MATA terpanah melihat susuk tubuh yang mulai melangkah memasuki anjung rumahku . Dia membontoti langkah kedua orang tua itu . Papa sepantas kilat tiba disisiku .
"Jemput masuk Rahman" Ajakan papa menghapuskan lamunan ku tadi . Aku memberikan mereka senyuman sebagai sapaan .
"Terima Kasih Saiful . Lama tak kesini " Tangan lelaki tua yang bernama encik Rahman menyalam tangan papa , diikuti lelaki berwajah 20an ni .
"Isteri mana?" Wanita yang berjubah biru melarikan pandangan ku kedalam.
"Masak lagi agaknya" Papa menjawab sambil memberikan senyumannya .
"Ni Naufal ya?" Tanya papa ketika terpandang Naufal yang teguh berdiri macam tiang dibalik tubuh ayahnya .
"Ya pakcik" Manis sungguh bibirnya mengulit senyuman.
"Ohh sama ye wajah Naurah dengan ibu dia" Aku tersengih sengal dibuat Puan Amira . Malu weyh!
"Jemputlah masuk" Ajakan Papa diikuti mereka dengan patuh , aku membuntuti langkah namun terpesong ke dapur.
Susuk tubuh ibu yang sibuk memeriksa peti sejuk aku peluk dari belakang . "Ya Allah , terkejut ibu" Dia terus mengusap dadanya . Aku hanya tertawa melihat gelagat ibu.
"Ibu , tak terlalu awal ke ?" Tanyaku saat mendagu dibahunya . Tanganku yang memeluknya ditepis lembut.
"Buat air" Aku pergi ke rak mulai membuat dua air yang berbeza , air sirup dan air kopi . Jug kecil aku pilih untuk dijadikan tempat bancuhan .
"Ibu , Naurah soal ni" Rengekku sambil membuat air di meja bar dapur ni .
"Kamu sudah 24 tahun , sudah tiba masanya Naurah" Tangan ibu terasa dipinggangku ." Ibu sayang kamu , kamu sahaja anak perempuan yang ibu ada . Ibu yakin Naufal Al - Fateh akan jaga Naurah macam mana ibu papa jaga Naurah" Aku tersenyum mendengarnya .
Jug sirap yang siap dibancuh aku jauhkan sedikit sebelum fokus pada bancuhan kopi pula . "Yakin ibu , Naurah bahagia?"
"Yakin sayang" Aku gelak cuba menutup kesedihan yang timbul sekarang . Sedih sebab aku akan berpisah jauh dari keluarga , aku yakin pasti menyakitkan .
"Terima kasih ibu . Jasa ibu dan papa tidak akan Naurah lupakan" Kedua-dua bancuhan siap aku terus meletakkan di atas dulang .
"Jom" Ajak ibu apabila aku mengangkat dulang. Aku membalasnya dengan anggukan perlahan .
Langkah diiring dengan degupan jantung yang kuat .
Gelak ketawa papa dan pakcik Rahman kedengaran kuat."Anita" sapa wanita yang duduk sebelah lelaki bernama Naufal . Ibu kelihatan memeluknya sebelum duduk disampingnya .
Aku pula kekok menyediakan air , tuang segala sedangkan mereka ada yang memasang mata dan berbual tentang penjodohan kami .
"Ini lah Naurah anak aku bongsu tu" Ujar Papa saat cawan-cawan aku edarkan.
"Besar dah dia" Aku memberikan senyuman pada Pakcik Rahman sebelum membangunkan diri untuk melangkah ke dapur .
"Besar tapi nakal" Bidas Papa membuatkan tawa Pakcik Rahman membuak mengiisi ruangan . Mataku mencari anak mata Papa , bertembung sebentar sahaja .
"Naurah pergilah berbual dengan Naufal" Wanita yang selama masa ini duduk disamping ibu mengarahkan ku.
Terpaku aku dibuatnya perasaan kekok tambah mempengaruhiku ."haa?"
"Pergi bawa Naufal berbual , kesian dia jadi tiang kat sini" Takut dibahas panjang laju aku menganguk sambil meminta kebenaran .
Langkah ku cermat melangkah keluar rumah aku pilih pengkin tadi untuk dijadikan tempat kami berbual . Naufal seperti bendul mengikuti langkahku aduh terkekeh aku melihatnya.
"Asal ketawa?" Tegurnya ketika aku mula melabuhkan punggung.
Matanya yang hitam pekat itu aku pandang setelah menamatkan kekehan ku "Eh tidak boleh gelak atau apa ke ?" Dia duduk cukup jauh dariku . Tubuhnya yang seakan mempesona ceh ! Cukup mendengupkan semula jantungku !
"Bukan macam tu , awak nak gelak sampai awak gila pun tidak apa" Kawasan rumahku menjadi tatapannya yang melilau-lilau .
