Part 7

794 32 1

Nasib saja tu phone dia habis batrry! Andrian tarik nafas lega. Kecuaian yang tidak disengajakan hampir saja membongkarkan identity dirinya.


Tapi sekarang dia berdepan dengan masalah yang lebih besar lagi. Anatasia!
Percayakan Anatasia apa yang di beritahu oleh Hanna dan neneknya.

Andrian nda dapat berdiam diri lagi, dia mesti jumpa Anatasia.Dia nda mahu kehilangan Anatasia.

Lama dia termenung di balkoni rumah!

" Bey...!.." Panggil Hanna, lembut saja itu suara!

Andrian sedikit terkejut! dipandangnya Hanna, lama dia renung wajah wanita itu. Cantik bah Hanna ni! lemah lembut lagi! sebelum ini dia membayangkan Hanna wanita kasar! Mugkin sebab kena penampar kan tu hari.

" Bey....!! " Panggil Hanna lagi.

" Aik....sorry... dear! .."

" Kenapa ni pandang dear macam tu? .." tanya Hanna lagi.Manja! di pautnya lengan Andrian lepas tu dia kasi rebah kepalanya di bahu Andrian.

Hati lelaki Andrian bergetar lagi! dia kasi biar saja Hanna buat begitu, dia takut kalau dia mengelak Hanna akan mempersoalkan tindakannya.

" teda apa-apa bah dear..saja mao pandang lama-lama. Lepas ni seminggu sy nda jumpa dear tau.."

Bilang Andrian ! entah kenapa dia tiba-tiba cakap begitu.Dia mao ketawa sendiri.

Sebenarnya Andrian pigi office pagi tadi sebab mohon sambung cuti lagi selama seminggu.Dia mahu jumpa Anatasia! Dia mahu berterus terang semuanya sama teman wanitanya dan paling penting dia mahu melarikan diri seketika jauh dari Hanna termasuk mengelak dari tidur sebilik.

Dia tahu cara itu nda akan bertahan lama tapi biarlah untuk seketika dapat juga dia tenangkan fikiran.

Dia terpaksa bohong Hanna dia dihantar pigi kursuss di luar kawasan selama seminggu.

Apa lagi pilihan yang dia ada sekarang melainkan bertahan dan terus berbohong serta mencuba pelbagai cara supaya rahsianya selamat semantara menunggu kepulangan kembarnya.

Dia sendiri nda habis fikir macamana kembarnya itu mao kasi selesai masalah bila dia balik dan berdepan dengan Hanna nanti. Andrian nda mao ambil peduli tentang itu, cukuplah beban yang dia tanggung sekarang ini.

" Maksud bey?'' tanya Hanna! Terkejut.Lain-lain sudah dia fikir.

" Sorry dear! Office tiba-tiba bagitau..sy kena attend kursus selama seminggu..."

Andrian mula menjalankan rancangannya! Dia terpaksa semuanya demi Hanna dan kembarnya.

Wanita itu bukan miliknya. Dia nda mahu menghampakan kembarnya..cukuplah saja dia menjadi suami olok-olok Hanna saja.

" Tapi dear kan bercuti..mana boleh syarikat buat macam tu....."

" Laa..nda apa lah! Untuk masa depan kita juga... bukan lama seminggu saja..! " Pujuk Andrian.

" dear ikut lah... sambil tu kita boleh honeymoon..." Cadang Hanna tiba-tiba.

Memang idea itu tiba-tiba muncul di kepalanya, kebetulan dorang baru khawin.Fikirnya ini peluang yang nda harus di lepaskan.

Andrian tersentak! Dia nda sangka Hanna akan berfikir begitu.Seram sejuk terus dia rasa.

" Bukan tak boleh bawa dear...tapi bey pergi dengan bos nanti apa pula kata bos kan...!! ''

" Laa..dear janji dear nda ganggu bey sebelah malam baru kita jumpa...alaaa boleh lah bey.."
Pujuk Hanna lagi, keluar sudah suara manja Hanna... di lentok-lentoknya kepalanya di dada Andrian! Andrian terdiam,mao sesak sudah nafasnya.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now