BAB 2-Aku jatuh cinta dengan dia!

57 6 2


"Nu..nuguseyo?"soal Hani tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.Junghwa menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan.Dia dapat agak dengan reaksi semua ahli EXID termasuk Hani."Hani ssi,jinjja majayo aku dah tangkap cintan dengan namjachingu Seolhyun eonni,Jungkook.Aku akan terima dengan hati terbuka kalau dia tak suka aku.Tapi aku tak tahu kenapa perasaan macam ini datang kat diri aku."keluh Junghwa.Hani,LE,Hyelin dan Solji saling berpandangan sesama sendiri dengan pandangan kerisauan yang jelas terpancar dari anak mata masing-masing.

Hyelin mengeluh."Yahh...neo micheoseo.Kau nak ke Seolhyun eonni datang serang kau sebab kau caras namjachingu kepunyaan dia."duga Hyelin.Junghwa mengeluh.Bukan ini yang dia pinta,namun hatinya benar-benar terpaut dengan Jungkook.Kini,dia harus berdepan dengan pelbagai masalah terutama antara hati dan Seolhyun.Satu keluhan berat dilepaskan tanpa sedar.Junghwa memandang Hani dan ahli EXID yang lain."Geokjeonghaji maseyo.Kalau korang risau sangat pasal aku,baiklah aku akan pendam perasaan aku atau aku kuburkan jauh-jauh dalam lubuk hati aku ni."lirih suara Junghwa berbicara.Matanya sudah dibasahi dengan air mata yang mengalir lebat.Sakit sungguh hatinya mengenangkan cintanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Hani memandang sayu pada Junghwa.Memang jarang dia dan ahli kumpulannya yang lain nampak Junghwa sebegini sedih hanya di sebabkan cinta yang tak berbalas.Perlahan-lahan Hani,LE,Hyelin dan Solji mendekati tubuh Junghwa yang sedang teresak-esak menangis.Mereka terus sahaja memeluk tubuh Junghwa secara beramai-ramai bagi meredakan kesedihan Junghwa.Junghwa mengangkat wajah ke bawah jalan raya yang dipenuhi kereta di depan tingkap.Junghwa mengesat air mata perlahan.Dia berpaling ke belakang dan menuju ke meja bersebelahan katil.Junghwa melabuhkan duduknya di kepala katil.Junghwa tersenyum hambar memandang Hani,LE,Hyelin dan Solji."Baiklah,jom kita pergi practice dance.Tak payah nak sedih sangat.Kan ada seminggu lagi konsert kita untuk dibuat di pertandingan nanti."ajak Junghwa.Dia harus berpura-pura walaupun kepura-puraan itu amat menyakitkan untuk dirinya.

Dia mengambil beg tangan bersama sweaternya.Junghwa berlalu meninggalkan Hani dan yang lain-lain dalam keadaan terpinga-pinga.[Author rasa kesian pulak dengan Junghwa.Cinta tak berbalas oleh lelaki pujaan.Rasanya kerap berlaku kot.Takpe nanti author cari jalan untuk Junghwa.:p.]

Dalam tiga hari lagi,pertandingan Mnet akan dijalankan.Sepanjang pengiraan detik itu,Junghwa berubah menjadi serius dan kerap berlatih tanpa rasa penat.Tetapi,Junghwa masih lagi 'pure girl' yang lembut dan soft spoken macam biasa.Ahli EXID mula berasa risau melihat keadaan Junghwa yang berubah secara mendadak.Junghwa duduk di kerusi di hadapan pintu setelah penat berlatih menari.Dia mencapai sebotol air mineral dari bekas kedap udara.Junghwa meneguk rakus sehingga air yang berada dalam botol itu tinggal separuh.

Junghwa meletakkan semula air botol itu di sisinya.Dia memandang sekeliling ruang yang kosong.Tiba-tiba sahaja fikirannya teringat wajah lelaki yang berjaya mencuri hatinya tanpa dia sedari.Wajah Jungkook menerpa keseluruhan mindanya.Tubir mata Junghwa terasa panas dengan air mata yang berkaca menunggu untuk pecah berderai sahaja.Dia begitu merindui Jungkook walaupun dia tahu Jungkook takkan mengungkapkan kata-kata cinta buatnya.Dan....Jungkook tak tahu bahawa yang Junghwa mencintai dirinya.Itu yang sesuatu perkara yang mustahil untuk Junghwa unkapkan kepada Jungkook.Dia juga tahu Jungkook mempunyai Seolhyun yang jauh lebih baik,cantik,berkulit putih malahan ketinggian Seolhyun persis model.

Bunyi pintu dibuka dari luar membuatkan Junghwa tersentak.Pantas,dia menyeka air mata yang hampir gugur.Hani,LE,Hyelin dan Solji melangkah masuk ke dalam bilik latihan tarian.Junghwa melemparkan senyuman."Eh,awalnya kau datang sini?Pengurus Kim pun tak datang lagi,kau pulak yang lawan dengan dia siapa yang datang awal."seloroh Hani.Dia tahu perubahan yang berlaku ke atas diri Junghwa kebelakangan ini.Junghwa ketawa kecil."Mana ada aku lawan Pengurus Kim,aku datang awal sebab aku nak practice dance 'Ah Yeah' dengan 'Hot pink'untuk kita punya pertandingan Mnet tu nanti."jawab Junghwa.

Mereka berempat mengangguk tanda faham."Hmm...Junghwa kalau aku nak tanya boleh tak.?"tanya Solji.Junghwa yang ingin bergerak terus saja terbantut."Ada apa kau nak tanya aku ni?"soal Junghwa kembali.Solji dilihatnya kelihatan sedikit gelisah untuk bertanya."Cepatlah."gesa Junghwa."Kau tak pernah rasa penat ke menari siang malam tanpa rehat sedikit?Nanti senang jatuh sakit kalau kau tak jaga kesihatan tubuh kau tu."ujar Solji.Junghwa ketawa."Aku mana ada pernah penat tapi kalau sakit tu aku memang pernah rasa.Jadi aku tak rasa nak kena'sakit'tu untuk kali kedua."ujar Junghwa lembut tetapi kedengaran tegas di telinga Solji.Solji menelan liur."Eh,jomlah kita practice dance,karang tak boleh pulak nak perform kat pentas pertandingan tu nanti."celah LE untuk menutup ketegangan yang semakin terasa.Hani dan Hyelin mengangguk.Junghwa menoleh ke belakang meninggalkan mereka berempat.

Penat seluruh badan sebab menari jangan cerita.Balik lewat lepastu kena pastikan semua lampu dan AC ditutup."Tulah,Hani dengan yang lain ajak balik sekali taknak.Degil betullah kau ni,Jung."rungut Junghwa perlahan.Dia meneruskan perjalanan menuju ke perhentian bas yang terdekat untuk mengambil teksi.Sedang Junghwa merungut dan berjalan,perjalanan Junghwa dihalang oleh beberapa orang lelaki yang boleh tahan selekeh dari segi pakaian."Phewwit...awek cun ni.Bergetah siot .Kalau kita try ni,nikmat besar masuk."ujar lelaki yang memakai topi hijau.Junghwa terkejut melihat lelaki itu segera dia mengundur ke belakang apatah lagi mendengar lelaki itu berkata.Lelaki-lelaki tersebut cuba mendekati Junghwa.Junghwa semakin takut tatkala lelaki itu mendekat.

'Apa aku nak buat ni?Sesiapa tolong aku,aku takut.Hani tolong Jung.'desis Junghwa dalam hati.Dia menutup mata kerana ketakutan yang terlampau.Tiba-tiba....

"Hoi,"jerit satu suara lelaki kuat.Junghwa membukamata.Dia terasa lega kerana ada orang yang sudi membantu dirinya.Tetapi,siapayang tolong dirinya.Junghwa ingin melihat orang yang mahu menolong dirinya tapidihalang oleh tubuh lelaki yang ingin mengacau dirinya.  

{COMPLETED}My love from the pure girlRead this story for FREE!