Chapter 3

597 61 0

Dari rumah hinggalah sudah berada di taman , bibirku tidak lekang dengan senyuman kebahgian .

Akhirnya , Daniel terbuka hati untuk ajak aku keluar dan meninggalkan sekejap kerjanya  yang banyak itu .

Aku melihat jam di tangan . 3.00 petang . Daniel beritahu semalam jumpa pada jam 2.45 petang . Oh ! Mungkin dia ada hal penting kot sebelum berjumpa aku .

Aku cuba untuk menyedapkan hati sendiri daripada berfikir yang bukan bukan .

3.15 petang , Daniel masih tidak kelihatan .

4.00 petang , Daniel masih juga tidak kelihatan .

Cuaca yang agak sejuk membuatkan tubuhku seakan ingin membeku tapi aku cuba bertahan .

Sudah satu jam berlalu , Daniel masih tidak datang . Hampir sahaja aku berputus asa .

Tetapi telingaku terngiang ngiang kata kata Daniel di telefon semalam , " Tunggu saya tau esok . Jangan lambat .. "

Kata kata itu terus membuatkan aku tersenyum kembali . Kata kata yang dapat menyembuhkan hati yang hampir saja ingin mengalah .

5.00 petang , tubuhku mula menggigil kesejukan .

Sudah 2 jam aku berdiri di depan bangku kecil berdekatan pokok . Aku pantas duduk di atas kerusi kecil itu dan mula terbatuk kecil .

" Mungkin dia ada hal penting . Iya mungkin " lagi sekali aku cuba menyedapkan perasaan sendiri .

Kepalaku pula seakan berpusing membuatkan aku terasa ingin pitam .

Aku bingkas bangun dari duduk dan berdiri serta mencuba untuk menstabilkan diri dari jatuh pengsan .

Tetapi tubuhku tidak kuat untuk menahan rasa pening . Penglihatanku kabur dan membuatkan aku ingin jatuh di atas tanah tetapi sebelum sempat aku jatuh , seakan ada seseorang yang menyambutku tapi aku tidak dapat melihat dengan jelas .

Mataku perlahan perlahan tertutup dan aku tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

                        ********
throwback

" No way appa . Daniel tak nak pindah lah ! No way ! " Daniel cuba membantah kata kata Mr Kang yang sedang duduk di kerusi makan di hadapannya .

" But we need to transfer there Daniel ! We must to ! " Mr Kang cuba memujuk Daniel yang sedikit marah dengan appanya .

Manakan tidak , selepas sahaja dia pulang dari sekolah , appanya terus sahaja beritahu bahawa mereka harus pindah dalam masa terdekat ni kerana appanya di transfer kerja ke luar negara . Luar negara ! Bukan luar negeri !

" No ! I won't . Never appa ! " Daniel masih lagi dengan jawapannya yang sama . Tidak mahu pindah .

" Daniel - ah , listen me . Appa pon tak mahu pindah . Sama juga macam Daniel . Tapi kita terpaksa Daniel- ah  . Boss appa kata , syarikat appa sekarang dah tak mampu nak bayar gaji pekerja terutama gaji perkerja bawahan macam appa ni .

Mula mula appa ragu ragu nak pindah sebab fikirkan Daniel masih bersekolah di sini , tapi appa juga fikirkan kesihatan eomma kamu juga . Eomma kan sedang sakit sekarang . Kamu tak kesian dengan appa ? eomma ? "
terang Mr Kang kepada anak tunggalnya yang seakan terdiam seketika dengan kata katanya .

Tipulah kalau dia tidak kasihan dengan Daniel , tetapi isterinya juga penting baginya .

" Tapi appa ------ "

" Pasal sekolah ? Rumah kat sana? " pantas Mr Kang memotong .

" Kamu jangan risau . Nanti appa akan uruskan surat pindah kamu dalam minggu ni . Rumah kat sana pun appa cuba tanya kawan appa nanti " terang Mr Kang.

Daniel diam.

Sejujurnya , dia tidak kisah untuk berpindah sekolah atau pindah rumah . Tetapi hatinya tak rela untuk tinggalkan Mi Soo . Kekasih yang paling dicintainya walaupun baru sahaja bercinta .

" Tolong ye Daniel . Kita pindah dalam masa terdekat ni . Appa harap Daniel faham appa dan situasi keluarga kita " ujar Mr Kang dan berlalu pergi meninggalkan Daniel seoarang diri di meja makan . Mood makannya hilang serta merta.

*******

throwback end.

Aku membuka mataku perlahan lahan . Kepalaku agak sakit sedikit membuatkan  mata ku sukar untuk dibuka .

Tapi aku gagahkan juga mataku untuk buka dan melihat kawasan di sekilingku .

Aku berada di rumah . Di dalam bilik tidur ku , di atas katil sambil selimut menyelimuti separuh tubuhku.

Seminit kemudian , eomma masuk sambil memegang dulang berisi air masak dan bubur dan tersenyum ke arah aku .

Aku membalas senyuman manis eomma.

" Baguslah kamu dah sedar . Eomma risau sangat kamu pengsan tadi . Ni eomma bawakan kamu bubur kesukaan kamu " Kata Mrs Han dan meletakkan dulang tersebut di meja kecil tepi katil.

Aku hanya mengangguk tanpa bersuara . Badanku amat lemah . Aku memegang dahiku . Panas .
Nampaknya aku demam . " Huh " aku melepaskan keluhan kecil.

" Kamu demam sikit Mi Soo-ah . Eomma dah suruh appa kamu belikan ubat . Kalau kamu tak larat esok , tak payah pergi sekolah ya . Eomma keluar dulu " terang Mrs Han tanpa nada dan ingin berdiri tetapi aku menahan.

" Gomawo eomma " aku memegang erat tangan eomma dan menciumnya .

Eomma tersenyum dan berlalu keluar dari bilik .

" Eomma ! " panggilku sebelum sempat eomma menutup pintu bilik .

" Dae ? " tanya eomma sedkit terkejut.

" Siapa hantar Mi Soo balik ? " akhirnya keluar juga soalan yang sudah lama berada di benakku.

Eomma tersenyum sebelum berjawab .

" Handsome lah boyfriend kamu . Hahahaha ... " balas Mrs Han sambil tersenyum senyum di balik pintu .

" Boyfriend ? Takkanlah.. Nama dia siapa eomma ? " tanyaku.

" Em .. dia kata nama dia Daniel tak silap eomma . Eh eomma kena cepat ni . Nak  sediakan makan malam pula " Mrs Han pantas menutup pintu bilik meninggalkan aku seorang diri .

Aku kaku . Terdiam . Daniel ? Baiknya hati dia hingga bawa aku balik ke rumah .

Tapi .. serta merta peristiwa dia tidak datang ke taman tadi membuat aku rasa marah , kecewa kepada Daniel . Sanggupnya dia menipu aku ? Dia jugalah punca aku hampir demam begini .

" Wae ? Kenapa awak tipu saya ? " soalan demi soalan keluar dari bibirku  . Perlahan lahan air mata ku jatuh ke pipi . Aku menangis seorang diri di atas katil sambil menggenggam erat selimut milikku.

TBC

Sorry guys . tak best . Busy nak exam ni. Hope korang teruskan membaca . hahahaah

Boy and friend 💕 [ MALAY FF ]Where stories live. Discover now