajam ke arah lelaki itu sebelum mendekati tubuh lelaki itu."Last warning untuk kau,sekali lagi kau buat benda sama aku tak akan teragak-agak nak heret kau ke balai polis.Faham."ugut Jungkook.Tegas.Lelaki itu mengangguk.Jungkook bangun dan mendekati tubuh Junghwa yang terbaring lemah akibat ditampar.

Jungkook meneliti wajah Junghwa.Kelihatan kesan lembam dan darah yang mengalir di hujung bibir.Dia membuka kot panjang dan disarungkan ke tubuh Junghwa sebelum mencempung tubuh itu.Jungkook berlalu pergi bersama Suga,Jin dan Jimin.[He.he.he.Ambik kau,sekali kena belasah dek Jimin.Sesiapa peminat Jimin, jangan marah ye kalau Author buat personaliti Jimin ni ganas.]

Wajah Junghwa yang terlena ditatap lama.[waktu ni diorang kat hospital sebab tak tau nak hantar pergi mana.]Jungkook mengalih pandangannya ke arah Suga,Jin dan Jimin di samping dia."Eotteokhae hyung,perempuan ni kita tak tahu siapa lepastu nak hantar kat mana pulak."soal Jin.Jungkook hanya menunjukkan sikap tenang."Macam nilah apa kata kita tunggu dia sedar,nanti kita tanya dia."jawab Jungkook.Belum sempat Jin bersuara,suara halus Junghwa mencelah.

Junghwa membuka mata perlahan-lahan.Sinaran lampu amat menyakitkan matanya dan sakit kepala akibat ditampar pun memeritkan pipinya."Yah..jeongshimchareo.Neo gwaenchanha.Kau tak luka kat mana-mana kan?"soal Jungkook cepat.Junghwa membuka mata seluas-luas yang boleh apabila mendengar suara Jungkook.Dia memandang Jungkook,Suga,Jin dan Jimin silih berganti dengan pandangan terkejut."Kau jangan risau.Kami tak buat jahat pun kat kau.Kitaorang nak tahu nama kau siapa dan kat mana kau tinggal.Nanti senang kitaorang hantar kau balik."balas Suga tatkala melihat pandangan mata terkejut Junghwa.

Junghwa masih lagi memandang tetapi bukan dengan pandangan terkejut.Dah reda kut terkejut dia ke hati dia yang tengah berdebar waktu tu.Junghwa mengambil sweater dan beg tangannya di atas kabinet bersebelahan katilnya .Dia turun dari katil hospital untuk membuat pembayaran.Namun,langkah Junghwa dihalang oleh Jungkook."Pembayaran bil hospital ni,kami dah langsaikan dah.Kau tak perlu bayar lagi."ujar Jungkook bersahaja.Junghwa diam.Dia berdehem kecil."Nae ireum Junghwa imnida.Awak boleh hantar saya di Taewon.Saya tinggal kat situ dengan family saya."jelas Junghwa perlahan.

Jungkook mengangguk."Oh ye,Aku lupa nak kenalkan diri.Jungkook imnida, nae ireum,yang ni pulak Suga,disebelah tu Jimin dan Jin."jelas Jungkook.Junghwa diam tidak berkata.Jin memandang Junghwa dari atas ke bawah.'Cantik.'desis Jin dalam hati.Dia cuba menyembunyikan senyum.

Junghwa mula terasa tidak selesa berada di situ.Apatah lagi tubuhnya begitu hampir dengan Jungkook."Ha..saya balik dulu ye.Dah lewat malam sangat ni.Terima kasih sebab tolong saya tadi dan bayarkan bil hospital ni.Gamsahamnida."ucap Junghwa cepat dan berlalu pergi meninggalkan Jungkook dan yang lain.Jungkook berlari anak untuk mengejar Junghwa yang semakin menjauh."Junghwa ssi,tunggu kejap."laung Jungkook.Junghwa memperlahankan langkah dan memalingkan tubuhnya ke belakang.Kelihatan Jungkook mendekati dirinya.Jungkook menarik nafas panjang dan di hela kasar.Agak penat mengejar langkah Junghwa yang laju.'Perempuan ni pakai galah panjang ke sampai aku kena lari datang dekat dia.'gumam Jungkook dalam hati.

"Yeogi,nombor telefon aku.Kalau ada apa-apa masalah roger aje terus.Kita boleh jadi kawan itupun kalau kau nak."ujar Jungkook sebelum berlalu meninggalkan Junghwa kaku tidak beriak.Junghwa terkesima.Dia memandang kelibat Jungkook tetapi Jungkook terlebih dahulu pergi.Junghwa mengorak senyuman manis tanpa sedar.

1V1V1Vly

{COMPLETED}My love from the pure girlRead this story for FREE!