Part 20

715 28 1

Hanna balik awal hari ini, duduk di butik pun dia rasa bosan. Fikirannya bercelaru sekarang.Banyak yang dia fikir.


Dia ikut saja rasa hatinya yang sekarang ini hanya mahu balik rumah. Tapi sebelum balik dia singgah dulu di Shopping Mart.

Dia mahu beli sedikit barang dapur,lama sudah dia nda masak sejak pindah dari rumah bapa mentuannya.Tiba-tiba dia rasa macam mahu memasak ni hari.Biarlah teda yang makan dia kasi sedekah saja tu cik miau atau encik duku terbiar, asal stressnya hilang dengan memasak.

Sambil dia mencari-cari bahan untuk di masak, dia ternampak ikan merah! fresh lagi. Terus saja dia teringat bapa mentuanya.Bapa mentuanya suka makan tu ikan merah kalau dia masak kukus halia.

Fikirannya sekelip mata berubah, dia mahu bawa semua barang dapur itu pigi rumah bapa mentuannya. Dia mahu masak di sana saja.

Baginya bapa mentuanya lebih menghargai makanan yang di masaknya dari Andrian yang sejak pindah langsung nda mahu peduli pasal dia sudah.

Rumah itu pun macam hotel sudah Andrian buat, pergi dan baliknya sesuka hatinya saja.
Selesai membayar, terus saja Hanna bawa barang-barang tu semua pigi kereta kasi masuk di bonet lepas tu mula memandu menuju rumah bapa mentuannya. Dia tinggu jam di tangannya baru angka 6.00 petang.

*******************

" Haii pa..apa khabar..." Sapa Andrian, sambil peluk papanya.

Lepas habis kerja Andrian terus pigi rumah papanya ,tiba-tiba dia rasa rindu pada orang tua itu.

" beginilah papa ni... ehh ko seorang saja?"

" Err ya...sy dari site tadi pa..kebetulan lalu kawasan sini kan,singgahlah sekejap " jawab Andrian.

" Oh! Papa ingat ko bergaduh sama bini kau.lepas tu kau melarikan diri."

" Arrhhh...eh papa ni ada kah begitu"

Dua beranak itu ketawa,tiba-tiba ketawa Andrian terhenti bila nampak kereta Hanna.
Hanna juga tiba-tiba datang melawat papanya! Sungguh Andrian nda sangka.

" Eh itu kan bini kau...memang kuat betul jodoh kamurang ni bah..." Bilang papa Andrian.

Andrian terpukul dengan kata-kata papanya.Jodohkah begini?bisik hatinya.

Hanna juga benar-benar nda sangka Andrian ada di rumah bapa mentuannya. Satu kebetulan yang sangat mengejutkan baginya dan nda di sangka sama sekali.

Tiba-tiba dia rasa berdebar-debar bila berdepan dengan Andrian.Bukannya dia nda pernah berdepan dengan Andrian selama ini tapi kali ini perasaan itu sangat-sangat lain ketika ini.Perasaan yang sering datang sejak kebelakangan ini.Namun Hanna mahupun Andrian saling mengelak dari mengakui.

Hanna cuba berlagak macam biasa.

" Hai pa...papa sihat?'' sapa Hanna sambil dia jalan pigi bonet keretanya.Dia mahu ambil barang-barang yang dia beli tadi.

" Sihat saja ni, apa lagi ko bawa tu?''

" Barang dapur pa..." jawab Hanna.

" Owh! nah ngamlah itu... nihari kamurang makan sama tidur saja di sini arr.." balas bapa mentuanya

Andrian cepat-cepat pigi tulung angkat semua barang-barang yang di beli Hanna tadi.Dia nda mahu keadaan nampak tegang.Lakonan pun bermula.

Masing-masing diam tiada respon bila orang tua itu suruh bermalam di rumahnya.

Hanna mula sibuk memasak di dapur, semantara itu Andrian sama papanya masih di halaman rumah. Ada saja cerita tu dua beranak.Sesekali Hanna boleh dengar suara durang ketawa besar,Hanna ikut tersenyum bila dengar suara Andrian ketawa gembira.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now