BAB 9

28.3K 174 1
                                        

ATHEA terpaksa mencari kucing lain apabila Qaleef asyik merengek hendak pergi ke rumah Hazran. Athea tahu Qaleef rindukan Smokey setelah hampir seminggu tidak bertemu haiwan kesayangannya itu.

"Kau tahu mana aku boleh beli kucing? Murah-murah aje. Qaleef kacau sangat nak bela kucing."

"Dalam Mudah.com kan ada? Satu lagi, kau cuba search dalam FB Kucing parsi dan baka DLH. Adik aku yang bongsu tu rajin layan. Jenuh pilih," terang Intan.

Adiknya juga penggemar kucing, tetapi kucing betina yang dibela oleh adiknya telah dimandulkan. Jika tidak, boleh juga sedekahkan anak kucing kepada Athea.

Athea terus memulakan carian.

"Tu dia! Banyaknya weh! Semua bawah RM500. Ada yang tak jual, tapi nak tukar dengan makanan dan ni, yang ni pula nak kasi percuma aje sebab anak dia alah bulu kucing," ujar Athea teruja.

"Yalah, tukar dengan makanan kucing. Kau tanya dulu makanan jenama apa yang dia nak? Berapa kampit? Kalau dia sebut Orijen 10 kampit, jenuh kau."

"Orijen tu apa?"

"Makanan kucinglah. Parah juga harga dia. Kualiti tak payah cakaplah. Melahap kucing kau makan nanti."

"Ya ke? Aku bagi dia makan ikan rebus dan ayam rebus aje. Sihat dan bulat aje Smokey tu. Kalau tak sempat sangat, aku bagi aje nasi."

"Kalau kau bela kucing, leceh tau nak pergi makan angin. Lainlah kalau kau bela dia kat luar. Kau tak ada, dia boleh cari makan sendiri."

"Tak naklah macam tu. Nanti hilang, mengamuk pula Qaleef tu. Aku balik tunjuk dulu kucing-kucing ni kat dia. Biar dia pilih."

Telefon bimbit Athea berbunyi. Nama Hazran tertera. Athea menelan liur. Riak wajahnya sedaya mungkin dikekalkan tenang. Jika tidak, banyak pula soalan Intan.

"Assalamualaikum," sapa Athea.

Hazran menjawab salam. "Boleh datang ke rumah saya petang ni?"

"Boleh saya tahu kenapa?"

"Nak suruh awak tengok rumah. Bella pun ada sekali."

"Nak suruh tengok rumah?"

"Dah lupa ke? Kan saya nak suruh awak beri sentuhan eksklusif pada rumah saya?"

"Eh! Tak lupa. Tapi, bukan ke awak kata lambat lagi?"

"Sementara Bella free ni, bolehlah kita tengok-tengok dulu."

"Okey. Pukul berapa?"

"Pukul 6.00?" Hazran meminta persetujuan Athea.

"Okey. Pukul 6.00." Athea setuju.

"Awak, Bella tak perlu tahu yang kita ni berjiran dan awak dan anak-anak awak adalah penjaga Smokey." Hazran berpesan.

Athea kerut dahi. Bibirnya diketap. Takutkan tunanglah tu! Athea melirik pandang kepada Intan yang bangun menuju ke tandas. Dia menarik nafas lega. Lebih selesa untuk dia berbincang dengan Hazran.

"Okey. No problem, Encik Hazran. Kalau tunang encik tak selesa kita bekerjasama,saya boleh kenalkan rakan saya kepada encik."

"Kenapa dengan awak ni? Berencik-encik pula?"

"Dah tu? Takkan nak panggil abang handsome? Atau Abang Hazran?" balas Athea.

Kedengaran suara Hazran ketawa. "Betul tu, Cik Athea. Kita jumpa petang ni."

"Boleh pula awak sebut nama saya dengan betul, kan?"

"Tapi, saya tetap suka panggil awak Cik Meow. Dah lama tak dengar awak buat bunyi kucing."

TAK ADA CINTA SEPERTIMUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang