Part 12

711 25 1

Dia sendiri nda tahu cara untuk hubungi Daniel, sejak dia pigi Macau dia langsung nda hantar berita pasal keadaan dia di sana.


Tapi Andrian cuma berharap Daniel dalam keadaan sihat saja. Tempat jauh begitu macam-macam perkara buli terjadi ini kan lagi dia teda siapa-siapa di sana.

Dan dia juga harap Daniel balik untuk kasi selesai semua masalah yang dia buat sendiri.
Andrian mengeluh lagi!

Sampai bila dia mao hidup begini? Hidup pura-pura begini? Mustahil untuk dia mengelak dari Hanna lepas ini. Banyak sudah alasan dia guna supaya diorang nda tidur sebilik dan hidup macam laki bini. Mustahil Hanna nda curiga kalau dia buat lagi alasan.

Andrian buntu! dia juga sudah kehilangan Anatasia..dia tahu Anatasia kecewa sebab tiba-tiba dia menghilangkan diri. Mungkin sebab kecewalah Anatasia bertindak mencari penganti. Biarlah dia juga nda mahu mendera perasaan Anatasia lagi.

Kalau saja dia nda terima cadangan Daniel dulu, pasti nda akan jadi begini?

Tapi dia nda sanggup tinggu Daniel kehilangan Hanna! dia pasti jika perkhawinan itu di batalkan sebab keluarga Hanna mesti nda buli terima kenyataan itu. Dan Daniel mesti dia kecewa! Kesian kembarnya itu...baginya sakit kembarnya sakitlah juga dia..!

Akhirnya Andrian tertidur!

Bila dia bangun saja gelap sudah di luar! Malas-malas dia bangun. Perut lagi bunyi-bunyi minta isi.Baru dia teringat dari semalam dia langsung nda makan apa-apa.

Dia jalan pigi cari makan, dia cari restoran Kfc saja memang favorite dia pun.

Sana dia di pisuk-pisuk duduk sambil makan. Dia tahu teda siapa yang kenal dia di sana.

Tapi kan baru saja dia mao gigit tu ayam goreng drumstick, tiba-tiba kena tepuk belakangnya.
Sikit lagi tu ayam terlepas dari tangannya.

Sekali dia pusing!

" Anatasia..."

Andrian terkejut! Tapi dia pura-pura rilex.
Anatasia pandang dia, tu muka ketara betul nampak hairan.

" Daniel..! kenapa ko makan sendiri-sendiri bini kau mana?''

" Saja! dia malas mao keluar...." jawab Andrian.

" Boleh sy duduk kah?"

Belum pun Andrian sempat cakap apa-apa sudah dia duduk! Apa lah itu?

Andrian kasi biar saja, dia terus makan nda dia peduli Anatasia di depannya.

Anatasia curiga! Di depannya lelaki yang nda ubah macam Andrian.Cara dia makan betul-betul macam Andrian.

" Andrian..!" panggilnya.

Dia sekadar ingin menguji!
Andrian terdiam! Bergegar sudah jantung dia, dia nda menyahut atau bagi sebarang respon.

Anatasia tiba-tiba ketawa....! Andrian pula rasa lega. Dia tahu Anatasia sekadar bergurau.

" Kenapa? apa yang lucu ?'' tanya Andrian tapi dia nda pandang Antasia.

" Sorry ...tapi lucu ...kenapa sy buli fikir you Andrian! Memang kalau kembar kan cara makan sama kah? Andrian pun suka makan ayam goreng kfc..drumstik macam you makan sekarang..!''Jawab Anatasia, walaupun di mulut dia benci tapi sebenarnya di hati dia betul-betul rindu sama lelaki itu.

Bila dia pandang kembar Andrian, rindunya terubat sedikit! Tapi sayangnya kembar itu sudah di miliki.Andai saja kembar itu masih bujang mesti dia cuba merapatkan diri.

" kami kan kembar, so apa mao hairan..!'' Jawab Andrian, selamba saja.

Kalau saja Anatasia nda datang bercuti sama lelaki lain mesti sekarang dia sudah mengaku siapa dia sebenarnya. Dan mungkin sekarang hatinya nda kucar kacir macam sekarang.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now