prolog

28 6 1
                                        

'Tema merah tau,kalau boleh jubah. Aku nak kita bergambar ramai-ramai pakai tema sedondon..hehehe'

'InshaAllah, dayah. Tengoklah kalau hari tu aku free,aku datang.' Balasku dengan nada perlahan

'Comeonlah sofea. Hari minggu kot. Saja aku pilih tarikh tu supaya semua dapat hadir' suara hidayah dihujung talian berubah seolah merajuk.

'Dayah. Kalau aku free aku datang' aku mengulang semula ayat tadi. Tapi sengaja aku menekan nada aku bercakap.

Jariku mengurut pelipis yang berdenyut-denyut. Entah apa jawapan munasabah harus aku beri dekat hidayah.

'Kalau kau anggap aku kawan,kau datang. Kalau tak, aku tahu jawapan kau apa'

Klik. Panggilan dimatikan.

--------------

Jubah merah yang tergantung dihadapan almari ku pandang sekilas. Macam tak sedia rasanya aku nak pakai benda ni dan pergi ke majlis tu. Kalau bukan sebab paksaan,tak hendak aku nak pinjam baju ni dari butik ibu.

Ting!

Telefon ditangan bergetar menandakan ada mesej masuk.

Atul
Beb,kau dah siap ke? Klau dah,bgitau. Aku nak amik ijah dulu baru pergi rumah kau.

Aku menekan ruangan membalas.

'Belum,tapi kau pegi ambil ijah dululah. Takut lambat karang.'

Atul
Oke beb.

Mesejnya aku baca lalu ku letakkan telefon keatas meja. Jubah merah bercorakkan sakura itu menjadi pilihan sebaik sahaja mendapat panggilan dari hidayah tiga hari yang lalu.Memaksa aku untuk hadir ke majlis pertunangannya. Siap mengugut taknak kawan aku kalau tak datang. Adakah patut?

'Kalau kau anggap aku kawan,kau datang. Kalau tak, aku tahu jawapan kau apa'

Berat hati sebenarnya nak datang. Kalau dayah kata 'semua',it's mean semua kawan-kawan dia ada. Kalau aku datang, ini boleh dianggap pertemuan pertama aku dengan dorang. Kawan dayah,kawan aku juga. Cuma kawan dalam talian. Perkenalan aku dengan dayah pun bermula dari talian.

Lepas SPM aku sambung belajar dekat Perth,dekat situ aku jumpa dayah secara real life bila tahu dia pun sambung belajar dekat situ. As my senior.

Busana Erman Rahman itu ku genggam. Im not ready for this. But i have to. Demi kawan, Sofea.

Yeah!!You can do it. Go Sofea..

Read. Vote. Comment below

Two SideWhere stories live. Discover now