"Habis kalau saya gila , awak nak buat isteri lagi tak?" Aku memandang sisi kanannya , cukup memancarkan bahawa dia bukan tentera sembarangan . Lihat sahaja kulitnya dan parut kecil halus itu .
"Saya tidak boleh tolak kalau jodoh saya datang dalam keadaan gila" Terbeliak kau mata , dia cakap macam tu . Kening terus ternaik sebelah .
"Tapi tidaklah gila macam hilang akal ." Aku mencebik namun dia tetap sahaja memandang kawasan rumahku.
"Eh awak suka persekitaran ?"Pandangan terus menangkap anak mataku , serius sih dia , terus aku hadiahkan senyuman malangnya dia hanyaa pandang sekilas !
"Asalkan itu bukan dosa" ungkapnya , terdiam aku dibuatnya.
Satu jenak kami menjadi diam.
"Awak kerja apa?" Dia mungkin cuba menarik aku dalam sebuah perbualan baru.
Aku memandang tanah dihadapanku untuk mengelak memandangnya . "Photographer"
"Awak survive tak dengan work tu?" Soalnya sebelum aku melihatnya semula .
"Gila kau tak survive ! Ni tengok saya successful" cuba menampilkan padanya bahawa aku sudah berjaya memilih kerjaya.
"Nampak macam masih budak-budak . Berjaya sangat ke? Atau awak ujub ?" Pandangan kamu menikam antara satu sama lain .
"Hello , studio saya 1st class maa , awak tidak percaya ikut awaklah ." Bidasku dengan nada sederhana tinggi san rendah .
"Jadi , sedia nak jadi isteri orang ?" Topik baru ku agak mulai menunjukkan taring . Aku memutarkan bola mataku ke atas .
"Kalau saya tidak sedia , tak ada nya saya depan awak , berbual bagai tau . Saya lari" Jawabku lagi .
"Macam tu ke perempuan tidak ready ?" Persoalan itu membuat aku tergumam . Sengihan ku terkeluar.
"Ini saya lah . Dulu.."
Tidak sangka pula dengan cuaca redup tu Naufal mahu mendengar ceritaku dahulu kala . Saat zaman Jahiliah bersatu hahahahah . Good listener . Permulaan yang baik bukan ?
Tuan Leftenan Miss Photographer
"Jadi awak enjoy tak bual dengan saya ?" Tanyaku sambil mengiringi keluarga bakal menjadi keluargaku itu .
Dia mengangguk langsung tidak memandang aku yang pendek setia disampingnya. Papa dan ayahnya sibuk berbual begitu juga ibu dan maknya hanya kami yang senyap.
Tubuh yang bakal mengangkat martabatku sebagai isteri mulai memasuki perut kereta . Tangan mak Naufal aku cium disertai dengan gurisan senyuman sebelum aksi lambai melambai berlaku .
"Kamu sudah kenal Naufal ?" Ibu memaut pingangku saat kamu masuk rumah.
Aku mengeleng . "Kami cuma bercerita itupun Naurah yang semangat . Dia ? Fuh ..angguk geleng sengih"
"Okaylah tu macam lagu , angguk-angguk geleng-geleng" Papa tiba-tiba menyelak perbualan kami membuat aku menyeringai kecil.
"Papa ni , tapi ni kira permulaan yang baik" Aku tersenyum sinis kepada ibu dan Papa .
Terpancar wajah pelik mereka ."baguslah" ujar papa
"Kamu ada masa sebulan untuk bebas , kamu akan sibuk" Sofa menjadi pilihan ibu dan papa .
"Okay lah , Naurah terima je . Orang cakap keputusan ibu bapa 100% betul" senyuman manis mengakhiri ayatku.
"Kamu ni betul-betul redha" Ibu mengurut dahinya , papa pula hanya mengeleng . Bila difikirkan semula ,ya aku terlampau redha naaa siapa kesah ?
"Naufal tu baru habis kursus kan ?" Papa memandang aku yang mahu memijak ruangan bilik .
Aku menoleh "entah dia senyap sahaja"
"Itu sebab kamu hanya share cerita kamu" bahas ibu membuat aku mengangguk ya.
"Siapa suruh dia senyap , Naurah ceritalah apa patut . Kalau tidak memang sampai tadilah kami senyap. Then , Naurah akan buat apa yang Naurah akan buat "
YOU ARE READING
TUAN LEFTENAN MISS PHOTOGRAPHER
RomanceBagi orang kobinasi mereka tidak sepadan , akibat terjerumus ke dalam satu perkahwinan bukan paksaan tapi secara rela hati ini membuatkan banyak mempersoalkan . Manakan tak , satu pegang senjata satu pegang kamera . Namun semua ini tidak menjadi isu...