Part 10

774 28 1

Hanna lap air matanya..lepas tu dia tarik nafas...dia senyum semula !!


" Mungkin sebab diorang kembar, sebab itulah Daniel rasa marah bila tinggu Anatasia begitu cepat berubah hati...mana lah diurang mao saling menyakiti kembar sendiri..dan Daniel mesti sedih sebab Andrian.....wajarlah kalau dia marah .." bisik Hanna sendiri.Dia cuba berfikir positif.

Suasana makin sejuk, Hanna nda tahan lama-lama di Kebun Rose itu lagi.

Lagipun dia malas sudah dia mao berlama-lama di sana. Hilang sudah rasa terujanya apa lagi dia saturang saja.

Sampai saja dalam biliknya... terus saja dia kasi baring badanya di tilam. Luas dan selesa bilik yang Andrian kasi sedia untuk dia.

Tapi inda dia rasa gembira , dia mula rasa bosan sudah, nda lama tu perutnya lagi bebunyi.....Lapar!.

Oleh sebab dia malas mao keluar pigi Restoran yang ada di tingkat bawah, Hanna teringat meggi Cup yang dia bawa dari rumah tadi.

Memang ada satu beg tu isi dia cuma kudapan, meggi,soft drink sama biskut saja.
Dia Cuma perlu tuang air panas dan tunggu lima minit.Siap! Sluuupppp.... Menikmati sungguh dia makan tu meggi dalam keadaan sejuk-sejuk begini.

Sambil dia makan, dia call nenek Andrian! Lupa dia kasitau nenek yang diorang sudah sampai.
Lama juga dia tunggu baru kena jawab panggilan dia.

" Haloo nek... Hanna ni..kami sudah sampai sini Kundasang nek.." bilang Hanna.

" Owhh baa.. bagus-bagus kamurang sana arr...

" Gembira suara nenek dengar suara Hanna.

" Iya nekk jangan risau....nenek jaga diri arr.." pesan Hanna.

Sayang Hanna sama nenek Andrian sama macam dia sayang mamanya sudah.

Kenyang makan mee meggi, Hanna sambung baring-baring sambil tu dia tinggu-tinggu gambar di galary handphonenya.

Satu-satu gambar dia sama Daniel di renungnya...diorang gembira dalam gambar tu, sangat bahagia dan Daniel nda pernah marah dia begitu! Tapi entah kenapa sejak durang khawin Daniel macam berubah sedikit demi sedikit...! Dia juga hairan kenapa Daniel seolah-olah mengelak untuk tidur bersamanya.

***************************

Andrian pandu keretanya tanpa arah tuju, dia bawa rasa sakit hatinya. Akhirnya sana dia parking di siring jalan di pekan Nabalu.

Dia tarik nafas... dia nda jugalah sedih sampai mao menangis tapi dia cuma rasa sakit hati.

Dalam masa yang sama dia tahu nilai cinta Anatasia sama dia.Baru di uji begini begitu cepat dia berubah hati.

" Kau memang nda setia Sha... nda setia!!!" teriak Andrian. Di tumbuk-tumbuknya tu stering keretanya kasi lepas rasa sakit hatinya.

Terbayang-bayang dia muka manja Anatasia berpeluk-peluk sama tu lelaki tadi.Kalau bukan sebab Hanna ada di sana memang dia sudah belasah tu lelaki.

Hanna! merajukkah dia ? Sebab terlampau marah dia nda sedar dia sudah terkasar sama Hanna.

Arrrrr!!! Biarlah aku peduli apa..!

Andrian keluar dari kereta, dia pigi cari rokok sama montoku! Lama sudah dia nda minum-minum. Dia mahu minum untuk kasi tenang pikiran.

Tapi babis satu pekan Nabalu dia cari teda dia jumpa! Bukan besar juga bah tu pekan Nabalu. Kira tu pekan macam tempat persinggahan untuk berehat sekejap bah itu.

Bilang tu anty-anty diorang memang teda jual tu montoku di sana.Yang ada Cuma di pekan Kundasang atau Pekan Ranau! Andrian malas mao memandu pi sana lagi.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now